Jiwang Corner :)

Rabu, 24 Ogos 2011

Aktiviti Ihyak Ramadan Peringkat Sekolah

Bila Bakat Nasyid Dicungkil


Setiap tahun, program ihyak Ramadan akan dijalankan di peringkat sekolah. Antara program yang dijalankan oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islam ( MAKDIS ) peringkat sekolah saya ialah pertandingan azan, pertandingan nasyid, hafazan, kuiz dan khatam Quran ( Imlak ).

Tahun ini, kelas saya tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan nasyid kategori lelaki dan perempuan bagi aliran tahun 4. Terdapat 7 penyertaan kategori perempaun manakala lelaki terdapat 6 penyertaan. Disebabkan kekangan masa mereka sempat berlatih selama 5 hari sahaja. Namun, saya bersyukur kerana mempunyai penyanyi solo perempuan yang suaranya cukup lunak dan merdu iaitu Mursyidah binti Merzuki. Itu adalah satu BONUS !!!

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran membantu murid-murid kelas saya membuat latihan nasyid, akhirnya mereka menjadi Johan  aliran tahun 4 bagi kategori lelaki dan perempuan. Saya turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Raihan binti Jaafar  atas bantuan beliau melatih murid-murid perempuan bermain alat muzik. Almaklumlah, saya kurang arif  untuk mengendalikannya. Syukran, ya ustazah :)

Kumpulan nasyid lelaki 4 Arif
Kumpulan nasyid perempuan 4 Arif
Persembahan daripada kumpulan nasyid lelaki
Persembahan daripada kumpulan nasyid perempuan
Barisan pemain alat muzik perempuan


Aktiviti penutup program ihyak Ramadhan diakhiri dengan majlis khatam Quran oleh murid-murid tahun 6, penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim, dan keluarga yang berpendapatan rendah.
 Majlis Khatam Quran Murid Tahun 6

 Wajah keriangan bergelar Juara
 Bermaaf-maafan sesama guru

2 ulasan:

  1. mantap la kak mi.every year menang

    BalasPadam
  2. thn lepas kelas aktif yg menang. tahun ni cover semula. sek fadhlun skg ada buat tak ?

    BalasPadam