Pada 14-15/3/2011 yang lalu ( waktu cuti sekolah tu...) SK Taman Molek yang diwakili oleh guru-guru subjek teras tahun 4 Arif telah mengikuti kursus Pendekatan Pengajaran Kelas Berfikir ( Thinking Classroom ). Program ini diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Johor ( JPNJ ) kepada 8 buah sekolah rintis peringkat negeri Johor.
Antara sekolah yang terlibat adalah seperti berikut :
1) SMK Seri Perling
2) SMK Taman Universiti 1
3) SMK Pasir Gudang 3
4) SMK Taman Daya 1
5) SK Taman Universiti 1
6) SK Majidee Baru
7) SK Kota Masai
8) SK Taman Molek
Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah
i) memberi pendedahan kepada guru dengan lebih baik tentang cara pengajaran menggunakan teknik kelas berfikir di dalam kelas.
ii) pendedahan tentang menghasilkan kualiti pembelajaran murid di dalam kelas sama ada dapat berfikir setiap apa yang mereka lakukan atau sebaliknya.
iii) membantu guru-guru meletakkan teori di sebalik pengajaran berfikir kepada amalan
Pelbagai pendekatan didedahkan semula oleh pegawai yang bertugas sepanjang kami berkursus. Namun misi yang kami pegang tetap mensasarkan 4 perkara iaitu :
i) memperkenalkan kepada guru-guru beberapa pendekatan untuk mengajar berfikir
ii) mewajarkan pengajaran berfikir dengan memperlihatkan bagaimana ia dapat meningkatkan kefahaman dan pembelajaran pelajar
iii) mengilustrasi / memasukkan pelbagai cara untuk penyebatian berfikir ke dalam kurikulum sedia ada bagi mengaktifkan pengetahuan dan memperkayakan lagi pembelajaran
iv) menyediakan guru-guru dengan forum interaktif bagi memperlihat dan memperkaya idea bagi pengajaran berfikir bersama komuniti tenaga pengajar yang lebih besar.
Banyak nota2 yang kami terima drp pihak JPNJ tentang Thinking Classroom ni. Nanti kami akan kongsikan di sini :))
" Sharing Is Caring & Caring Is Loving "
first time saya dok mnulis blog nih. harap2 rakan2 dapatlah mberi komen mbina k...
BalasPadam