Jiwang Corner :)

Selasa, 24 Mei 2011

Alat Berfikir

Keberkesanan sesuatu pengajaran banyak bergantung kepada bagaimana guru merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya murid akan seronok untuk mengikuti P&P jika pembelajaran itu menarik dan bermakna bagi mereka. 


" Adakah kita berjaya membuatkan murid kita seronok belajar dengan kita ? "

Oleh itu, pengajaran guru terutamanya dalam perancangan perlulah memberi fokus kepada bagaimana murid boleh melibatkan secara aktif dalam P&P yang akan dilaksanakan. Penglibatan aktif yang dimaksudkan bukanlah hanya berfokus kepada aktiviti manipulatif atau fizikal seperti melaksanakan eksperimen, tetapi juga penglibatan mental mereka.



Sebagai seorang guru, kita biasanya cenderung untuk mengguna dan menerapkan pemikiran konvergen yang menjurus kepada cara pemikiran yang tersusun rapi ke arah mencapai satu jawapan sahaja. Pemikiran konvergen memang penting. Namun, guru juga perlu mengguna dan menerapkan pemikiran divergen yang yang memerlukan individu melihat, menilai dan meneniliti aspek secara terbuka sebelum membuat keputusan. 

Pendekatan seperi ini perlu diterapkan dalam P&P kerana dalam kehidupan harian, sesuatu perkara atau masalah tidak hanya boleh diselesaikan dengan satu cara sahaja. Dalam kebanyakan keadaan, pelbagai jalan penyelesaian atau jawapan boleh dikemukakan dan digunakan.

Bagi membantu memudahkan pendekatan P&P berfikir ini, ramai ahli fikir yang telah memperkenalkan pelbagai alat yang sesuai digunakan dalam bilik darjah. Diantara alat-alat berfikir yang biasa digunakan ialah :
  • CoRT ( Cognitive Research trust )
  • soalan dan penyoalan
  • peta minda
  • pengurusan grafik
  • 6 Topi Berfikir
Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Huraian lebih lanjut tentang alat berfikir ini akan saya catat pada tulisan akan datang. InsyaAllah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan