Jiwang Corner :)

Jumaat, 24 Februari 2012

Ganti Kelas Akhir Punya Cerita

Hari ini terpanggil untuk aku menulis tentang aktiviti aku semasa mengganti kelas seorang guru yang bertugas di luar. Ini first time aku masuk ke kelas akhir dalam aliran tahun 4 bagi tahun ini.

Sampai sahaja ke kelas mereka memang sedang keriangan dengan aktiviti mereka sendiri. Maklumlah tiada guru di dalam kelas. Aku masuk, mereka pun terus terdiam sebab aku tak mengajar mereka sebelum ini. aku memberi salam dan merenung muka mereka satu seorang demi seorang. Ada yang layu, ada yang comot, berbau, namun tetap ada beberapa murid yang kekal bersih walaupun pada hari akhir minggu persekolahan. 

Aku beri arahan supaya mereka mengeluarkan buku Matematik. Aku cuba lihat buku latihan mereka untuk memastikan topik yang perlu aku ajarkan. Maklumlah aku telah ajarkan topik 'Fractions' pada murid dalam kelas pertama.


So, aku ambil keputusan untuk ajarkan topik tambah. Aku soal seorang demi seorang penambahan dalam lingkungan 10 diikuti dengan 20. Aku pun soal, " 5+4 = ?" Mulalah mereka keluarkan jari jemari mereka. Suka pulak aku tengok. Hehehe... 

Aku beri mereka latihan dalam lingkungan 1000 sebanyak 6 soalan. Namun aku cuba perhatikan murid di depan aku. Dia duduk diam sambil menggigit pensil tanpa mengeluarkan bukunya. Aku cuba tegur. Kawannya pula sibuk keluarkan bukunya dari dalam begnya.

Budak itu seakan tidak ada perasaan. Aku cuba tegur dan mula naik marah sampai tercakap padanya, " Saya geram je tengok awak. Rasa macam nak makan-makan jerk." Namun tiada kesan. Dia hanya mengambil sehelai kertas dan membuat garisan. Sehinggalah aku keluar, dia tidak buat langsung soalan yang aku berikan sedangkan rakan lain dah siap aku tanda. 

Seorang rakannya berkata, " Cikgu, dia memang pemalas. Cikgu BM selalu marah dia. Kalau kacau orang dia memang terror tp buat keje tak nak !" Hahahaha....Ada pulak reporter dalam kelas. 

Kesimpulannya, aku memang tabik pada guru yang mengajar kelas-kelas belakang ini. Aku pernah melaluinya dan skekarang pun sedang melaluinya. Tambahan pula kelas UPSR. Sifat kesabaran itu perlu diletakkan pada tahap teratas. 

Bukan senang nak ubah seseorang tapi yang penting kena ubah diri sendiri dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan