Jiwang Corner :)

Sabtu, 25 Januari 2014

Perbandingan Harga Kereta Jika Turun 30%

Harga kereta bakal turun 30% menjelang tahun 2017? Menurut laporan akhbar hari ini, perbezaan besar penurunan harga kereta akan berlaku conto di atas. Jika perancangan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) berjalan lancar, tidak mustahil harga kereta akan turun serendah itu. Kerajaan Malaysia melalui DAN menggalakkan pengeluar kenderaan melabur dan membuka kilang yang mengeluarkan kenderaan unit terurai (CKD) di Malaysia. Dengan cara ini, harga kereta yang ditawarkan akan lebih murah kerana ianya dikeluarkan dalam negara.
Semalam, Mitsubishi telah melancarkan kenderaan CKD model ASX dengan harga RM128,879 (berbanding hampir RM140 ribu sebelum ini). Untuk mengeluarkan model CKD, Mitsubishi melabur sebanyak RM30juta untuk membuka kilang dan tenaga kerja.Dengan menggalakkan pengeluar kereta membuka kilang di Malaysia, ianya akan dapat mengurangkan jumlah import kenderaan termasuk dari negara ASEAN. Sehingga kini, Malaysia masih mengimport sejumlah besar kenderaan.
Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa perlu tunggu sehingga 2017 baru harga turun, mengapa tidak sekarang? Terdapat beberapa sebab antaranya:
Pengeluar kenderaan memerlukan masa untuk membina kilang bagi mengeluarkan model CKD. Selain daripada Mitsubishi, HONDA juga telah membuka kilangnya yang keduanya di Melaka.
Kerajaan cuba melindungi peniaga kenderaan terpakai dengan menurunkan harga secara berperingkat. Jika penurunan harga kenderaan dibuat secara mendadak, maka peniaga kenderaan terpakai akan gulung tikar.
Sekiranya Kerajaan menurunkan harga kenderaan secara mendadak, maka pemilik kenderaan ketika ini yang masih mempunyai hutang dengan pihak bank akan mengalami kesukaran kerana susut nilai yang terlalu tinggi.

Sabtu, 18 Januari 2014

Kuliah UAI di Cahaya Baru

Petang ni aku dan sahabat bersedia untuk hadirkan diri ke kuliah Ustaz Azhar Idrus di Surau Barakah, Kg Cahaya Baru Masai sempena majlis Maulidur Rasul. Aku agak teruja juga sebab ini adalah kali pertama aku nak ke kuliah UAI secara langsung. Alhamdulillah dapat meletakkan kereta di tempat yang selamat walaupun terpaksa menapak jauh. Tak sangka kawasan di situ agak berbukit. So, mendakilah kami kira-kira 1km. Semput juga dibuatnya :)
Sampai di masjid kelihatannya orang tersangatlah ramai. Gerai-gerai peniaga turut serta pada malam itu. Solat jemaah maghrib berkali-kali dijalankan memandangkan kapisiti ruang surau tidak mampu menampung jemaah. Apapun, syukur sebab aku dan sahabat dapat menunaikan solat maghrib dengan selesa.
UAI sampai pada jam 9.00 malam. Takde harapan nak tengok wajah UAI secara dekat. So kami duduk di padang rumput mendengar ceramah beliau. Memang tak mengantuk dan tidak kering gusi sepanjang 2 jam ceramahnya. Antara pendekatannya adalah tentang aurat, solat, fardu ain dan sunah-sunah Rasulullah.
InsyaAllah, semuanya membawa pengajaran buat kami semua.
# Kalau awak bakar tisu, kemudian tarik lembu untuk lalu di tempat api itu adakah lembu itu nak lalu? Pasti tidak...Lembu yang bodoh itu pun tau api itu panas. Manusia yang tau api neraka itu panas, tapi masih melakukan dosa, bermakna dia lebih bodoh daripada lembu. -UAI-

Rabu, 1 Januari 2014

Sesi Persekolahan Bermula

Alhamdulillah setelah cuti panjang akhir tahun, sesi persekolahan 2014 telah bermula. Tahun ini warga Johor membuka lembaran sejarah baharu kerana kami memulakan hari bekerja pada hari Ahad sama seperti negeri Kedah dan Kelantan. Perkara ini telah dititahkan oleh Sultan Johor sempena hari keputeraannya yang lalu.
Murid-murid hadir ke sekolah seperti biasa manakala murid tahun 4 melangkah ke sesi pagi. Ramai juga ibu bapa yang datang kerana masih bingung dengan jadual pendaftaran dan pembayaran keperluan pelbagai. Maklumkan tarikh persekolahan telah berubah. Apapun semuanya berjalan dengan lancar.
Tahun ini aku tidak lagi menjadi guru kelas 4 Arif mahupun Penyelaras tahun 4. Aku telah diamanahkan dengan tugas baharu iaitu sebagai Setiausaha Peperiksaan. So tugas sebagai guru kelas hanya tinggal kenangan. Aku terpaksa mengambil alih tugas SUP sebelum yang berpindah ke Terengganu. Apapun, aku terpaksa redha dengan ketentuan ini dan cuba memikul tugas baharu ini dengan sebaik mungkin. InsyaAllah...

Rabu, 27 November 2013

Tukar Kad Pengenalan

Pukul 8.30 pagi keluar rumah- Pejabat Pendaftaran Negara cawangan mini Taman Bukit Dahlia,
Orang ramai hingga terpaksa berdiri luar pejabat,
Ambil langkah ke Jabatan Pendaftaran Negara Johor di Setia Tropika,
Orang ramai hingga tiada tempat duduk,
Beratur ambil nombor giliran,
Kena tunggu lagi 263 lagi nombor,
Arghhhhhhh....pukul berapa nak sampai giliran nih!

Sekarang dah jam 12.40 tengah hari.
Nombor giliran di kaunter baru 1345,
Nombor di tangan 1382,
Ada lagi 37 nombor lagi.
Ya Allah...permudahkan urusan aku.

Lastly pukul 2.45 petang giliran aku sampai. Pergh...menang jenuh menunggu.
Perut pulak mula berkeroncong. So skodeng kedai makanan berhampiran dan jumpalah kedai sup Z&Z cawangan Setia Tropika nih.
Apa lagi, tempah makanan dan nikmati hidangan hingga menjilat jari :)

Isnin, 25 November 2013

Perginya Seorang Sahabat

16/11 bermulanya cuti persekolahan. Baru rasa lega sebab dapat merehatkan diri setelah dua minggu bertungkus lumus menguruskan aktiviti terakhir di sekolah ( Hari Anugerah Kokurikulum, Hari Kanak-kanak, Majlis Graduasi Tahun 6 dan gotong royong kelas).

 Kira-kira jam 3.45 petang, whatssup pada Samsung Note aku berbunyi. Aku hanya membiarkannya sahaja memandangkan aku leka mendengar ceramah UAI di Yuotube dengan Galaxy Tab3 aku. Tetiba notification pada facebook masuk. Ada rakan yang tag aku. Aku mula berdebar2 lantas menghentikan sambungan Youtube.

 Aku buka akaun FB aku. Kelihatan seorang sahabat lama menulis," Takziah buat keluarga sahabatku Norhanisah binti Mohd Yusof atas pemergian arwah menemui Penciptanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah." Dadaku berombak kencang. Fikiran berkecamuk seketika. Terus menerus aku turunkan komen. "Aku tak faham, Siapa yang meninggal ni?" Sahabat itu menjawab komen aku, " Mimi...Anis yang meninggal." Aku terkedu. Innalillahiwailaihiraajiun....Tanganku sejuk. Aku benar-benar terkejut.

 Komen-komen semakin bertambah. Rakan-rakan lain turut terkejut. Aku masih tidak mempercayai takcir itu kerana 2hb November yang lalu aku lihat kebahagiaannya bersama keluarga sewaktu mereka bercuti di Cameron Highlands. Lagaknya bersama suami dan tiga orang anaknya membuatkan aku yakin yang dia mampu menanggung kesakitan yang sedang arwah alami. Aku juga turut komen pada gambar yang dimuatnaik ke akaun FBnya itu. Namun takdir dan ketentuan Allah mengatasi segalanya. Mungkin kanser payudara yang merebak ke tubuhnya tidak dapat ditahan lagi.

 Hanya surah Al-Fatihah yang dapat aku sedekahkan pada arwah. Kenangan kami sewaktu belajar dulu tetap segar dalam ingatan. Arwah seorang yang pemurah, peramah dan mudah membantu rakan-rakan.Aku pernah mengikutnya pulang ke kampung halamannya di Lekir, Perak. Pernah juga arwah bawa kami ke rumah makciknya di Pulau Pangkor untuk bercuti. Argh...pengalaman itu aku memang tidak dapat lupakannya.Semasa aku mengajar di Penang dulu, aku akan turun ke PJ terlebih dahulu sebelum pulang ke Johor bila cuti sekolah tiba.So, kitaorang akan berjimba-jimba di KL beberapa hari sebelum pulang ke kampung.

 Alhamdulillah, banyak rakaman gambar antara kami yang masih dalam simpanan aku. Biarlah ia menjadi kenangan antara kami.Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya. Al-Fatihah...

Jumaat, 1 November 2013

Cuti-cuti Malaysia Siri 1

Hari ini aku nak kongsikan percutian aku bersama enam rakan yang lain. Sempena cuti Deepavali dan Awal Muharam ini kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di I-City dan Bandaraya Kuala Lumpur. Cuti 5 hari tuhh...

Bertolak pada jam 8.30 pagi dari JB menuju ke I-City. Mendapatkan homestay di Syeksyen 7 Shah Alam kira-kira jam 4.00 petang sambil merehatkan diri buat seketika. Kira-kira jam 5.30 petang kami bergerak ke I-City untuk berjimba-jimba di sana. Tujuan utama aku adalah ke Museum Trick Art yang mana ia masih tidak wujud semasa aku ke sana pada dua tahun yang lepas. Kemudian nak ke Snow Walk yang kononnya berada di Kutub Utara padahal hanya ketulan ais bukannya salji. Hehehe....


Kira puas hatilah dapat masuk ke Museum Trick Art tu sebab dapat pose kat dinding dinding yang menarik tu. Aku tabik le kepada pelukis2 tu. Memang awesome ! Dengan bayaran RM10 kami terjah setiap dinding dan tidak mempedulikan jurugambar yang menghampiri kami. Ah...kami sendiri bawa kamera! So, tak perlu beli cetakan gambar daripada mereka yang semestinya mengambil kos yang tinggi.

Selepas itu kami ke 5D Cinema. Dengan bayaran RM10 kami naik roller coaster yg gerak statik tu menjelajah ala2 rumah hantu kot. Aku pun tak ingat tajuknya. Aku saje bajet jerit sebab dah penah ada pengalaman yang lebih seronok ketika di USS Singapore. Hehehe...bukan nak berlagak tapi memang jauh beza kesannya. Skrin yang tidak cukup luas menampakkan dinding membuatkan situasi bukan dalam keadaan sebenar.

Kemudian, kami ke SnowWalk. Tiket masuk RM35 termasuk jaket. Kami dah siap sedia dengan kasut sukan dan stokin tebal. So tak perlulah sewa boot. Sejuk gila....Kami terpaksa keluar seketika dan masuk semula untuk menghabiskan melawat kawasan ais yang ada. Murid dan pelajar sekolah tersangatlah ramai. Siap main baling-baling ais lagi. Ko ingat itu salji ke? Ok le tu daripada takde kan? Nak ke Korea bajet tipislah pulak. Ko ada ??  Hehehe....




Rabu, 30 Oktober 2013

Yeay, aku dah ada tab3

Lama aku tak update bolg aku ni. Hari ini aku dengan bangganya update menggunakan tab 3 aku. Actually aku beli tab 3 ni pada Isnin lalu, iaitu 28hb lalu. So puas hati lah skang dengan paparan yang lebih lebar dan luas. Hah, cuba try test tengok.

Jumaat, 19 Julai 2013

Bisnes Kuih Rayalah Pulak

Lepas balik dari sekolah tadi, aku dan rakan menuju ke kedai biskut raya yg telah kami tempah. Wah, tak sangka pulak tahun ni lu ambil tempahan kuih raya. Bukan buat sendiri ek...tempah je pun!

Alhamdulillah semua biskut telah disiap masuk dalam kotak. So cuba bilang untuk membuat semakan. Nampaknya tinggal 3 jenis biskut sahaja lagi yg belum siap. So, kenalah pergi kemudian hari pula. Erm...bayaran pun belum jelas. Ribu riban jugak nih. Aku baru je bayar RM 500 sebagai deposit tempohari. Wakakaka...

# Keuntungan yang tak seberapa ni dapatlah aku sedekahkan sebagai duit raya nanti. Alhamdulillah :)

Jumaat, 31 Mei 2013

17 Cara Amalan Penghapus Dosa



1. Menyempurnakan wudhu’ dan berjalan ke masjid, sebagaimana disampaikan Rasulullah s.a.w., “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat darajat. Mereka menjawab: ya, wahai Rasulullah. Beliau berkata: sempurnakan wudhu’ ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath.” (Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

Juga dalam sabda beliau yang lain: “Jika seseorang berwudhu’ lalu menyempurnakan wudhu’nya kemudian berangkat solat dengan niat hanya untuk solat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu darjat dan hapus satu dosa.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Puasa hari Arafah dan Asy Syura, hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah, “Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus (dosa selama) setahun yang sebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari Asy Syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang lalu.” (Riwayat At-Tirmidzi)

3. Solat tarawih di bulan Ramadan dengan dalil sabda Rasulullah, “Barangsiapa menegakkan Ramadhan (solat tarawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

4. Haji yang mabrur “Barangsiapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan (kejelekan) maka ia kembali seperti hari ibunya melahirkannya.” (Riwayat Al-Bukhari). Kemudian dalam sabda beliau dinyatakan, “Haji mabrur balasannya adalah syurga.” (Riwayat Ahmad)

5. Memaafkan hutang orang yang sulit membayarnya

6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa dengan dalil: “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah kejelekan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan etika yang mulia.” (Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)

7. Memberi salam dan berkata baik dengan dalil sabda Rasulullah, “Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik.” (Riwayat Al-Kharaithi dalam Makarim al Akhlak)

8. Sabar atas musibah dengan dalil sabda Rasulullah, “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman, “Sesunguhnya apabila Aku menguji seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepada-Nya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya (dalam keadaan) bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya.“” (Riwayat Ahmad)

9. Menjaga solat lima waktu dan Jum’at serta puasa Ramadan dengan dalil sabda Rasulullah, “Solat lima waktu dan jum’at ke jum’at dan ramadan ke ramadan adalah penghapus dosa diantara keduanya selama dosa-dosa besar dijauhi.” (Riwayat Muslim)

10. Adzan dengan dalil sabda Rasulullah, “Sesungguhnya seorang Muadzin akan diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya.” (Riwayat Ahmad)

11. Melakukan solat, dengan dalil sabda Rasulullah, “Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, apa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab, “Tidak ada sisa kotorannya sedikitpun.”” Beliau bersabda, “Solat lima waktu menjadi sebab Allah menghapus dosa-dosa.” (Riwayat Al-Bukhari)

12. Memperbanyak sujud dengan dalil sabda Rasulullah, “Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.” (Riwayat Muslim)

13. Mengerjakan solat malam. Rasulullah bersabda, “Hendaklah kalian solat malam, kerana ia adalah adat orang yang salih sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Rabb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa.” (Riwayat Al-Hakim)

14. Berjihad di jalan Allah. “Akan diampuni tiap dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.” (Riwayat Muslim)

15. Mengiringi haji dengan umrah. Rasulullah pernah mengatakan, “Iringi antara haji dengan umrah, kerana pengiringan antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi.” (Riwayat Ibnu Majah)

16. Sedekah dengan dalil, “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan pada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Baqarah : 271) Rasulullah pun bersabda, “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan selainnya)

17. Menegakkan hukum pidana dengan adil, “Siapa saja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukum pidana maka dihapus dosa tersebut.” (Riwayat Al-Hakim) Demikian sebagian penghapus dosa, mudah-mudahan penjelasan bermanfaat.

Selasa, 28 Mei 2013

Jelajah Universal Singapore Studio

Pagi2 ni kami dah bergerak menuju ke Larkin. Bas yang kami tempah dari syarikat pelancongan itu akan bergerak menuju ke USS pada jam 9.00 pagi. Aku dan dua rakan lain sempat makan nasi lemak di stesen bas itu. Trip kali ini disertai oleh 8 orang geng bujang.  

Banyak pengalaman menarik yang dapat aku rasai sepanjang berada di USS. Seakan berada di Amerika, Mesir, Afrika dll. Namun masih banyak tempat yg aku tidak sempat masuk. Masa yg suntuk membuatkan kami tergesa2 mengejar masa. Maklumlah masa kami sampai tadi pun sudah tengah hari. 

Pengalaman paling menarik yg aku lalui ialah semasa menaiki kereta sambil menonton sedutan filem aksi Transformer. Fuhh...seakan2 ada bersama Prime! Memang sangat seronok! Tetiba aku yang agak gayat dan penakut ni jadi sedikit berani. Bertempur bersama Prime dan terasa peluru yang panas ada depan mata! Huhhuu...takott tapi sangat kagum!

Kami bertolak pulang pada jam 7.00 malam. Penat gila tambahan pula mencari2 coaster yang nak jemput kami tu. Sikit punya susah nak jumpa maklumlah aku dah lama tak naik bas dari Singapore nih. Dalam kepenatan akhirnya kami sampai Terminal Bas Larkin kira2 jam 9.30malam. Aku terpaksa pandu kereta menuju ke Pasir Gudang pula.
Sampai rumah, mandi...solat dan dum....zzzz

Jumaat, 24 Mei 2013

Jom, ke Air Papan!

Pagi ni kami bertolak dari rumah aku ke Air Papan. Actually 3 orang sahabat aku telah sampai di rumah aku sejak malam tadi. Dua orang sahabat lain akan menunggu kami di tepi jalan menuju ke destinasi nanti.
Perjalanan berjalan lancar walaupun hujan. Namun selepas melalui bandar Mersing kereta Mirace baharu sahabat aku yang aku naiki itu melanggar sesuatu. " Dushhhhh! Terperanjat aku dibuatnya. Masakan tidak, aku sedang menguyah super ring waktu itu.
Korang tau apa yg dilanggar? Rupa2nya Cik Bab! Kawan aku sempat nampak Cik Bab itu tergolek. Itule menyeberang tak toleh kiri kanan. Kan dah tergolek....Kami menghentikn pmanduan untuk melihat keadaan kereta. Kelihatan ada calar dan di bhgian bumper disamping sedikit jatuh.
Sampai di sana kami bermandi manda dalam keadaan hujan renyai2. Lama kelamaan hujan berhenti dan kami makan di tepi pandai itu. Air dan pantai di situ bersih. Ramai juga pengunjung yang bermandi manda di situ.

Khamis, 23 Mei 2013

Makan-makan di Senibong

Dah lama tak berkunjung ke Senibong. Syurga makanan laut yang segar di tambah pula dengan pemandangan indah Selat Tebrau. Kepada sesiapa yang tidak biasa dengan tempat ini, kawasan ini merupakan perkampungan kaum asli. Terdapat banyak deretan kedai makanan laut di sini. 
So malam ni kitaorang berempat menikmati pelbagai juadah. Set makanan lengkap dengan nasi lauk tomyam campur, siakap masam manis, kerang rebus, kangkung belacan, udang butter dan ayam masak pe aku tak pasti namanya menjadi hidangan kami. Aku turut makan otak2 dan jelly kelapa yang disediakan. Bukan free, tp musti kena bayar tau!
Tak cukup dengan itu kami tambah ketam segar masak lada hitam. Memang sedap. Aku rekemenlah kat korang ketam masak lada hitam tu. Tak nyesal punya. Actually aku makan kat kedai yang pernah dikunjungi oleh program Jalan2 Cari Makan TV3. Ramai juga rakaman gambar2 artis yang pernah singgah makan di kedai ini.
Biasanya sambil kita makan di sini, pasti ada penyanyi jalanan yang akan membuat persembahan. Selepas beberapa lagu didendangkan olehnya penyanyi itu akan pergi dari satu meja ke satu meja untuk mendapatkan sedikit sumbangan daripada pelanggan.
Lastly perut jadi muncit. Makanan tak habis lagi. Maka makanan di bungkus untuk di bawa pulang.
# Jumlah bayaran semua menu tadi : RM147.


Cuti Hari Wesak : Cuti Sekolah Bermula


Hari ini cuti hari Wesak. Ini bermakna secara langsungnya cuti sekolah pertengahan tahun bermula. Aku dan geng2 bujang yang lain telah pun merancang perjalanan cuti kali ini. Harap2 cuti kali ini lebih bermakna daripada cuti sebelum. 
So kitaorg punya cadangan tak banyak. Ada dua destinasi iaitu
1) Air Papan di Mersing dan
2) Universal Studio of Singapore.

Rabu, 22 Mei 2013

Akuan Sumpah Perkhidmatan Awam Kali Ke-2

Pagi tadi aku g mengadap GB untuk membaca akuan sumpah pelantikan sebagai kakitangan awam. Ini adalah kali kedua aku membacanya memandangkan aku pernah membacanya pada kali pertama penempatan aku 13 tahun yang lalu.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum menandatangani akuan tersebut, GB sempat memberi beberapa pesanan. InsyaAllah aku kutip dengar sebagai satu inspirasi daripada seorang guru yang berpengalaman.

Borang keselamatan yang telah lengkap diisi dalam dua salinan juga turut dihantar melalui PT pagu tadi. Moga semua urusan berjalan dengan lancar. Amin...

Selasa, 21 Mei 2013

Program Amalan Sarapan Pagi

Pagi ini persekolahan seperti biasa. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu program iaitu Pentingnya Sarapan Pagi. Semalam semua murid telah menerima surat edaran agar ibu bapa menyediakan sarapan pagi kepada anak2.
So pagi ini semua murid membawa bekalan makanan dan makan bersama2 sebelum naik ke kelas. Hah, pelbagai jenis makanan yang boleh aku lihat. Ada juga yang beria2 makan nasi lemak. Huh...mengantuk mahunya bila masuk kelas nanti!
Apapun aku harap objektif program ini tercapai. Pengambilan sarapan pagi adalah penting supaya murid dapat belajar dengan lebih bertenaga di dalam kelas.
Sekian untul laporan pagi ini. Terima kasih. Yeahhh!!!