Jiwang Corner :)

Isnin, 15 Ogos 2011

Program Pembelajaran Sains Teknologi Dan Inovasi Untuk Pendidik Bhgn 3


CAHAYA

Aktiviti kami dalam tajuk Cahaya ini ialah membina cermin mata 3D. Kemudian kami sempat tonton gambar-gambar yang di paparkan menggunakan cermin mata 3D yang kami hasilkan. 


Kami juga diberi pendedahan tentang cara menghasilkan foto 3D sendiri.  Berikut saya konsikan beberapa contoh gambar 3D yang menakjubkan :


















Nah, 3D lagi. Yang ini sila lihat guna cermin mata 3D anda yea :)




Maklumat tambahan yang dapat dikongsikan :

A) BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG

- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.

- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti

-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958))
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?

a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) 

- untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya :

(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian.


Berikut merupakan contoh video 3D yang kita boleh tonton tanpa
menggunakan cermin mata 3D :)



Yang ni pula saya kongsikan 

Funny 3D Animation 1



Funny 3D 2


Seterusnya saya akan kongsikan tentang cahaya UV pada Bahagian 4 nanti. InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan