Di sini saya kongsikan pula antara rakaman gambar menarik aktiviti yang telah kami jalankan.
Ini bahan-bahan dan model untuk tugasan " Biotech Learning Lab "
Ini hasil DNA bawang yang saya perolehi. Maaf, gambarnya tidak jelas. Rakan-rakan boleh lakukannya sendiri atau bersama-sama murid dalam topik yang berkaitan.
Ini pula model DNA yang dapat saya bina. Saya gunakan straw dan span berlubang yang dibekalkan untuk mencantumkannya. Ia nampak cantik dan berwarna-warni !!!
Maklumat tambahan :
DNA ialah sejenis molekul yang terdapat dalam semua sel, kecuali sel darah merah. Ia adalah molekul yang menyimpan kod genetik yang menentukan semua ciri-ciri manusia seperti warna kulit, mata, jenis rambut dan sebagainya.
DNA dalam semua jenis sel dalam satu individu adalah sama. Ini bermakna, DNA dari air liur, rambut, darah atau air mani adalah sama bagi setiap orang. Bukan manusia saja yang mempunyai DNA malah semua organisma hidup termasuk tumbuhan, haiwan dan bakteria juga mempunyai DNA. Ia adalah molekul asas yang sangat penting dalam semua organisma hidup.
Menariknya, DNA bagi setiap individu di atas muka bumi ini adalah unik iaitu berbeza antara satu sama lain kecuali bagi kembar seiras. Inilah sebabnya ujian DNA digunakan dalam penyelesaian banyak kes jenayah atau bagi penentuan keturunan khususnya untuk kes perebutan anak (yang tidak diketahui bapanya) seperti kerap terjadi di negara Barat.
Profil DNA pula adalah hasil yang diperoleh daripada analisis ke atas DNA seseorang. Ia seperti kod bar (bar code) pada setiap barang di pasar raya di mana setiap kod akan mengenalpasti barang yang berbeza. Profil DNA yang terhasil adalah dalam bentuk nombor dan setiap individu akan mempunyai kombinasi nombor yang berbeza. Nombor-nombor ini mewakili alel (gen) tertentu bagi setiap individu.
Seterusnya, saya didedahkan dengan aktiviti " Rubber Egg ".
Info :
Rendam telur dalam cuka selama 1-3 hari (bergantung pd jenis cukanya). Kami hanya merendamkannya kira-kira 1 1/2 jam sahaja. Semasa proses rendaman permukaan telur akan timbul gelembung-gelembung kecil CO2 hasil reaksi asid.
Bahagian kulit telur yang keras mengandung 94% kalsium karbonat (CaCO3) yang bertindakbalas dengan cuka (asid asetat) :CaCO3 + 2 CH3COOH --> Ca(CH3COO)2 + H2O + CO2. Kulit telur yang keras akan larut dalam cuka, sehingga akhirnya telur hanya dibungkus oleh satu lapisan nipis saja. Cuci bersih telur dari sisa-sisa kulit kerasnya sehingga telur sekarang menjadi translucent, dan lembut seperti telur penyu.
Ini " rubber egg " yang telah saya hasilkan selepas menunggunya kira-kira sejam. Apa agaknya akan jadi pada telur tersebut jika ia diremdam berhari-hari yea ? Agak2 ada yang nak cuba makan tak ?
Ini Kak Intan. Rakan sebilik saya selama 2 malam. Dengan bangganya dia memegang belon yang telah dicucuk dengan sebatang lidi. Jangan risau tau, sebab belon itu
tidak akan meletup !!! Syabas, Kak Intan....
Ini ekperimen pantulan cahaya daripada minyak. Saya gunakan bekas plastik, nail polish, air, kertas hitam dan forsep. Hasilnya kami dapat melihat PELANGI yang cantik !!!
Ekperimen untuk membandingkan 3 fasa dalam sesuatu benda ( pepejal, cecair dan gas ). Kami gunakan kanji jagung, mangkuk dan air.
Lihat video yang sempat saya rakamkan di bawah :
Kesimpulannya :
Apabila campuran (kanji jagung dan air) diperah, (tekanan dikenakan) terasa campuran keras dan apabila ia dilepaskan (tekanan dilepaskan) ia bertindak seperti cecair.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan