Jiwang Corner :)

Rabu, 25 Mei 2011

Pengenalan Kelas Berfikir

Apakah maksud berfikir & apakah maksud berfikir ?

Berfikir 
penggunaan minda untuk membentuk pemikiran, untuk menaakul dan untuk refleksi.

Proses berfikir 
merupakan proses kognitif mental yang membolehkan seseorang memperoleh produk di dalam bentuk idea, konsep atau penilaian melalui operasi sintetik dan analitik, mengasing, dan membuat generalisasi.




Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :

“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami."

Menurut Yoram Harpaz ( 2003 ) mengemukakan bahawa terdapat 3 cantuman elemen yang perlu ada dalam satu pengajaran berfikir yang baik iaitu :

1) Kemahiran berfikir 
  • pendekatan langsung, berfokuskan kemahiran berfikir seperti pemikiran kritis, kreatif dan bukan berfokuskan pengetahuan semata-mata.
  • terdiri daripada pelnagai cara berfikir ( CoRT ), DATT ( PMI ) atau ( CAF )
  • contoh pendekatan : penyusun grafik, peta konsep, peta minda
2) Disposisi berfikir
  • disertai dengan motivasi untuk menggunakannya
  • tindakan dipupuk dan dilihat dalam amalan seperti sikap, tabiat minda, kualiti peribadi yang dianggap berjaya, ciri minda dan sikap kritis
  • menggunakan berfikir yang dilihat di sekolah
  • suasana bilik darjah yang kaya dengan bahan untuk berfikir
  • menggunakan bahan berbentuk seni visual untuk menggalakkan murid berfikir
3) Kefahaman pengetahuan
  • mengajar dengan berfikir
  • mengembangkan pemahaman mendalam
  • bertindak sesuai dengan pemahaman sesuatu kandungan
  • pemahaman murid dapat digunakan dalam situasi yang baharu
Resepi dan Ciri-ciri Pendidik Yang Baik

" Mendapat Kepuasan Bekerja Apabila Pelajarnya Berjaya Di dalam Peperiksaan " 
( Tuan Haji Mohd Ismail - Tokoh Guru )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan