Jiwang Corner :)

Selasa, 16 Ogos 2011

Merdeka, Merdeka, Merdeka !!! ( Part 1 )

Salam Kemerdekaan 2011 buat semua pembaca...


Cecah sahaja bulan Ogos mengingatkan kita akan sejarah kemerdekaan Malaysia. Pada tahun ini Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-54. Alhamdulillah, kita masih dapat bernafas di dunia yang bersifat sementara ini dengan izinNYA. Kita dapat hidup dengan aman disamping keluarga tersayang. Subhanallah...

Namun, bila mengingatkan akan perkataan merdeka itu sendiri saya sering terfikir. Merdekakah kita jika kita masih berada dalam acuan yang sama? Mungkin masih tidak mahu menerima idea dan pandangan yang dapat memperbaiki apa yang kita lalui hari-hari? Atau mungkinkah kita masih tersekat dalam kotak akal dan pemikiran yang menumpu bukannya mencapah ?

Adakalanya kita masih merendah-rendahkan diri sendiri, berasa tidak yakin, rasa diri terlalu kerdil dan rendah diri untuk melakukan sesuatu yang kita suka. Itu semua disebabkan  kerana takutkan ejekan orang lain. Namun, sedarkah kita bahawa mereka yang mengejek itu sebenarnya masih berada di dalam sarang kolot mereka.
Kita tidak perlu terlalu takut dengan perubahan. Jika kita taksub dengan cara dan ideologi kita sendiri seolah olah perubahan itu sesuatu yang terlalu asing dan menyusahkan, kesudahannya kita memang tidak akan ke mana-mana. Jika itu yang kita fikirkan, MERDEKAKAH KITA ?

Satu-satunya perkara yang tidak akan berubah dalam hidup ini adalah atas sikap kita sendiri,. Tanamkan azam, buka minda dan merdekakan diri kita daripada sebarang belenggu yang tersirat dalam fikiran. Semoga diri kita lebih merdeka dari tahun-tahun yang lepas.InsyaAllah...


Tema Hari Kemerdekaan 2011 

Sambutan Kemerdekaan ke-54 di SK Taman Molek

                           
                  Sekali sekala cikgu diberi peluang untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik


Acara perasmian Majlis Perasmian Pembukaan Kemerdekaan 2011 peringkat sekolah



                     Murid-murid prasekolah dengan bangganya mengibarkan Jalur Gemilang


Semoga semua guru dapat berperanan kepada anak didik masing-masing dalam mengingatkan mereka akan jasa tokoh-tokoh  pejuang tanahair Malaysia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan