Jiwang Corner :)

Khamis, 4 Oktober 2012

Aktiviti Selepas UPSR ( siri 5 : 2012 )

Hari ini aku baru sempat nak kongsikan aktiviti ke-5 program selepas UPSR untuk murid tahun 6. Kali ini adalah giliran Panitia Kemahiran Hidup.





Memandangkan cikgu-cikgu Kemahiran Hidup keluar ke aktivti rombongan ke Terengganu, maka aku dengan sukarela membantu guru KH yang ada. Itu pun seorang je yang tinggal. Huhuhu.....

Sebenarnya aku tidak ajarkan lagi subjek KH ni biarpun ia adalah opsyen kedua aku. Namun, minat aku terhadap KH masih tinggi. 

So, aktiviti Kemahiran Hidup kali ini adalah memasang kotak pensil kayu, bagi murid lelaki. Murid perempuan pula diminta menjahit pundi kacang. Jom, saksikan rakaman gambar mereka.

Rakan-rakan lain, jika sudi di minta dapat kongsikan aktiviti dan program selepas UPSR di sekolah kalian. Sekurang-kurangnya, dapatlah kita bertukar-tukar idea. 


SPA Cadang Tambah Baik Penstrukturan Gaji Penjawat Awam Berijazah -KSN – Bernama

SPA Cadang Tambah Baik Penstrukturan Gaji Penjawat Awam Berijazah -KSN

IPOH: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bercadang menambah baik mekanisme penstrukturan gaji penjawat awam yang mempunyai kelulusan ijazah selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat berpendapatantinggi menjelang tahun 2020.


Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan awal.

“Kami sedang mengkaji kemungkinan…siswazah yang bermula kerja dengan gred 41 boleh naik sehingga jawatan KSN tetapi tidak semua orang boleh naik keperingkat itu kerana terdapat 1.4 juta penjawat awam,” katanya kepada pemberitaselepas majlis penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhajaya Perkhidmatan Awam disini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendapatan penjawat awammenjelang 2020.

Ali berkata pihaknya telah memberi idea itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dikaji kerana ia melibatkan implikasi kewangan kerajaan.

“Kami tidak boleh laksanakannya dengan serta merta…kerana ia perlu melaluiproses, langkah demi langkah. Kami perlu melihat setiap skim (perkhidmatan),”katanya.

Katanya antara mekanisme penstrukturan yang dipertimbangkan ialah kenaikangred berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti yang dilaksanakan oleh SuruhanjayaPerkhidmatan Pelajaran.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara memuji prestasi penjawat awam diperingkat persekutuan dan negeri.

Sepanjang program dua hari beliau di Perak sejak semalam, Ali antara lain melawat kawasan rumah pangsa Waller Court, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen di sini. BERNAMA

Rabu, 3 Oktober 2012

Oh, Si Pengacara Majlis

Sabtu ni merupakan Majlis Hari Anugerah Kokurikulm di sekolah aku. Sebelum meeting lagi aku telah diberitahu oleh SU Koko yang aku kena jadi pengacara. Argh...ingatkan aku dah pencen ! Hehehe...
Jangan salah anggap. Aku bukan nak pencen dari perkhidmatan tau ! Actually, pencen daripada jadi pengacara da...

Maklumlah, ramai junior-junior yang berbakat. Bahasa aku pun bukan bagus sangat. Cuma mungkin suara aku yang jelas, kot. Terperasanlah, pulak. Ahkasss....( terpaksa puji diri sendiri sebab takda orang nak puji ) Oiiii...sikit-sikit udah le :)

So, kerja-kerja menulis skrip ini agak penting. Mana tidaknya, majlis pada hari itu akan bergantung kepada arahan pengacara. Mengikut perancangan, Pegawai PPD yang akan datang merasmi. Huhuhu.... Aku agak berdebar jugak walaupun ini bukan pertama kali aku menjadi pengacara majlis. 

Dalam meeting, tugas aku dibantu oleh 2 orang lelaki. Tetiba kedua-dua watak itu memberitu mereka akan ke kursus pada hari kejadian. So, partner aku sudah hilang. Siapa nak teman aku ni ?

Lastly, aku diberitahu akan dipasangkan dengan seorang ustazah. Alhamdulillah...ada juga partner aku walaupun ustazah itu belum ada pengalaman pengacarakan majlis. InsyaAllah, aku akan bantu dia.

Ini teks pengacara yang aku sediakan. Edit-mengedit dah jadi lumrah.
Dah 3 kali aku edit nih. Huhuhu...

Tips Temuduga Pengesahan Jawatan Guru


Hah, ekoran daripada panggilan temuduga yang aku terima, aku cuba skodeng mana-mana blog untuk mendapatkan sedikit tips menghadiri temuduga. Jom, sama-sama kita baca.

Kepada rakan guru yang turut dipanggil untuk temuduga SPP, bolehlah kita gunakan panduan berikut sebagai persediaan.

Tips penampilan para guru yang bakal diperhatikan oleh penemuduga :

1. Cara penyampaian calon 

calon perlulah berhujah secara matang dan mampu menjawab soalan yang dikemukakan secara berpengetahuan.

2. Penampilan diri, sikap dan sahsiah calon 

penampilan diri kemas sebagai seorang guru. Bertali leher bagi lelaki, kasut dan seluar formal, kasut bertutup dengan tumit seinci bagi wanita. Fesyen rasmi dan bersopan. Jangan lupa memakai name-tag!

3. Pengetahuan ikhtisas yang mantap 

berdasarkan latihan di IPG, apakah yang kita dapat?

4. Pengetahuan am dan isu semasa yang relevan dengan pendidikan 

walaupun akan ditanya sedikit mengenai isu politikal dan parlimen misalnya, jawapan bagi soalan penemuduga perlulah relevan dengan tugas seorang guru.
temuduga pengesahan jawatan guru
Berikut adalah contoh soalan, topik dan isu yang sering ditanya semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan :

1. Apakah sekolah bestari?

2.Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah wawasan?

3. Pelan induk pendidikan.

4. Pedagogi dan strategi serta kaedah PNP.

5. Taksonomi Bloom

6. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan isu KSSR


Contoh soalan dan topik isu semasa negara :

1. Sistem pemerintahan

2. Pilihanraya

3. Parlimen

4. Sejarah pendidikan negara

5. Isu ICT

6. NKRA

7. Satu Malaysia

8. Sukan

9. Rukunegara

10. Wawasan 2020

11. Misi dan visi pendidikan di Malaysia

12. 9 cabaran guru arus globalisasi

13. Dasar pembangunan negara dan Dasar ekonomi baru.


Apakah sebab calon-calon guru GAGAL dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ?

1. Sikap dan personaliti guru : pembawaan diri

2. Kekurangan nilai profesionalisme : terlalu emosional

3. Kekurangan ilmu penetahuan dan kefahaman

4. Kurangnya kemahiran di dalam bidang tugas.


Tips Murah Rezeki

Hari ini aku cuba kongsikan cara yang terbaik untuk memperoleh rezeki daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah. Maka, berdoalah padaNYA mohon ditambahkan rezeki pada kita bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, malah kesihatan, kasih sayang dan sebagainya.

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah


Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: hanan.com.my



Selasa, 2 Oktober 2012

Tarikh Temuduga SPP Sudah Ada

Hari ini hari berakhirnya penantian geng-geng PJJ yang lantikannya dibekukan sejak 2010 lagi. Di dalam bilik guru tengah hari tadi seorang rakan memanggil aku. Aku segera ke tempatnya dengan penuh tanda tanya.

Dia tersenyum lebar. Dia menunjukkan sesuatu ke arah laptopnya. Aku lihat paparan SPP. Wah, sudah ada tarikh ! Alhamdulillah...nampaknya kami akan menghadiri temuduga pada 15hb Oktober nanti.


Hati berdebar-debar juga. Entah apa yang akan disoal semasa sesi temuduga itu nanti. Mana tidaknya. Mengutip pengalaman seorang rakan yang hadir ke temuduga tahun lepas. Antara soalan yang diajukan kepadanya :

Berapakah kos membina JB Sentral ?
Nyatakan Menteri Kabinet Singapura ?

Adeh, mau kepalo den. Soalan yang ditanya bukan dalam kategori pendidikan langsung. Huhuhu...apakan daya kita. Mungkin Dato itu sengaja nak kenakan dia kot. Hehehe...

Apapun, selamat maju jaya buat diri aku sendiri. Moga Allah permudahkan segala urusan aku dan petah bercakap memberikan pendapat mahupun menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan. 

Uniform Pandu Puteri Dah Siap Baiki

Hah, hari ni aku nak kongsi tentang uniform kokurikulum Tunas Puteri aku. Bila hari Rabu setiap minggu kena pakai, maka nampaklah lusuh baju aku. Hakikatnya aku hanya berselang seli dengan uniform Puteri Islam.

Nak jadikan ceritanya, span pada baju aku dah tipis. Maka aku hantarlah kat tukang jahit. Ingatkan hujung minggu baru nak pergi ambil. Tup, tup esok kena pakai sebab ada sesi penggambaran bersama ahli unit unifrom.  


So, bergegaslah lah aku ke rumah tukang jahit. Mujur lah aku sempat pakai tali pinggang keledar semasa memandu tadi. Kalau tidak, nescaya aku kena tahan dengan abang polis. Mujur jugak banyak pemandu kenderaan arah bertentangan telah beri amaran lampu. Terima kasih, bro !

So, esok aku dapatlah memakai uniform Tunas Puteri aku yang telah siap ditukar spannya :)

Isnin, 1 Oktober 2012

Aktiviti Selepas UPSR ( Siri 4 : 2012 )


Hari ini murid lelaki tahun 6 sekolah aku merupakan murid paling gembira. Mana tidaknya, aktiviti hari ini adalah perlawanan bola sepak antara kelas. 


Bagi murid perempuan pula, mereka bertanding bola tampar. Jom, saksikan rakaman gambar mereka !

Sabtu, 29 September 2012

Ringkasan Bajet 2013



1. Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

2. Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.

3. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan.

4. Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

5. Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

6. Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

7. Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

8. Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

9. Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

10. 100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

11. Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.

12. RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

13. Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

14. Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

15. Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

16. Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

17. Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

18. 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

19. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara.






Khamis, 27 September 2012

Aktiviti Selepas UPSR ( Siri 2 : 2012 )

Hari ini aku cuba kongsikan pula aktiviti yang kedua bagi murid tahun 6. Secara jujurnya aku tidak dapat menyaksikan aktiviti ini dari awal lagi memandangkan pada waktu itu aku ajarkan kelas tahun 5. Setibanya aku di ruang kantin, mereka sedang berkemas. Argh...tak sempat aku nak tengok cara mereka mendeko kek span itu. Huhuhu.......

Apapun aku masih sempat melihat hasil kerja mereka. Sebenarnya, peserta aktiviti mendeko kek ini adalah dari kalangan perempuan. Murid lelaki pula mencanting batik. Yang itu pun aku tak sempat nak rakam gambar mereka. 

Jadi, di sini aku hanya dapat kongsikan rakaman gambar-gambar kek yang telah di deko oleh murid perempuan tahun 6 sekolah aku. Sangat kreatif !!!







Rabu, 26 September 2012

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2013

Sukacita dimaklumkan Majlis Amanah Rakyat menerusi laman web rasmi http://www.mara.gov.my telah membuka tawaran untuk calon memohon kemasukan tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2013 semenanjung Malaysia secara atas talian (online) mulai 1 Oktober 2012


permohonan mrsm tingkatan 4 2013 permohonan kemasukan tingkatan 4 mrsm 2013


Syarat Memohon

Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia

Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM

Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains

Lagi perkara berkaitan permohonan,sila klik pada tajuk iklan kemasukan di bawah






Sabtu, 22 September 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik 2013

Bagi pelajar PMR tahun ini, peluang terbuka kepada yang berminat untuk belajar ke Kolej Vokasional dan SM Teknik 2013. 


Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama :

Pendidikan Teknikal
Pendidikan Vokasional
Latihan Kemahiran
Pendidikan Asas Vokasional

Pendidikan Teknikal

Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;

Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik
Perdagangan
Sains Pertanian

Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu:

Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Teknologi Kejuruteraan Awam
Hospitaliti
Perniagaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pertanian

Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu:

Pemesin Am
Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
Juruteknik Automotif
Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
Furniture Maker
Jurubina Bangunan
Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
Jurupaip
Juruteknik Elektrik
Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
Demi Chef
Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
Pendandan Rambut
Jurukecantikan
Juruteknik Akuakultur
Pekerja Ladang Pertanian

Pendidikan Asas Vokasional

Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.

Kursus yang ditawarkan adalah

Pakaian dan Jahitan
Menservis Motosikal
Membuat Perabot
Automotif
Tanaman
Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
Penyediaan dan Penyajian Makanan
Akuakultur
Pendawaian Elektrik
Hiasan Dalaman
Visual dan Animasi

Syarat Umum Permohonan

Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

Pemohon hendaklah:

Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.

Kesihatan diri pemohon:

Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

Pendidikan Teknikal
 – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR

Pendidikan Vokasional
- Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.

- Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.

- Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.

Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:

Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .

Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.

Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari 

Jumaat, 21 September 2012

Aktiviti Selepas UPSR ( Siri 1 : 2012 )

Pagi tadi bermulanya program selepas UPSR bagi murid-murid tahun 6. Hari ini Panitia Matematik dan Panitia Pendidikan Seni berpeluang mengendalikan program masing-masing.

Panitia Matematik : Sandwich ( murid perempuan sahaja )
Panitia Pendidikan Seni : Membuat Wau ( murid lelaki sahaja )

Proses menghias sebelum dihidang 
Juri yang terdiri daripada chef-chef dirumah : PK 1, PK HEM dan Penyelaras Tahun 6
Di sini aku kongsikan beberapa rakaman gambar semasa program dijalankan. Bagi Panitia Matematik, aku diberi tugas untuk menjadi juruacara majlis. So, aku cuba jalankan ala-ala MasterChef gitu. Hehehe...



Juri sedang menilai
Antara hidangan yang menarik hati juri.
Mungkinkah hidangan ini jadi juara pertandingan ?


Mewarna wau mengikut kumpulan


Khamis, 20 September 2012

Pertandingan Robotik Kebangsaan (24 - 26 September 2012)


Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan

Kepada ibu bapa yang hendak membuat permohonan, terutamanya untuk anak yang mengambil     UPSR 2012. 


Harap link ini http://parents.sekolahmalaysia.com/ 
dapat memenuhi carian anda. Namun, ada pengguna yang mengeluh mengadu terpaksa log in berkali-kali. Perkara ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh kesesakan trafik. Harap dapat bersabar. Teruskan usaha anda. Semoga berjaya !!!