Baru-baru ini, saya telah menghadiri Program Pembelajaran Sains Teknologi dan Inovasi Untuk Pendidik anjuran Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ) atas kerjasama Pusat Sains Negara di Melaka.
Banyak pendedahan tentang Sains dan Matematik yang saya akan kongsikan di sini. Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalam pembelajaran supaya lebih kreatif dan menarik. Ini sesuai dengan keperluan negara bagi melahirkan pelajar cemerlang yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Pada mulanya saya fikir kursus ini akan membuatkan saya stress sebab kena banyak kena fikirkan cara2 kreatif dalam P&P. Tapi rupanya sangkaan saya salah. Di sana, saya rasa ' enjoy ' berjumpa dengan rakan2 baharu dari sekolah2 di daerah Melaka, Negeri Sembilan mahupun rakan2 dari Johor sendiri.
Pelbagai eksperimen Sains dijalankan. Kami dibimbingan oleh 2 orang fasilitator dari Pusat Sains Negara ( PSN ), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Encik Low dan Puan Maznah binti Sadini.
Gambar-gambar di bawah ini saya cuba kongsikan antara aktiviti2 menarik yang sempat saya rakankan semasa berkursus. Mungkin kita boleh gunakan dalam P& P Sains terutamanya ( walaupun saya guru Matematik ). Namun, saya rasa sedikit hampa kerana pendedahan aktiviti Matematik agak kurang dikongsikan. Walaubagaimanapun, saya tetap seronok dgn setiap aktiviti yang dijalankan :)
# Robot Ladybird saya berjaya bergerak. Ia sangat aktif dan dapat menandingi robot ladybird rakan yang lain. Horeyyy !!!
Bahan-bahan yang dibekalkan kepada kami ialah paku 11 batang, plastesin, dan bekas plastik. Tugasan ni buat secara berpasangan. Mula-mula dapat tugasan ini saya dan pasangan berusaha macam-macam cara tetapi tetap tidak berjaya.
Akhirnya, setelah semua peserta tidak berjaya menyiapakan tugasan ini, fasilitator kami iaitu Puan Maznah menunjukkan jalan penyelesaiannya. Memang mudah dan tidak terjangka semuanya boleh dilakukan dengan tidak sampai 1 minit pun. Sungguh menakjubkan !!!
Saya seronok dengan aktiviti ini dan mencubanya semula beberapa kali :))
Aktiviti ini memberi peluang kepada kami menyiasat di 5 stesen yang disediakan. Tujuannya untuk mengenalpasti siapakah yang membunuh watak yang diberi berdasarkan bahan bukti yang ada. Aktiviti ini seakan-akan kita jadi Detective Conan la...Jom Siasat siapa pembunuh misteri itu ???
Pada mulanya saya fikir kursus ini akan membuatkan saya stress sebab kena banyak kena fikirkan cara2 kreatif dalam P&P. Tapi rupanya sangkaan saya salah. Di sana, saya rasa ' enjoy ' berjumpa dengan rakan2 baharu dari sekolah2 di daerah Melaka, Negeri Sembilan mahupun rakan2 dari Johor sendiri.
Pelbagai eksperimen Sains dijalankan. Kami dibimbingan oleh 2 orang fasilitator dari Pusat Sains Negara ( PSN ), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Encik Low dan Puan Maznah binti Sadini.
Gambar-gambar di bawah ini saya cuba kongsikan antara aktiviti2 menarik yang sempat saya rakankan semasa berkursus. Mungkin kita boleh gunakan dalam P& P Sains terutamanya ( walaupun saya guru Matematik ). Namun, saya rasa sedikit hampa kerana pendedahan aktiviti Matematik agak kurang dikongsikan. Walaubagaimanapun, saya tetap seronok dgn setiap aktiviti yang dijalankan :)
Projek 1 : Robotic Ladybird
Bahan-bahan yang dibekalkan kepada kami ialah CD,motor,pemegang bateri,bateri,switch,gear dan skru,2 LED merah ( mata ),pelekat ladybird,dan 10 klip kertas ( kaki dan sesungut )
# Robot Ladybird saya berjaya bergerak. Ia sangat aktif dan dapat menandingi robot ladybird rakan yang lain. Horeyyy !!!
Projek 2 : Eksperimen 10 paku atas 1 paku
Akhirnya, setelah semua peserta tidak berjaya menyiapakan tugasan ini, fasilitator kami iaitu Puan Maznah menunjukkan jalan penyelesaiannya. Memang mudah dan tidak terjangka semuanya boleh dilakukan dengan tidak sampai 1 minit pun. Sungguh menakjubkan !!!
Saya seronok dengan aktiviti ini dan mencubanya semula beberapa kali :))
Projek 3 : Siapa bunuh Becky Boyle ?
Aktiviti ini memberi peluang kepada kami menyiasat di 5 stesen yang disediakan. Tujuannya untuk mengenalpasti siapakah yang membunuh watak yang diberi berdasarkan bahan bukti yang ada. Aktiviti ini seakan-akan kita jadi Detective Conan la...Jom Siasat siapa pembunuh misteri itu ???
Ini patung mayat Becky Boyle. Di tangannya ada biskut. Mungkin dia mati disebabkan termakan biskut yang mungkin mengandungi racun. Terus siasat...
Ini pula kami sedang kenalpasti dakwat pen yang digunakan oleh suspek-suspek
Kenalpasti warna pen suspek. Kami main campur2 warna....
Antara cap jari suspek-suspek
Antara bekas tapak kasut suspek-suspek
Seronok jugak sesekali jadi detektif ni. Sebenarnya bukan mudah nak kenalpasti seseorang pembunuh atau penjenayah ni. Hanya mereka yang berkelayakan dan bertauliah sahaja yang mampu mengendalikan kes ini.
Projek 4 : Kereta Solar
Projek ni paling best. setiap peserta diberi satu set komponen untuk membuat sebuah kereta solar. Kami dibantu oleh 4 orang pelajar UNITEN.
Bahan2 dan komponen yang dibekalkan kepada kami
Rakan peserta kursus sedang memasang skru
Rakan peserta dibantu oleh mahasiswa UNITEN
Hasil kereta solar yang telah disiapkan. Kami sempat buat pertandingan kereta solar siapa bergerak paling pantas :)
Banyak lagi eksperimen yang kami jalankan sepanjang kursus ini. Antara lain membuat model DNA menggunakan straw, membuat payung terjun, ' The Swimming Cork ', puting beliung dalam air, ' silver egg ', ' Panadol Soluble Rocket ', Helikoter kertas dan lain-lain. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam Bahagian 2 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan