Mengumumkan
ketibaan Yang Berusaha Encik Nordin
bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang.
Diminta hadirin dan
hadirat berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor dan ke Puncak
Jaya.
Terima kasih kepada
semua hadirin dan hadirat sekalian. Semua dijemput duduk di tempat
masing-masing.
Bismillahhir
Rahmannir Rahim...
Assalamualaikum wbt,
salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Yang
berusaha, Yang Berusaha Encik Nordin
bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang,
Yang berusaha, Tuan
Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek,
Yang dihormati, Puan Rosni binti Gani, Penolong
Kanan Kurikulum, Puan Hajah Rokiah binti Mat Isa, Penolang Kanan Kokurikulum, Puan
Som binti Koming, Penolong Kanan Petang, Dr Hj Sabri bin Talip, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Molek, Guru-guru, AJK PIBG, murid-murid
serta hadirin sekalian....
Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.
Sirih pinang di dalam puan,
Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan,
Selamat datang kami ucapkan,
Buat semua hadirin budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.
DUET : Selamat datang ke, Majlis, Hari Anugerah Kokurikulum, SK Taman Molek...
Saya Cik Salmi binti
Mohd Sharif dan saya Cik Nur Wahidah binti Jalal akan
mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya...
Sarung ketupat berisi
inti,
Dibawa budak sambil
berlari,
Kehadiran semua
sangat dihargai,
Moga majlis bertambah
seri.
Terlebih dahulu, kami
ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita dapat,
bersama-sama berhimpun, untuk meraikan kejayaan, anak-anak kita, dalam bidang
kokurikulum.
Ribuan terima kasih,
diucapkan kepada, Yang Berusaha Encik Nordin
bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
dan semua ibu bapa kerana
sudi meluangkan masa ke majlis kami.
Semoga
usaha kita dalam memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah sentiasa diberkati
Allah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hadirin
yang dihormati,
Demi
memberkati acara dan agenda kita pada hari ini, marilah
kita semua, selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari yang bersih, minda yang
jernih, menghimpunkan segala harapan dan hasrat, dengan bait-bait doa serta munajat.
Untuk
itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Ustaz Ahmad Baihaki bin Zakarni tampil
seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
( DOA )
Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini
dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan
keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti, akan
diiringi dengan seribu ketenangan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih, kepada Ustaz
Ahmad Baihaki bin Zakarni, atas pimpinan doa sebentar tadi.
Hadirin
sekalian,
Majlis
pagi ini dimulakan, dengan persembahan Silat Seni Gayung, daripada Persatuan
Silat Sekolah. Persembahan silat seni ini dipimpinan oleh Puan Siti Mustaqimah binti Abd Rahman
dan Cik Sharimah binti Yusof.
( PERSEMBAHAN SILAT )
Terima
kasih kepada Pasukan Seni Silat Sekolah yang telah membuat persembahan itu
tadi.
Pencak
silat cantik berseni,
Tersadung
kaki langkah tersasar,
Majlis
kita takkan berseri,
Tanpa
ucapan tuan Guru Besar.
Majlis
diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin,
Guru Besar SK Taman Molek untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
( UCAPAN GURU BESAR )
Terima
kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin atas
ucapan itu tadi.
Tuan-tuan
dan puan-puan sekalian,
Kita
teruskan lagi acara kita pada pagi ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita
saksikan, persembahan Dikir Barat Bahasa
Arab daripada kumpulan Auladur Muslimin. Buat pengetahuan semua, kumpulan
Auladur Muslimin ini telah menjadi Johan peringkat Daerah dan telah mewakili
daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri Johor baru-baru ini. Kumpulan Auladur
Muslimin ini adalah di bawah pimpinan Ustazah Nurul Izzah binti Merzuki dan
Ustazah Raihan binti Jaafar dibantu oleh semua guru JQaf yang lain.
( DIKIR BARAT )
Terima
kasih dan ucapan tahniah atas persembahan dikir barat itu tadi.
Tanpa
membuang masa, majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Kokurikulum SK Taman Molek bagi sesi 2012. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
( UCAPAN PPD )
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, dan ucapan terima kasih, kepada Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia
Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah tanda mensyukuri,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Hadirin
sekalian,
Kami
teruskan agenda majlis pagi ini, dengan mempersilakan, pasukan koir tahun 3
dengan lagu I’m 4U dan SKTM Inovatif. Dipersilakan.
( KOIR )
Terima
kasih kepada murid-murid tahun 3, yang telah membuat persembahan itu tadi.
Kumpulan koir itu, adalah di bawah pimpinan, Puan Rosmazura binti Roslyi,
dibantu oleh, Puan Norziana binti Mamat, dan Encik Mohd Fauzee bin Ibrahim.
Hadirin
yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan
yang dicipta, adalah hasil daripada, usaha gigih yang berterusan. Usaha yang
tidak mengenal erti jemu, pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Justeru,
setiap individu yang berjaya, sepatutnya diberi penghargaan. Dengan adanya
penghargaan, ia akan menjadi pencetus semangat seseorang untuk terus berjaya.
Acara
yang seterusnya adalah, penyampaian hadiah dan sijil kepada Jawatankuasa
Kokurikulum.
Terlebih
dahulu majlis menjemput Tuan Syed Sulaiman b Syed Ariffin mengiringi Yang
Berusaha Encik
Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang untuk
menyampaikannya.
( PENYAMPAIAN HADIAH : RUJUK
LAMPIRAN 1 )
Seterusnya
anugerah Piala Wira Emas de Molek, diberikan kepada, Mohd Hosaini bin Suacti. Murid ini dinobatkan sebagai murid lelaki
terbaik dalam sukan. Antara penglibatan beliau dalam sukan adalah
·
mewakili
negeri Johor, dalam permainan Sepak Takraw, pada tahun 2011 dan 2012,
·
mewakili
daerah Pasir Gudang, dalam permainan hoki, dan bola tampar
Tahniah
diucapkan....
Bagi
anugerah Piala Wirawati Emas de Molek, dijemput penerimanya Irda Sari binti Zainuddin. Disebabkan penglibatannya yang aktif
dalam bidang sukan, murid ini telah dinobatkan sebagai, murid perempuan terbaik
dalam sukan. Antara penglibatan beliau dalam sukan adalah
·
mewakili
daerah Pasir Gudang dalam acara olahraga sejak tahun 2010
·
mewakili
daerah Pasir Gudang dalam permainan softball
·
mewakili
sekolah dalam permainan bola baling dan bola tampar
Tahniah
diucapkan...
Kategori
murid lelaki terbaik sahsiah dan aktif dalam kokurikulum, dengan ini dijemput, Mohd Aizat bin Abdullah untuk menerima Piala Tun Perak. Murid ini aktif
melibatkan diri, dalam aktiviti seni dan budaya. Baru-baru ini pasukan beliau
telah mewakili daerah Pasir Gudang ke pertandingan dikir barat Bahasa Arab ke
peringkat negeri Johor.
Tahniah
diucapkan...
Kategori
perempuan terbaik sahsiah dan aktif dalam kokurikulum, dengan ini dijemput Nurul Aqilah binti Muslan untuk
menerima Piala Tun Fatimah. Murid
ini telah mewakili sekolah ke peringkat daerah Pasir Gudang dalam permainan
catur.
Tahniah
diucapkan...
Seterusnya
diumumkan pula jurulatih terbaik sekolah, untuk itu dijemput Encik Mohd Fadeli bin Jaafar untuk menerima
anugerah Piala Amar Diraja.
Kategori
jurulatih harapan lelaki, Piala
Laksamana Bentan dianugerahkan kepada, Encik Mohd Sumardi b Lamat.
Kategori
jurulatih harapan perempuan, dijemput
Cik Iling Frances Robert untuk menerima
Piala Mahsuri.
Pihak
majlis berbesar hati, untuk memberikan cenderamata, sebagai tanda penghargaan,
dan ucapan terima kasih kepada, Yang
Berusaha Encik
Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang,
kerana telah sudi hadir, dan menyerikan acara, Majlis Hari Anugerah Kokurikulum
SK Taman Molek bagi sesi
2012.
Dijemput
Yang Berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek
untuk menyempurnakan acara.
( HADIAH VIP )
Terima
kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Nordin
bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Pohon angsana menghias taman,
Daun berguguran disapa angin,
Sumbangan
PIBG tidak ketinggalan,
Uniform
diberi tandanya prihatin.
Acara
diteruskan dengan penyampaian sumbangan uniform kepada murid-murid yang
terpilih. Terlebih dahulu dipersilakan Pn Rosni binti Gani mengiringi Dr Hj Sabri bin Talip untuk
menyempurnakan acara.
( PENYAMPAIAN UNIFORM : LAMPIRAN 2 )
Pihak
majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda mata kenangan
sebagai penghargaan kepada Dr Haji Sabri bin Talip. Dijemput Puan Rosni binti
Gani untuk menyampaikannya.
Terima
kasih diucapkan kepada Dr Haji Sabri bin Talip.
Untuk
meneruskan majlis, marilah sama-sama, kita saksikan, persembahan pergerakan
kreatif. Persembahan ini merupakan, acara pertandingan antara rumah-rumah sukan,
yang akan diadili, oleh para juri secara langsung.
Tanpa
membuang masa, dijemput pasukan rumah....................untuk membuat
persembahan.
Terima
kasih atas persembahan itu tadi.
Hadirin
sekalian,
Sukacita
saya umumkan majlis berhenti rehat sebentar. Dijemput Yang Berusaha Encik Nordin bin Rukani, Penyelia Unit Kokurikulum, Daerah Pasir Gudang
diiringi oleh Guru Besar, Pen Kanan 1, Pen Kanan Kokurikulum, Pen Kanan Petang,
Yang Di Pertua PIBG, AJK PIBG, dan guru-guru, ke kantin untuk menjamu selera.
Hadirin
diminta dapat kembali berkumpul di sini pada jam ..........................
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Alhamdulillah,
kita dapat berkumpul semula di sini. Kami teruskan agenda majlis pagi ini
dengan persembahan pergerakan kreatif daripada rumah sukan
.......................
Pergi
sekolah di awal pagi,
Melintas
jalan berhati-hati,
Penyampaian
hadiah diteruskan lagi,
Penerima-penerima
sabarlah menanti.
Acara
seterusnya, kami umumkan penerima anugerah kehadiran
penuh kokurikulum dan skuad pemantau unit uniform 2012.
Dipersilakan
Puan Rozilawati binti Mat Ghaza mengiringi Puan Som binti Koming, Penolong
Kanan Petang untuk menyampaikan anugerah.
( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 3 )
KEHADIRAN
PENUH UNIFORM
1-47 : CIK SALMI BINTI MOHD SHARIF
48- 94 : CIK WAHIDAH BINTI JALAL
95-114, 1-13 : CIK SALMI BINTI MOHD SHARIF
SKUAD
PEMANTAU UNIT KOKURIKULUM – CIK WAHIDAH BINTI JALAL
Terima
kasih diucapkan kepada Puan Som binti Koming atas kesudian menyempurnakan acara
tadi.
Hadirin
sekalian,
Kita
saksikan pula pergerakan kreatif daripada rumah sukan
............................ diikuti oleh rumah sukan ........................
Terima
kasih atas persembahan tadi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Tuan-tuan
dan puan-puan,
Acara
diteruskan dengan anugerah kokurikulum
kategori uniform lengkap.
Dipersilakan
Puan Fazliaton binti mansor mengiringi
........................................................., Penolong Kanan
........................................... untuk menyampaikan anugerah.
( PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 4 )
·
silat
- Nurwahidah binti Jalal
·
PBSM
– Salmi binti Mohd Sharif
·
Pengakap
– Nurwahidah binti Jalal
·
Tunas
Puteri – Salmi binti Mohd Sharif
·
Puteri
Islam – Nurwahidah binti Jalal
·
TKRS
– Salmi binti Mohd Sharif
Terima
kasih diucapkan kepada ............................................... kerana
sudi menyempurnakan acara tadi.
Hadirin
sekalian,
Pertandingan
pergerakan kreatif diteruskan. Mari sama-sama kita lihat persembahan daripada
pasukan rumah .................................. seterusnya pasukan rumah
..............................
Terima
kasih atas persembahan pergerakan kreatif itu tadi. Nampaknya persembahan
daripada semua rumah sukan telah pun berakhir. Kita akan tunggu dan umumkan
keputusannya pada akhir majlis ini nanti.
Sayang
kumbang mencari makan,
Terbang
seiring di tepi kali,
Terima
kasih murid sekalian,
Persembahan
kalian menghiburkan kami.
Melati
kuntum berhias rotan,
Tumbuh
melata di tepi kali,
Anugerah
Kokurikulum kita diteruskan,
Anugerah
khas kita beri...
Dengan
ini, acara majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah khas. Sebelum itu
dijemput, Puan Hjh Rokiah binti Mat Isa, Pen Kanan Kokurikulum mengiringi Tuan
Syed Sulaiman bin Syed Ariffin untuk menyampaikan hadiah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Anugerah Guru
Beruniform Penuh, dipersilakan....
(
PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 5 )
Seterusnya,
Penghargaan
Komander Kawat Kaki, dipersilakan :
(
PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 6 )
Anugerah
Komander Terbaik, dipersilakan :
Cik
Azrin Fazura binti Abd Aziz
Penghargaan
jurulatih pasukan sekolah
(
PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 7 )
Kategori
pasukan terbaik sukan, dianugerahkan kepada , sukan olahraga.
Untuk
itu, dijemput En Muhammad Hazizie bin Mohd Zain untuk menerima hadiah.
Penghargaan
jurulatih senamrobik
(
PENYAMPAIAN HADIAH : LAMPIRAN 8 )
Anugerah
papan kenyataan paling kreatif
Unit
Uniform : Persatuan Bulan Sabit Merah
Kelab
Permainan : Kelab Sepak Takraw
Persatuan
: Agama Islam
Anugerah
Fail Terbaik
Persatuan Puteri Islam
Anugerah
blogger paling aktif
Cik Salmi binti Mohd Sharif
Anugerah
Catatan Terbaik di Facebook
En Mohd Rizam bin Sarbini
En Mohd Salimi bin Baharudin
Anugerah
guru paling aktif
Puan Rosmazura binti Mohd
Roslyi
Anugerah
perhimpunan bulanan terbaik
disandang oleh unit uniform Silat Seni.
dijemput Puan Siti Mustaqimah binti Abd Rahman dan ....................................................
untuk menerima hadiah.
Cenderamata
kepada hakim pertandingan pergerakan kreatif. Dipersilakan,
1
DUET
Keputusan
pemenang, pertandingan pergerakan kreatif, telah ada di tangan kami. Diumumkan,
Saguhati
dipersilakan .....................
Tempat
ketiga dipersilakan ........................
Naib
Johan jatuh kepada
............................
Johan
pertandingan pergerakan kreatif, sempena Hari Anugerah Kokurikulum 2012,
disandang oleh, rumah sukan .........................................................
Sebelum
mengakhiri majlis ini, saya bagi pihak majlis menjemput Tuan Syed Sulaiman bin
Syed Ariffin untuk membuat cabutan bertuah antara kelas. Diminta tuan membuat 2
cabutan.
Cabutan
bertuah yang pertama, dipersilakan kelas ....................
Cabutan
bertuah yang kedua, dipersilakan kelas ....................
Sebagai
tanda terima kasih, majlis mempersilakan Puan Hajah Rokiah binti Mat Isa, Pen
Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Syed Sulaiman bin
Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek.
Terima
kasih diucapkan kepada Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek atas kesudian
tuan menyampaikan sijil dan hadiah dalam majlis yang gilang gemilang ini.
Tahniah
diucapkan kepada barisan penerima hadiah. Semoga penghargaan yang diterima pada
hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid untuk
mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum.
Hadirin
sekalian,
Kata orang lama,
Kok berkayuh dah sampai ke muara,
Kok berenang dah sampai ke tepian,
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung
Hari
Anugerah Kokurikulum SK Taman Molek sesi 2012 hampir sampai ke penghujungnya.
Ucapan
terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola
dan seluruh warga SK Taman Molek, saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan
jika terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini
berlangsung.
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan
bersua lagi
Diminta
semua hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Sekian,
terima kasih...