Cahaya ultra ungu (UV) adalah gelombang yang lebih pendek daripada cahaya putih
Antara kegunaan cahaya UV :
a) proses fotosintesis
Bunga di bawah cahaya putih
Bunga yang sama dibawah cahaya UV
b) semakan wang kertas ( serapan, pancaran dan pendaflouran )
c) semakan kad kredit
d) semakan cap jari ( cara serbuk karbon )
semakan cap jari cara pendaflouran
e) adakah salah satu gigi ini adalah gigi palsu ?
CAHAYA LASER
Cahaya laser adalah merupakan sebuah peranti yang mengeluarkan cahaya melalui satu proses dipanggil pemancaran terangsang. Laser adalah akronim kepada LASER (Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation - Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran yang Terangsang). Cahaya laser adalah gelombang elektromagnet nampak yang berada di dalam julat tertentu.
Cahaya laser biasanya hampir-monokromatik, contohnya, mengandungi panjang gelombang tunggal atau warna, dan dipancarkan dalam pancaran halus. Ini berbeza dengan sumber cahaya biasa, seperti mentol, yang memancarkan photon yang dapat dilihat kesemua arah, biasanya mencangkupi jarak gelombang spektrum elektromagnetik yang luas. Aksi laser dapat difahami melalui penggunaan teori mekanik kuantum dan termodinamik (lihat sains laser).
laser digunakan dalam perubatan
laser digunakan untuk pembedahan selaput mata
laser digunakan dalam rawatan pergigian
laser juga digunakan untuk mengesan tumor
laser digunakan dalam bidang industri
Laser digunakan bagi kesan visual semasa persembahan muzik
Sekian untuk perkongsian saya dalam Program Pembelajaran Sains Teknologi Dan Inovasi Untuk Pendidik. Moga kita sama-sama dapat manfaat bersama sama ada untuk diri sendiri mahupun murid-murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan