16 Mei merupakan hari penuh makna bagi insan bergelar guru @ pendidik. Dengan tema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" pada tahun ini, majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah dimulakan dengan bacaan surah Yaasin, ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (dibaca oleh PKKoko), dan Menteri Pelajaran Malaysia (dibaca oleh PK HEM) diikuti dengan beberapa aktiviti yang telah dirancang oleh JK KAGUM.
Dikesempatan ini, rasanya masih belum terlewat (memandangkan baru wujudkan blog ni) untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan seperjuangan. tahun ini merupakan tahun ke-40 kita meraikan sambutan Hari Guru. Setujukah kita jika diumpamakan sebagai ‘lilin yang membakar diri’ ? Guru yang sanggup bersusah payah untuk mengajar anak bangsa, yang sanggup melayan karenah budak-budak yang kadangkala boleh membuat hati kita sendiri terbakar. Bersabarlah, cikgu !
Apapun, Selamat Hari Guru buat diriku sendiri. Hik,hik,hik,hik.... !!!
Barisan guru perempuan yang ceria
JK KAGUM membuat persembahan.
Pertandingan menghias kek ( Kumpulan A )
Taukeh muffin tersohor peringkat Taman Molek
sedang menyiapkan ising
Kek yang ditaja oleh Dr Hj Sabri bin Hj Talip ( YDP PIBG )
& Puan Hajah Maimon binti Jumaat
Puan Jane sedang di make up oleh Cik Aida
Puan Siti Aisyah yang seakan naik pelamin buat kali ke-2
Hasil dandanan drp rakan-rakan andam yang tidak bertauliah :))
" Chicken Dance " Gelek jangan tak gelek !!!
Amboi-amboi...gelek sakan PK HEM kita
Majlis Pembukaan dengan bacaan Surah Yaasin
Guru,
dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawanya ada mesra,
dalam diamnya ada bijaksana,
dalam tangannya insan cemerlang terbina...
Berbahagialah menjadi seorang guru :)
selamat hari guru my friends. SKTM d hati
BalasPadamtq,fadh di hati :))...
BalasPadam