Jiwang Corner :)

Ahad, 7 Ogos 2011

Antara ilmu dan harta

Ilmu merupakan aset paling penting dalam kehidupan setiap manusia. Jika kita hendak melakukan apa sahaja perlukan ilmu. Tanpa ilmu mungkin apa yang kita usahakan tidak menjadi. Malah, ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

(Riwayat al-Bazzar)

Maka, jelaslah di sini bahawa ilmu itu lebih penting berbanding harta. Namun, tidak salah untuk mencari harta dan bersedekahlah jika ianya berlebihan bukannya untuk bermegah2x. Sekian.

Sementara harta merupakan keperluan asas bagi manusia. Dr. Abdul Karim Zaidan mentakrifkan harta sebagai "setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaannya". Takrif ini menekankan dua perkara iaitu boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Manusia dengan sifat fitrahnya amat suka kepada harta dan mengumpulnya. Mereka tidak pernah merasa puas dalam mengejar harta kekayaan. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang kecintaan mereka mengejar harta kecuali kematian. 

Namun harta dunia hanya bersifat sementara. Ianya adalah milik Allah.Diriwayatkan suatu hari sepuluh orang terpelajar mendatangi Imam Ali ra. Mereka ingin mengetahui mengapa ilmu lebih baik daripada harta dan mereka meminta agar masing-masing dari mereka diberikan jawaban yang berbeda. Imam Ali ra menjawab sebagaimana berikut:

[1] Ilmu adalah warisan Nabi, sebaliknya harta adalah warisan Firaun. Sebagaimana Nabi lebih unggul daripada Firaun, maka ilmu lebih baik daripada harta.

[2] Engkau harus menjaga hartamu, tetapi Ilmu akan menjagamu. Maka dari itu, Ilmu lebih baik daripada harta.

[3] Ketika Ilmu dibagikan ia semakin bertambah. Ketika harta dibagikan ia berkurang. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.

[4] Manusia yang mempunyai banyak harta memiliki banyak musuh, sedangkan manusia berilmu memiliki banyak teman. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

[5] Ilmu menjadikan seseorang bermurah hati karena pandangannya yang luas, sedangkan manusia kaya dikarenakan kecintaannya kepada harta menjadikannya sengsara. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.

[6] Ilmu tidak dapat dicuri, tetapi harta terus-menerus terekspos oleh bahaya akan pencurian. Maka, ilmu lebih baik daripada harta.

[7] Seiring berjalannya waktu, kedalaman dan keluasan ilmu bertambah. Sebaliknya, timbunan dirham menjadi berkarat. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

[8] Engkau dapat menyimpan catatan kekayaanmu karena ia terbatas, tetapi engkau tidak dapat menyimpan catatan ilmumu karena ia tidak terbatas. Untuk itulah mengapa ilmu lebih baik daripada harta.

[9] Ilmu mencerahkan pikiran, sementara harta cenderung menjadikannya gelap. Maka dari itu, ilmu lebih baik daripada harta.

[10] Ilmu lebih baik daripada harta, karena ilmu menyebabkan Nabi berkata kepada Tuhan “Kami menyembah-Nya sebagaimana kami adalah hamba-hamba-Nya”, sementara harta membahayakan, menyebabkan Firaun dan Nimrud bersikap congkak dengan menyatakan diri mereka sebagai Tuhan.


Di sini saya kongsikan sebuah kisah yang telah saya baca blog seorang rakan tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan kita.

Suatu hari semasa Khalifah Ali sedang memberi syarahan dalam sebuah majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.

“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata; Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.

“Memang benar……,” jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.

Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baikantara ilmu dengan harta?”. “Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali.

“Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu lagi. “Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun” jawab Sayyidina Ali.

Lelaki kedua pula bertanya, “Wahai Ali, manakah lebih baik antara ilmu dengan harta?”. “Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta,” jawab Sayyidina Ali, tanpa menunjukkan rasa marah.

“Apa dalilnya?” tanya lelaki ke-dua itu lagi. “Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya,” jawab Sayyidina Ali.

Lelaki ke-tiga pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?”. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang berilmu mendapat ramai kawan,"

Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, harta apabila ia dibelanjakan maka ia akan berkurang, sedangkan ilmu, jika ia diamalkan semakin bertambah."

Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Sayyidina Ali, “Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati."

Lelaki keenam pula bertanya soalan yg sama, lalu dijawab oleh Sayyidina Ali, “Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

Sayyidina Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, “Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati."

Kepada lelaki kelapan Sayyidina Ali berkata, “Harta semakin lama disimpan ia semakin usang; tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”

Kemudian Sayyidina Ali terus berkata, “Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”

Akhirnya 10 orang lelaki yang hendak menduga ilmu Amirul Mukminin Sayyidina Ali bin Abi Talib beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Sayyidina Ali dapat memberikan banyak jawapan untuk hanya satu soalan.

”Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama, aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza,” kata Khalifah Ali bin Abi Talib.

Maka jelaslah di sini bahawa ilmu lebih bernilai daripada harta dunia. Ianya boleh dibawa kemana sahaja walaupun sampai ke dunia akhirat. Berbeza jika dibandingkan dengan harta dunia yang hanya bersifat sementara. Namun dalam agama tidak diajarkan kita supaya tidak berharta. Bahkan harta yang berlebihan kita boleh sedekahkan pada yang layak sebagai saham akhirat kita kelak. InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan