Jiwang Corner :)

Sabtu, 16 Mac 2013

Sekolah ganti vs Persiapan Mesyuarat Agung PIBG

Hari ini merupakan hari sekolah bagi menggantikan cuti panjang Tahun Baru Cina yang lalu. Jadual yang digunakan adalah jadual hari Khamis. Agak penuh jadual aku iaitu 7 masa pengajaran. Argh....( dah jangan nak mengeluh panjang pula. Hari tu dah bercuti sakan kan kan kannnn....)

Sebenarnya jadual PdP pada hari ini ditangguhkan daripada mengikut jadual sebenar. Guru-guru yang keluar mengikuti PJJ agak ramai iaitu 13 orang. Selaku ketua aliran tahun 4 aku diminta membina jadual kelas ganti untuk kelas2 tahun 4. Seramai 12 orang guru diminta masuk ke 8 buah kelas secara berganti-ganti. Huahuahua....

Kehadiran pada hari ini kurang memuaskan. Ada yang 23/40, 30/40, malah ada juga yang hanya 21/ 39. Erm...itu sudah lumrah. Bila cuti semua nak bercuti, bila nak berganti semua cabut lari.

Selepas rehat tadi guru-guru yang terlibat dalam membuat persiapan pentas dan tempat dalam mesyuarat PIBG esok, masing-masing sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan. Murid2 juga turut membantu guru menyusun kerusi tetamu. Mudah2an mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan esok akan berjalan dengan lancar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan