Jiwang Corner :)

Ahad, 31 Mac 2013

JDT Menang, Hey!

Malam tadi aku saksikan perlawanan antara JDT dengan pasukan Terengganu. Kali ini buat pertama kalinya aku menonton seorang. So kenalah control sorak tuh. Kang jiran sebelah kata aku tak sopan plak. Hehehe....

Perlawanan memang begitu sengit. Aku turut berdebar2 ketika cubaan gol dilakukan. Mulut aku takleh diam juga. Terkeluarlah juga beberapa perkataan seperti ' rembat ', gol! hikhikhik...

Akhirnya JDT menang dengan jaringan 3-2. Actually jaringan kedua daripada pasukan Terengganu sangat nencemaskan. Aku binmbang jika Terengganu yang menguasai perlawanan pada malam tadi. Huh, emosi juga aku neh! Hehehe....

Sabtu, 30 Mac 2013

Runsing seketika

Aku menjalani aktiviti harianku seperti biasa. Pagi tadi selepas subuh aku menyiapkan tambahan pendaftaran Zoom A untuk murid kelas aku. Alhamdulillah semuanya selesai biarpun terdapat sedikit kekeliruan antara kelas semasa pendaftaran ID dan password.

So legalah satu perkara namun lega yang muncul itu tetiba disulami dengan rasa runsing. Korang nak tau apa yang membuatkan aku runsing tu? Hah, tetiba rumah jiran sebelah ni ada beberapa kereta. Alamak dia nak buat kenduri ke? Tapi...dia takde jemput aku pun! Kalau jemput aku sekalipun, alangkah malunya aku nak ke sana sendirian. Kawan yang merupakan jiran sebelah kiri ini pula masih tidak pulang dari kampung. Hahaha....kelakar plak aku nih. Maklumlah orang pemalu memang macam nih.

Tidak lama kemudian aku terdengar mereka membuka pintu. Seorang demi seorang keluar. Aik? Ke mana mereka pergi? Dalam hati rasa lega juga. Hehehe...jiran depan ni pula berkereta2 parking depan rumah. Gayanya macam nak hantar pengantin. Diorang dok ikat3 reben pada kereta masing2. Huh...letih pula mata aku memandang aktiviti jiran2 aku nih. Adakah macam ni cara nak kenal jiran2? Hikhikhik...

# Apapun untuk mengenali semuanya aku kena ambil masa. InsyaAllah semuanya akan jadi mudah.

Jumaat, 29 Mac 2013

Berkhidmat Seawal Pagi Lagi

Pagi ini abah dah mulakan operasi membantu aku mengecat rumah. Dinding versi merah telah berjaya aku siapkan. Kini abah dengan sukarela mengecat versi kelabu pula. Huh, bersemangat betul abah! Syukurlah aku masih ada abah yang dapat membantu aku. Jika tidak, entah pada siapa yang aku nak harapkan kecuali upah pada tukang cat.
Mujur juga aku pernah membantu abah mengecat rumah di kampung. So aku dapat gunakan pengalaman tersebut untuk mengecat di rumah sendiri pula. Alhamdulillah...bolehlah aku jimatkan kos upah kepada tukang cat. Tambahan pula aku sendiri je yang nak tengok. Nampak elok je pun. Hikhikhik....puji diri sendiri nampaknya :)

Khamis, 28 Mac 2013

Kunjungan Abah

Hari ini aku kembali pulang ke rumahku. Kali ini aku mengambil masa yang singkat untuk bercuti di kampung iaitu 3 hari. Bukan apa banyak lagi yang perlu aku kemas di rumah aku. Ditambah lagi dengan barang2 yang baharu aku beli di Bandar Baru Ayer Hitam. So aku pulang bersama abah dan makcik ( emak baru aku ).
Pemanduan aku tidak laju disebabkan hujan tambahan pula berhenti makan dan solat maghrib di R&R Machap. Oleh itu pemanduan aku menjadi 3+ jam. Alhamdulillah yang penting aku sampai di rumah dengan selamat.

Rabu, 27 Mac 2013

Usaha bertangga

Pelik tapi benar dengan tajuk en3 aku kali ini?  Hah...tak perlu dimusykilkan sebab aku hanya nak kongsikan tentang usaha aku dalam mengecat rumah. Inilah aktiviti aku dalam cuti ini selain menyemak buku latihan murid.

Usaha bertangga ni sebenarnya bermaksud nak mengecat memanglah kena guna tangga. Memula seram jugak nak panjat tinggi- tinggi ni. Aku ni gayat je terbih apatah badan pun tak berapa nak slim. Namun apakan daya nak kurangkan budget. Hehehe....

Ingat perempuan tak boleh? InsyaAllah Allah akan bantu kita selagi kita mengingati kekuasaanNya. So warna tema rumah aku adalah merah kelabu biru. Jom nak tengok hasilnya? ( hasilnya tidaklah hebat  mana pun )

Selasa, 26 Mac 2013

Shopping @ Ayer Hitam

Petang ni aku pulang ke kampung halaman di Batu Pahat. Kenderaan tidak begitu banyak memandangkan waktu itu adalah waktu bekerja. Dalam perjalanan banyak perkara yang aku fikirkan dan angankan. Berangan tu free je. So tak perlu kata apa-apa. Hehehehe...
Sampai di Plaza Tol Ayer Hitam aku membuat bayaran RM9.10. Pemanduan diteruskan dengan membelokkan tayar Si Comel ke susur kiri jalan. Aku henti singgah di kedai permaidani dan kedai bunga di Bandar Baru Ayer Hitam.
Banyak permaidani yang menjadi pilihan hati. Namun atas poket yang nipis aku hanya membeli sebidang permaidani kecil dan bingkai ayat Quran. Layanan pemuda Pakistan itu sungguh baik. Bahasa Melayu ditutur satu demi satu perkataan menampakkan dia begitu sopan. Handsome plak tu. Hehehe...
Akhirnya aku gerak ke kampung dengan muatan yang agak padat. Huh, kasihan Si Comel! Banyak betul jasa Si Comel terhadap aku. Usianya yang hampir mencecah 10 tahun tidak sesekali mematahkan semangat aku untuk pandunya ke sana ke mari. I love U, Comel! 

Sabtu, 23 Mac 2013

Maulidurrasul 1435H Episod 2

Pasti korang dah baca entry aku yang lepas. So sekarang aku nak kongsi sikit tentang isi ceramah daripada penceramah jemputan tersebut iaitu Dr Adan bin bin Omar. Orangnya bertubuh kurus dan tinggi cukup bertenaga dalam tutur kata dan gerak gayanya. Siap nyanyi lagu Hindustan dan Kpop lagi!

Satu perkara yang menarik perhatian murid dalam ceramahnya ialah ganjaran daripada beliau. Komunikasi dua hala menyebabkan murid dan guru fokus pada ceramah itu. Ganjaran berbentuk wang, epal dan jambu mengiringi setiap jawapan yang tepat daripada murid.


Antara isi ceramahnya ;

1) jangan lakukan perkara2 yang lagha terutamanya menghabiskan masa dengan menonton televisyen.

2) tinggalkan hiburan terutamanya unsur budaya barat kerana mereka yang di barat tidak nyanyikan lagu Melayu tapi orang Melayu nyanyi lagu Barat.

3) jangan tinggal solat dan ikut sunnah Rasullullah.

4) jangan mudah putus asa jika terima kegagalan sebab dalam alQuran ada menulis La Tahzan, jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita.

5) jangan sia2kan hidup dengan melakukan maksiat. Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah semakin banyak yang dibuang. Di Malaysia, setiap 8 saat seorang anak luar nikah akan lahir.

Banyak lagi perkara yang dikongsikannya pada hari itu. Semoga setiap apa yang disampaikan oleh beliau dapat dijadikan panduan bersama. InsyaAllah...

Jumaat, 22 Mac 2013

Pencerapan kali pertama

Semalam selesai daripada majlis maulidur rasul aku pulang keletihan. Cuaca yang panas menyebabkan badan bertambah lesu. Tiga tong air teh o ais yang disediakan untuk murid2 turut licin. Aku hanya sempat minum segelas je biarpun aku ditugaskan sebagai AJK minuman - tukang cedok dan tuang dalam gelas dan botol murid.
Petang ni aku lelapkan mata seketika. Masa diisi dengan menanda buku memandangkan esok PdP aku  akan dicerap oleh PKKo. Setiap buku latihan perlu hantar 10 buah. Ini bermakna ada 30 buah buku aku kena sediakan. Mujurlah 30 bukan 120 buah. Kalau tidak, alamat tak tidur malamlah aku.
PdP aku dicerap jam 10.40pagi hingga 11.40pagi. Pengajaran Matematik tahun 4 Arif dalam topik Wang. Perjalanan PdP berjalan lancar. Murid2 aktif dan memberi kerjasama yang baik. Malangnya satu insiden telah berlaku di mana seorang murid perempuan keluar ke depan sambil menangis. Aduhhhhh....
Murid yang lain sibuk berlumba untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Ada yang dah mula ke hadapan kerana menjadi murid yang terawal siap. Keadaaan di depan kelas dah jadi kelam kabut. Aku terpaksa memujuk murid menangis itu namun tidak mampu. Dia semakin kuat menangis lalu mencangkung. Huh....dugaan sungguh!
Nantikan entry aku seterusnya untuk mengetahui kisah selanjutnya :(

Khamis, 21 Mac 2013

Maulidurrasul 1435H ( 2013 )

Sambutan Maulidurrasul tahun ini disambut meriah. Buat pertama kalinya majlis ini dianjurkan bersama dengan Sekolah Agama yang terletak bersebelahan dengan sekolah kami. Sek Agama tersebut baru beroperasi pada awal tahun lalu.

Murid tahap 2

Murid Tahap 1
Ustaz dari Sekolah Agama mengiringi murid sambil berselawat

Majlis dimulakan dengan perarakkan murid-murid bersama guru kelas masing-masing. Kami berarak kira-kira 1 km iaitu masih dalam sekitar perumahan dan deretan kedai. Pihak polis turut mengawal keselamatan kami. Maklumlah kira2 1500 orang murid yang hadir pada waktu itu berarak sambil berselawat.
Sebahagian daripada guru-guru lelaki yang berzanji


Selesai berarak kami didengarkan bacaan al Quran oleh peserta Johan tilawah peringkat zom yang akan mara ke peringkat daerah pada bulan hadapan. Selesai ucapan perasmian majlis diteruskan dengan bacaan berzanji dan selawat. Persembahan diteruskan dengan nyanyian nasyid.



Tiba masanya untuk mendengar ceramah daripada penceramah jemputan iaitu Dr Adnan bin Omar. Beliau merupakan kaunselor di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Aku bangga dengan beliau kerana mempunyai pendidikan yang tinggi iaitu memiliki 2 ijazah dan 2 PHD. Apa yang paling menarik perwatakan beliau yang bersahaja itu membuat aku seakan tidak percaya yang beliau pernah tinggal di Amerika selama 14 tahun. Pergh, terkejut aku!

Dr Adnan dengan gaya tersendiri menarik minat murid-murid 
Dalam pada ceramah didengarkan, murid-murid tahap 1 mula beredar mengikut darjah ke kantin untuk menikmati jamuan. 

Murid-murid menikmati jamuan secara berempat di dalam dulang

Geng rewang bungkus berkat

Geng rewang

Geng minuman

Bersambung pada entry akan datang...

Rabu, 20 Mac 2013

Solat Hajat UPSR Siri 1

Malam ini semua guru menghadirkan diri ke sekolah bagi melaksanakan solat hajat khas untuk calon UPSR tahun ini. Kehadiran ibu bapa turut memberangsangkan. Alhamdulillah...

Tazkirah daripada Ustaz Rizam

Sebahagian barisan saf bapa murid
Sebenarnya program ini dijalankan pada setiap tahun di sekolah aku. Kebiasaannya solat hajat ini dijalankan 2 hingga 3 sesi setahun. Ia adalah program Unit Kaunseling dengan kerjasama PIBG. Selepas solat maghrib majlis diteruskan dengn bacaan Yaasin diikuti dengan tazkirah dan motivasi. Solat hajat siap dilaksanakan kira2 jam 9.30 malam selepas solat Isyak.


Makan malam disediakan untuk semua yang hadir. Menu yang dapat dihidangkan adalah nasi putih berlaukkan kari daging, dalca dan air teh O. Makan berempat dalam dulang tuh! Rasa seronok juga bila dapat makan dengan cara begitu.




Sekian....

Jom rewang!

Hari ini persekolahan seperti biasa namun ada aktiviti tambahan yang perlu dilakukan. Nak tau apa? Petang ni dah mula rewang masak sempena solat hajat pada malam nanti dan majlis maulidur rasul pada hari esok.


Saban tahun sekolah kami mengadakan aktiviti seperti ini. So petang tadi aku ambil kesempatan memotong lada dan kentang untuk lauk dalca. Menu tahun ini adalah nasi Arab dan daging masak lada hitam.


Selasa, 19 Mac 2013

Pulangnya Seorang Imam

Semasa makan di kantin pagi tadi, seorang ustaz bertanyakan padaku, " Ada terima apa2 berita daripada Kak Hasniza?" Aku pun menjawab, " Tak ada, ustaz." Kenapa yea?"

Ustaz itu terdiam seketika. Aku masih tertanya2 berita apakah yang nak disampaikan itu. Dia menyambung bicaranya, " Wak Kemin, yang ubatkan awak tu dah takde," suaranya sayu. "Tok Guru saya dah meninggal," sambungnya lagi.

Aku terus terdiam. Terkejut dan sebak. " Innalillahi wailaihirajiun..." Aku seakan tidak percaya. Baru 2 bulan lepas aku melihatnya di Pusat Rawatan Islam dAura. Waktu itu dia sedang mengaji di bilik rawatannya. Keadaanya sihat dan nampak gagah lagi. Aku dimaklumkan bahawa umurnya baru 60 tahun.

" Bila arwah meninggal ustaz? Sakit pe? " tanya aku pada ustaz. " Semalam petang dia sesak nafas. Kemudian dihantar ke hospital. Masa sampai di hospital dia berjalan sendiri sebelum terima rawatan. Selepas beberapa jam iaitu dalam jam 6.40 petang, dia dah takde. Jenazahnya dibawa pulang dan dikebumikan malam itu juga. Kelihatan wajahnya cukup tenang dan bersih." Subhanallah.... 

Aku cukup sayu mendengarnya. Peristiwa itu sedikit sebanyak mengingatkan aku pada arwah mak yang begitu pantas meninggalkan aku. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. Al-Fatihah....

# InsyaAllah aku tidak lupakan jasa arwah yang banyak membantu aku dan keluarga.

Mesyuarat Geng Teasure Hunt

Sebelum pulang ke rumah tadi geng treasure hunt bermesyuarat seketika. Kami bincangkan aktiviti yang sesuai kepada murid2 semasa perkhemahan koko di Kluang nanti.

Antara dapatan aktiviti pada 8 check point yang kami dapat bincangkan adalah :

1) mencari telur sebagai barang amanah - disembunyikan di bawah kon2 tertentu. Telur tersebut perlu dibawa sepanjang aktiviti.

2) mendapatkan dan mengumpulkan potongan kertas yang sama warna - ditabur mengikut pelbagai warna

3) mengumpul daun kering untuk dijadikan aksesori.

4) membuat sambungan tali terpanjang

5) menyanyikan lagu mengikut huruf vokal iaitu aeiou. Contohnya pilih satu vokal sahaja. Jika o maka perkataan cinta akan jadi cinto.

6) membuat asas simpulan seperti buka sila atau simpul manuk.

7) menamakan 5 jenis pokok yang ada di kawasan tersebut.

8) semua ahli kumpulan perlu nengikat kaki mereka antara satu sama lain menggunakan tali untuk menuju ke garisan penamat.

# moga apa yang dirancang dipermudahkan. Aku pilih untuk jadi check point ditugasan nombor 5. Tak sabar nak dengar mereka nyanyi. Yeahaaaa....

Ahad, 17 Mac 2013

Aku dan Kelab Didik Bistari

Di sini cerita tentang bisnes. Bila nak dapatkan duit untuk kelab, maka kenalah bisnes. Tambahan pula, kelab Didik Bistari ini ditubuhkan anjuran Johor Corperation dimana murid2 perlu dipupuk dengan budaya berbisnes.


Petang semalam aku dan rakan dah mula jalankan tugas membeli buah jambu batu kemudian dipotong2 sebelum dijual. Pada hari Khamis aku turut menghubungi pembekal roti sosej untuk tempahan.







Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13


Hari ini hari bekerja sekaligus minggu ini dikira minggu penat sebab seminggu bekerja. Pagi ini bangun awal seperti hari bekerja biasa. Mesyuarat agung akan berlangsung pada jam 8 pagi. Mujurlah tugas aku dah selesai iaitu penyediaan buku program.

Kehadiran ibubapa yang sememangnya kurang memuaskan. Jumlah kehadiran guru dan ibu bapa hanya 221 orang sahaja banding jumlah murid yang hampir dua ribu orang.

Tahun ini PIBG tidak menjemput mana2 YB atau VVIP sebagai perasmi. GB sendiri yang akan menyempurnakan perasmian mesyuarat. Majlisdimulakan dengan ucapan YDP PIBG diikuti oleh GB SKTM.



Seterusnya tetamu dihiburkan dengan persembahan nasyid. Kumpulan nasyid ini memang mantap. Aku turut teruja melihat dan mendengar persembahan mereka. Memang patut mereka menjadi Johan Zon pada pertandingan yang lalu. InsyaAllah kumpulan nasyid ini akan mara mewakili zon ke peringkat daerah pada bulan hadapan.
So apa aktiviti aku semasa majlis tadi? Nak tahu? Nantikan pada entri selepas ini. Ahakss....

Beginilah keadaannya bila ada sesuatu majlis. Khemah dan kipas yang terpaksa disewa sebagai tempat para tetamu.

Sabtu, 16 Mac 2013

Sekolah ganti vs Persiapan Mesyuarat Agung PIBG

Hari ini merupakan hari sekolah bagi menggantikan cuti panjang Tahun Baru Cina yang lalu. Jadual yang digunakan adalah jadual hari Khamis. Agak penuh jadual aku iaitu 7 masa pengajaran. Argh....( dah jangan nak mengeluh panjang pula. Hari tu dah bercuti sakan kan kan kannnn....)

Sebenarnya jadual PdP pada hari ini ditangguhkan daripada mengikut jadual sebenar. Guru-guru yang keluar mengikuti PJJ agak ramai iaitu 13 orang. Selaku ketua aliran tahun 4 aku diminta membina jadual kelas ganti untuk kelas2 tahun 4. Seramai 12 orang guru diminta masuk ke 8 buah kelas secara berganti-ganti. Huahuahua....

Kehadiran pada hari ini kurang memuaskan. Ada yang 23/40, 30/40, malah ada juga yang hanya 21/ 39. Erm...itu sudah lumrah. Bila cuti semua nak bercuti, bila nak berganti semua cabut lari.

Selepas rehat tadi guru-guru yang terlibat dalam membuat persiapan pentas dan tempat dalam mesyuarat PIBG esok, masing-masing sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan. Murid2 juga turut membantu guru menyusun kerusi tetamu. Mudah2an mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan esok akan berjalan dengan lancar.


Jumaat, 15 Mac 2013

Syukur, SKTM terima Bai'ah!

Sebelum pulang dari sekolah tadi warga SKTM dikejutkan dengan berita gembira. Hasil usaha warga SKTM dalam menjayakan bidang kurikulum mahupun kokurikulum, guru besar kami dianugerahkan bai'ah. 



Syukur sangat-sangat rezeki itu datang. Tak sangka kami tergolong dalam 5 buah sekolah dalam daerah Pasir Gudang yang terima anugerah tersebut. Alhamdulillah...
Bagaimana kami boleh terima Bai'ah?


1) peratus lulus UPSR meningkat dari 68% ( 2011 ) kepada 72.1% ( 2012 ) dengan calon seramai 271 orang. 
2) Penilaian SPSK mencecah 95%
3) kokurikulum yang cemerlang

Apa itu New Deal atau Bai'ah?

Ganjaran Kepada Guru Besar / Pengetua:

Penilaian  Ke atas Guru Besar / Pengetua Dilakukan Pada Penghujung Pusingan Tahun Penilaian Semasa Setelah Keputusan UPSR Diumumkan & Markah   SKPM Di Isi Ke Dalam Portal Oleh Guru Besar.

PENILAIAN BERMULA TAHUN 2010•         

PENCAPAIAN Guru Besar DIUKUR SEBAGAI SKOR KOMPOSIT

• SKOR GPS (70%) + SKOR SKPM (30%)
• Guru Besar  BERKHIDMAT DI SEKOLAH BERKENAAN  MELEBIHI 6 BULAN
• SEKOLAH LAYAK DINILAI DAN MELALUI SARINGAN APABILA;
• SKOR KOMPOSIT LEBIH 84% (Kategori 1)
• RANKING LONJAKAN SEBANYAK 2050 (Kategori 2)P
•  BEZA SKOR KOMPOSIT – 6.33 (Kategori 3)
•  Verifikasi Ke Atas  Sekolah Berjaya Saringan  Berdasarkan  Portal Nkra- Tawaran Baru  Akan Di Lawati Oleh
•          Nazir
•          Bahagian Audit Sekolah
•          Jpn/Ppd
•          (sjk&panel lnpt negeri)

SYARAT PERAKUAN  LAYAK TERIMA GANJARAN

Syarat Diperakukan Ganjaran Kepada Guru Besar                                           
 •         Audit tanpa  berteguran (*pada tahun penilaian)
•          Guru Besar bebas tindakan tatatertib
•          lnpt Guru Besar melebih 90%
•          Pencapaian linus lebih 90% (bagi sek.84%)
•          Meningkat 50% dari  saringan 1 (bagi sek lonjakan 2050)
•          Diperaku oleh jk panel penilai yg dipengerusikan oleh  Ksu Kpm.
•          Penilaian untuk tahun 2010.
•          Verifikasi untuk sekolah rendah akan bermula 6-18 januari 2011.
•          Pengumuman penerima ganjaran adalah pada 31 januari 2011.
•          Guru besar yang layak akan bersama guru-gurunya  menerima ganjaran tersebut dalam bulan januari/ februari 2011.
* tarikh tertakluk kepada Tiada Tawaran Baru Kepada
•          Guru Besar/ Pengetua baru dilantik kurang dari 6 bulan pada tahun penilaian
•          Guru Besar/ Pengetua sedang berkhidmat di sekolah baru yang belum ada  peperiksaan awam
•          Guru Besar/ Pengetua akan bersara kurang 6 bulan pada tahun penilaian
•         Guru Besar/ Pengetua tiada di sekolah melebihi 6 bulan secara berterusan.
Sekolah Layak Tapi Tanpa Guru Besar / Pengetua
•          Dengan syarat Guru Penolong Kanan menanggung kerja;
•          Guru Penolong Kanan tanggung kerja Guru Besar melebihi 6 bulan
•          Tawaran baru di beri kepada Guru Penolong Kanan tersebut
•          Ganjaran diberikan secara prorata (proportionate) bukan sepenuhnya. Ganjaran Kepada Guru
•          Bagi sekolah yang GBnya mendapat ganjaran, guru-gurunya juga layak dipertimbangkan ganjaran dengan syarat:
•          Guru tersebut telah berkhidmat di sekolah itu melebihi 6 bulan.
•          Mencapai SKT/KPI mengikut LNPT dan bukan prestasi statik
•          Bebas daripada Tindakan Tatatertib.•          Tidak meninggalkan sekolah melebihi 6 bulan untuk cuti tanpa gaji, sambung belajar dll.•          Tidak akan bersara dalam tempoh kurang 6 bulan pada tahun penilaian. 

Syarat Pemberian Tawaran Baru (New Deals)

TINDAKAN JPN/PPD  JPN/PPD mempengerusikan jawatankuasa Panel Penilai LNPT sekolah.

Urusetia : Unit Naik Pangkat SKPP,JPN

Jawatankuasa Panel Penilai terdiri daripada

:Pengerusi
: Pengarah / PPDAJK
: Ketua-ketua Sektor / Timbalan PPDGuru Besar / Pengetua (bagi SM)Guru Penolong Kanan 1Guru Kanan Mata Pelajaran ( jika SM)JPN diminta menghantar keputusan LNPT yang mengandungi keseluruhan senarai guru 5% dan guru 95% diperakukan untuk menerima ganjaran daripada sekolah yang berkaitan kepada  Urusetia Tawaran Baru Jemaah Nazir Jaminan Kualiti KPM dan salinan kepada Unit Naik Pangkat, BPSM,KPM sebelum 14 Januari 2011 (bagi sekolah layak pada tahun 2010). 

Bentuk Ganjaran ( Tawaran Baru Guru Besar / Pengetua )

•          Ganjaran kewangan
•          Insentif khas berbentuk wang – diberikan setiap tahun kepada GB yang memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan.
•          Ganjaran GB RM7500, 5% LNPT tertinggi Guru RM1800 dan 95% Guru berikutnya RM900 .•          Ganjaran bukan kewangan

Tunggu, jangan roboh lagi!

Pagi Jumaat yang indah warga SKTM meneruskan tradisi bacaan surah Yaasin secara berjemaah. Hari ini hari pertama kerusi guru di susun di kaki lima bangunan bukan di bawah bumbung astaka. Inilah nasib warga SKTM yang tiada dewan. 

Atas kutipan jogathon anjuran PIBG pada 2009 bumbung astaka dibina bertunjangkan tebing kaki lima bangunan. Namun kini jangkaan hayatnya tidak dapat bertahan lagi. Keadaan fizikalnya semakin lemah. Tebing kaki lima mula retak sementara bumbung mula melendut. 

Ekoran itu, Warga SKTM sentiasa waspada. Pada bila-bila masa sahaja bumbung itu akan musnah. Takut juga jika ada yang menjadi mangsa tidak kira guru mahupun murid. Ya, Allah selamatkanlah kami semua. 

Permohonan penyelenggaraan bumbung dan cat telah pun dipanjangkan ke peringkat PPD. Sebelum ini pihak sekolah pernah menghantar beberapa kali permohonan kepada JPNJ namun respon yang diberi adalah belum ada peruntukan. Mudah-mudahan pada tahun ini permohonan kami diluluskan. Tak sabar nak tengok keadaan fizikal sekolah berubah menjadi ceria. 


Beginilah struktur binaan bumbung astaka sekolah kami. Sangat cemas kerana ianya akan bergegar dan berombak tatkali hujan dan angin kuat.

Khamis, 14 Mac 2013

Dapur berasap

Hari ini first day dapur aku berasap. Petang semalam pemuda berbangsa Cina yang memandu lori gas itu telah datang untuk menghantar gas ke rumah. Barulah aku boleh memasak. Jika tidak, dok tengok je dapur tu. Bagaikan perhiasan pulak yea. Hikhikhik....
So menu pertama aku ialah nasi berlaukkan sayur campur goreng, dan sambal ikan kembung hijau. Menu aku sempoi jerk. Maklumlah makan seorang je pun. Kalau berlebih2 maka jadi pembaziran tuh!

Ujian Formatif 1

Sedar tak sedar dah 3 hari murid menjalani ujian formatif 1. Tahun ini aku ajarkan 4 kelas bagi subjek Matematik iaitu 2 kelas tahun 6 dan 2 kelas lagi tahun 4. Biarpun kertas matematik 2 telah berlangsung pada hari Selasa yang lalu aku hanya mampu siap menanda 40 set kertas sahaja. Bakinya yang berjumlah 118 set itu masih tersimpan rapi di dalam beg. Huh...chaiyok2!

* Semalam tidak dapat menanda. Cuaca yang panas membuatkan kepala aku sakit. Lastly makan panadol then menidurkan diri.

Rabu, 13 Mac 2013

Isu Cuti Rehat Khas ( CRK ) guru

Hari Ahad pun kena ambil CRK ke?  Itulah yang menjadi isu di salah sebuah sekolah berhampiran. Mujurlah aku tidak mengalami masalah yang sama. Tapi bagaimana dengan nasib rakan-rakan yang terlibat tu? Apa tindakan yang patut dibuat?

Hari Sabtu perlu hadir ke aktiviti kokurikulum kecuali guru yang melanjutkan pelajaran ( mereka menghadiri kelas tutorial ). Guru yang ada urusan peribadi lain terpaksa mengambil sijil cuti sakit atau CRK. Patutkah ia berlaku?

Hari Ahad ada aktiviti di sekolah. Jika tidak dapat hadirkan diri nak kena MC atau CRK lagi? Biar betul? Untuk menjawab semua persoalan, rakan tadi telah menelefon KPPK. Apa jawapan KPPK?

Hah, ini jawapannya!

1) Guru tidak perlu ambil CRK kerana Sabtu dan Ahad bukan hari berkerja atau PdP.
2) Guru hanya perlu membuat surat permohonan pengecualian hadir daripada aktiviti yang dijalankan kepada Guru Besar.
3) Jika pihak pentadbir masih enggan akur, pihak KPPK akan hantar fax ke sekolah tersebut, ke PPD seterusnya ke JPN.

Hah...harap2 masalah rakan tu dapat diselesaikan segera. Kita sewajarnya berhak mendapatkan hak kita. CRK hanya digunakan untuk masa2 tertentu sahaja terutamanya waktu kecemasan. CRK juga tidak wajar dipotong tanpa pengetahuan kita. Aniaya namanya tu ( Aku pernah terkena. Waktu tu CRK aku dipotong tanpa pengetahuan. Aku hadir ke peperiksaan di OUM semasa cuti sekolah akhir tahun. Bila semak bil cuti, ia telah berkurangan dan persoalan terjawab. Aku memang bengang giler tapi apakan daya PT itu telah aniaya aku.)

Isnin, 11 Mac 2013

Berita Baik untuk Kakitangan Awam 2013


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam.



Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

- Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion

- Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST)

Sinar Harian

Pendaftaran Zoom A

Lama aku tidak berblog. Maklumlah sibuk masuk ke rumah baharu. So hari ni aku terpaksa meluangkan masa untuk membuat pendaftaran Zoom A murid kelas aku. Beginilah kerja guru kelas. Tak pernah henti berkhidmat untuk memenuhi keperluan anak-anak didik biarpun kerja pada waktu malam.


Sekolah korang ada langgan Zoom A ni? Sekolah aku memang langgan setiap tahun. Murid hanya perlu membayar RM10 dan pembayaran akan dilaksanakan oleh penyelaras Makmal Komputer sekolah. Selepas membayar yuran tersebut, penyelaras akan memperoleh nombor tiket, ID murid dan kata laluan murid. Seterusnya guru kelas akan membuat pendaftaran untuk murid kelas masing-masing. Guru kelas juga. Huhuhu....

Zoom A ini banyak keistimewaannya. Antaranya ia merupakan gedung soalan yang boleh digunakan oleh murid sebagai latihan ulangkaji. Ia boleh diakses dan disemak oleh ibu bapa. Guru-guru juga boleh memberi latihan kerjarumah kepada murid melalui talian.

Mood : Berjam-jam juga aku nak daftarkan ID 35 orang murid-murid aku nih. Beginilah nasib :(