Jiwang Corner :)

Isnin, 6 Februari 2012

Gotong-royong Kelasku Sayang

Hari ini aku baru sempat nak kongsi cerita tentang program gotong royong 'Kelasku Sayang' anjuran sekolah bersama PIBG. Ini julung kalinya program ini diadakan sejak aku berada di sekolah kedua aku ini.

Seawal pagi aku telah bersiap sedia dengan kain buruk, baldi, penyapu dan peralatan lain. Walaupun tujuan utama program ini adalah mengecat kelas, tapi aku ada tujuan tersendiri iaitu sampul meja murid dengan tikar getah. Hehehe...nampaknya aku dengan aktiviti aku sendiri. Bukannya apa, aku dah tau ada ibu bapa murid kelas aku yang datang untuk bantu mengecat. Alhamdulillah...


So, target aku kaum ibu yang datang akan bantu aku sampul setiap meja murid. Hah, apa yang aku target kali ini memang mencapai sasarannya ! Ramai juga ibu bapa murid kelas aku yang hadir termasuklah ibu bapa murid tahun satu yang berkongsi kelas dengan aku. Alhamdulillah...

 Beginilah situasi semasa semua guru kelas sedang memilih cat yang telah dilabel 
nama kelas masing-masing

 Pendaftaran YDP PIBG bersama seorang AJK 

 Ini bapa salah seorang murid tahun 1 yang gigih mengecat kelas anaknya. Tak silap aku dia warga Indonesia. Nampak cara dia mengecat memang pro. Tabik, wak !

 Lepas kikis cat lama, debu keluar bagaikan salji berguguran. Bak kata salah seorang murid aku, " Cikgu, kelas kita ada salji. Tapi, kenapa tak sejuk pun ?" Hehehe...dia buat lawak lah pulak...

 AJK PIBG yang turut datang membantu

 Suasana mula lengang. Ramai ibu bapa yang dah beransur pulang. Tapi pakcik ni masih gigih mengecat di luar kelas pula

 Beginilah keadaan kelas aku selepas dicat, dibasuh, dimop dan disampul mejanya. Walaupun letih sangat , namun aku berpuas hati.


Walaupun kehadiran ibu bapa tidak membanggakan, tapi aku bersyukur sebab objektif aku tercapai. Ada juga rakan lain yang tidak sempat siap mengecat dan khabarnya akan menyambung pada cuti Thaipusam nanti. Kasihan juga kepada setengah rakan lain kerana tidak ada langsung ibu bapa yang datang untuk membantu. 

Harapan aku agar ibu bapa tidak mengambil remeh program-program seperti ini. Sebenarnya ini adalah masa yang terbaik untuk berdiskusi bersama guru tentang pembelajaran anak-anak selain merapatkan siratulrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan