Jiwang Corner :)

Ahad, 26 Februari 2012

Data SAPR Tidak Perlu Buat Lagi...

Hari ini tinjau-tinjau web PPD Pasir Gudang. Terbaca post daripada En. Adnan Bin Ismail, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman. tentang data Sistem Analisis Peperiksaan Rendah          ( SAPR ) dah tak perlu buat. Hehehe....gumbiranya rasa hati. Ye la kan, guru kelas mana yang tak suka kan ? 


Sebelum ini, kami sebagai guru kelas perlu isi markah ujian dan peperiksaan murid melalui SAPR, kemudian di eksport dan hantar ke PPD. Dalam masa yang sama, kami turut isikan markah murid melalui SAPS atas talian juga. Adehhh...


Sebenarnya, bukannya aku yang memikul tanggungjawab sebagai guru kelas ini pemalas, tetapi aku tak suka nak buat kerja dua kali. Omputeh selalu cakap apa tu..." double working". Ye tak ? Rasanya betul dah kan. Sesekali aku yang ada keturuan Jawa ni nak berbahasa Inggeris. Tak salah kan ? Ahaks...


Jadi, mulai Ujian Formatif 1 yang akan bermula pada 5hb Mac nanti semua guru kelas dah perlu key in markah dalam SAPR lagi. Kita hanya key in markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) atas talian sahaja tau. Jangan pula ada yang buat-buat rajin ek. Work smart ok...

Sabtu, 25 Februari 2012

Guru Skim SSM Diminta Tunggu Pengumuman

BATU PAHAT: Keputusan kenaikan pangkat guru yang dinilai mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) bergantung kepada pengumuman penting yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, golongan guru yang menantikan keputusan kenaikan pangkat diminta bersabar sehingga pengumuman itu dibuat.


“Lebih baik kita tunggu hasil perbincangan antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)... seperti kita maklum satu pengumuman penting akan dilakukan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.
“Jika merujuk kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman semalam (kelmarin), sesuatu yang menggembirakan akan diumum Perdana Menteri tidak lama lagi. 

“Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng juga salah seorang pimpinan CUEPACS dan saya yakin perkara ini ada dibangkitkan dalam perbincangan bersama JPA... jadi kita tunggu hasilnya,” katanya selepas merasmikan Karnival TM Gegar, di Dataran Penggaram, di sini, semalam.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pelajaran mengesah terlebih dulu kenaikan pangkat yang sudah dinilai mengikut SSM sebelum menguatkuasakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

KGMMB mendakwa sejumlah jawatan kanan masih belum mendapat pengesahan kementerian walaupun penilaian, temu duga dan pembentangan sudah dilaksanakan pada Jun dan Julai tahun lalu.

Berita Harian Online: 25 Februari 2012

Jumaat, 24 Februari 2012

Ganti Kelas Akhir Punya Cerita

Hari ini terpanggil untuk aku menulis tentang aktiviti aku semasa mengganti kelas seorang guru yang bertugas di luar. Ini first time aku masuk ke kelas akhir dalam aliran tahun 4 bagi tahun ini.

Sampai sahaja ke kelas mereka memang sedang keriangan dengan aktiviti mereka sendiri. Maklumlah tiada guru di dalam kelas. Aku masuk, mereka pun terus terdiam sebab aku tak mengajar mereka sebelum ini. aku memberi salam dan merenung muka mereka satu seorang demi seorang. Ada yang layu, ada yang comot, berbau, namun tetap ada beberapa murid yang kekal bersih walaupun pada hari akhir minggu persekolahan. 

Aku beri arahan supaya mereka mengeluarkan buku Matematik. Aku cuba lihat buku latihan mereka untuk memastikan topik yang perlu aku ajarkan. Maklumlah aku telah ajarkan topik 'Fractions' pada murid dalam kelas pertama.


So, aku ambil keputusan untuk ajarkan topik tambah. Aku soal seorang demi seorang penambahan dalam lingkungan 10 diikuti dengan 20. Aku pun soal, " 5+4 = ?" Mulalah mereka keluarkan jari jemari mereka. Suka pulak aku tengok. Hehehe... 

Aku beri mereka latihan dalam lingkungan 1000 sebanyak 6 soalan. Namun aku cuba perhatikan murid di depan aku. Dia duduk diam sambil menggigit pensil tanpa mengeluarkan bukunya. Aku cuba tegur. Kawannya pula sibuk keluarkan bukunya dari dalam begnya.

Budak itu seakan tidak ada perasaan. Aku cuba tegur dan mula naik marah sampai tercakap padanya, " Saya geram je tengok awak. Rasa macam nak makan-makan jerk." Namun tiada kesan. Dia hanya mengambil sehelai kertas dan membuat garisan. Sehinggalah aku keluar, dia tidak buat langsung soalan yang aku berikan sedangkan rakan lain dah siap aku tanda. 

Seorang rakannya berkata, " Cikgu, dia memang pemalas. Cikgu BM selalu marah dia. Kalau kacau orang dia memang terror tp buat keje tak nak !" Hahahaha....Ada pulak reporter dalam kelas. 

Kesimpulannya, aku memang tabik pada guru yang mengajar kelas-kelas belakang ini. Aku pernah melaluinya dan skekarang pun sedang melaluinya. Tambahan pula kelas UPSR. Sifat kesabaran itu perlu diletakkan pada tahap teratas. 

Bukan senang nak ubah seseorang tapi yang penting kena ubah diri sendiri dulu...

Khamis, 23 Februari 2012

Sahkan naik pangkat sebelum laksana SBPA

KGMMB dakwa ramai guru kanan tak pasti status

KESATUAN guru mendesak Kementerian Pelajaran mengesahkan terlebih dahulu mengenai kenaikan pangkat yang sudah dinilai mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebelum menguatkuasakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mendakwa sejumlah jawatan kanan masih belum mendapat pengesahan kementerian walaupun penilaian, temu duga dan pembentangan sudah dilaksanakan pada Jun dan Julai tahun lalu.


Warga pendidikan kini serba salah kerana selepas menandatangani SBPA, syarat kenaikan pangkat berbeza berbanding SSM sedangkan mereka sudah dinilai mengikut SSM. - Abdullah Mamat, Pengerusi KGMMB.Pengerusi KGMMB Cawangan Terengganu, Abdullah Mamat, berkata sebagai contoh beberapa penjawat Pengetua gred DG48 masih menunggu surat pengesahan kenaikan gred DG52, iaitu Pengetua Cemerlang.

“Apa yang berlaku guru, penolong kanan dan pengetua diberi notis singkat pada Disember lalu untuk menandatangani opsyen sebelum 28 Disember dan menerima SBPA.

“Warga pendidikan kini serba salah kerana selepas menandatangani SBPA, syarat kenaikan pangkat berbeza berbanding SSM sedangkan mereka sudah dinilai mengikut SSM,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran harus mewujudkan tempoh peralihan yang memadai untuk menyelesaikan semua kenaikan pangkat atau pelantikan jawatan kanan sebelum menguatkuasa SBPA. 
Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) percaya Bahagian Sumber Manusia , Kementerian Pelajaran akan menyelesaikan isu berkenaan secara adil kepada semua pihak.

Presidennya, Adnan Hashim, berkata sebarang perjanjian yang sudah ditandatangani warga pendidikan di bawah SSM akan terpakai walaupun mereka menerima opsyen SBPA.

Beliau berkata, isu penangguhan pelantikan ke jawatan lebih tinggi itu membabitkan segelintir pegawai kanan manakala sebahagian besar warga pendidikan terutama guru biasa menyambut baik SBPA.

“Skim baru ini menyediakan gaji lebih lumayan kepada guru sekolah rendah atau menengah dan saya percaya kebanyakan guru menyambut baik SBPA,” katanya.

Berdasarkan SBPA, guru bukan siswazah menerima kenaikan gaji sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus.

Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah SSM kepada RM5,370 mengikut SBPA.

Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Berita Harian Online: 23 Februari 2012

Rabu, 22 Februari 2012

Mohon Perakuan Kenaikan Pangkat DG-1, DG-2, DG2-3 dan DG2-5 ke DG1-1 (DG 41)

Alhamdulillah, hampir setahun setangah aku menunggu jawapan untuk kenaikan pangkat ke DG41. Sebelum ini, jawatan ini di bekukan buat sementara memandangkan kakitangan awam tidak lagi menggunakan Sistem Saraan Malaysia ( SSM ) malah bertukar kepada Sistem Baru Perkhidmatan Awam ( SPBA ).


Hari ini hati tergerak buka web Jabatan Pelajaran Negeri Johor, maka terbacalah maklumat tentang kenaikan pangkat bertajuk berikut. 

MEMOHON PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG2-1(DGA29), DG2-2(DGA32), DG2-3(DGA34) DAN DG2-5(DGA38) YANG MEMPEROLEH IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN UNTUK DINAIKKAN PANGKAT KE GRED DG1-1(DG41)

Aku pun segera download memandangkan aku merupakan salah seorang daripada 15 000 yang terlibat. Ini link surat tersebut Surat Siaran Perakuan

Dengan rasa syukur, aku segera menyebut alhamdulillah...

Perlawanan Catur Bistari Peringkat Negeri Ditunda Tarikh

Hari ini sepatutnya pertandingan Catur Bistari Peringkat Negeri ditunda tarikhnya kepada 2 Mac 2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pihak pengurusan.

Program anjuran Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini merupakan program tahunan bagi syarikat ini. Tahun lepas sekolah aku menjadi Johan peringkat daerah Pasir Gudang. Maka secara langsung, sekolah aku akan tampil bertanding ke peringkat negeri pada tahun ini.


Sudah hampir 3 minggu Cikgu Noraini selaku Naib Pengerusi Kelab Didik Bistari ( usahawan muda ) membimbing kumpulan yang akan bertanding. Aku sepatutnya turut serta namun atas komitmen aku dengan murid-murid kelas tahun 6, aku terpaksa mengambil peluang yang terlalu singkat. Kesian juga, Cikgu Noraini. 


Pada hari Jumaat yang lalu, kami sempat menjemput Tuan Haji Ramli dari JCorp selaku penyelaras program ini untuk memberi taklimat tentang permainan yang betul. Kumpulan murid yang terlibat nampaknya fokus. Mana taknya, siapa yang nak kalah kan ? 
  


Dikhabarkan individu yang dapat mengumpul aset tertinggi bakal memiliki notebook. Wah, best tuh !!! aku nak jugak. Senang nak di bawa ke mana-mana. Hehehe...perasanlah pula. Macamlah aku boleh masuk bertanding. Ahaksss...


Apapun, aku mendokan yang terbaik kepada kumpulan murid yang akan masuk bertanding nanti. Seramai 5 orang yang terpilih untuk bertanding. Aku pula dilantik sebagai banker. Alamat dibulikah aku? Nantikan pengalaman aku sebagai banker pada 2 Mac nanti. InsyaAllah...

Selasa, 21 Februari 2012

Kemaskini Pangkalan Data Murid Dilanjutkan hingga 28 Februari 2012

Pagi tadi aku dah siap keluarkan memo mengingatkan rakan-rakan guru kelas dalam aliran aku untuk kemaskini Pangkalan Data ini selewat-lewatnya 23hb Fabruari 2012. Mana taknya GDM dan menyuarakan yang dia akan sahkan pada pagi 24hb Februari 2012. So, semua guru kenalah bertindak dengan segera. Bukan apa, takut buat saat-saat akhir ada pula masalah yang timbul Takkan nak menyusahkan GDM pulak kan ?



Tapi hari ini aku buka Pangkalan Data Murid tarikh akhir kemaskininya sudah dilanjutkan pada 28hb Februari 2012. Apapun, alhamdulillah aku dah pun berjaya mengemaskini info murid kelas aku yang seramai 38 orang pada Kamhis yang lalu. So, bolehlah memantau rakan-rakan dalam aliran pula. Hehehe....




Makluman Kepada SemuaPihak kami menutup Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua buat sementara sehingga 24 Februari 2012 ini.Ia bertujuan supaya Guru Kelas hanya memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja terlebih dahulu supaya data ini boleh digunakan oleh Aplikasi SAPS serta SPPBS yang akan mula digunakan mulai 26 Februari 2012.

Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan selepas tarikh tersebut (28 Februari 2012) sehingga 20 Mac 2012 kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa. Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan murid-murid tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (administrator) dikehendaki memastikan bilangan murid mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas yang betul sebelum membuat pengesahan data. Setelah data tersebut disahkan, urusan mengimport data APDM oleh SAPS bolehlah dilakukan. Proses ini hanya boleh dilakukan selepas 26 Februari 2012 bagi mengelakkan kesesakan di pusat server.

Pengemaskinian info murid dilanjut sehingga 28 Februari 2012


Ahad, 19 Februari 2012

15,000 naik gred

Guru lepasan ijazah nikmati manfaat semakan semula SBPA

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam memberi jaminan 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Kementerian Pelajaran sudah mengambil tindakan berhubung kenaikan pangkat itu walaupun SBPA masih di peringkat semakan semula Pasukan Petugas Khas diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. Beliau menjelaskan Kementerian Pelajaran tidak dapat menaikkan gred guru terbabit tahun lalu disebabkan dasar membekukan lantikan baru bermula 20 Mei sehingga 31 Disember, selain tidak mempunyai jumlah perjawatan mencukupi.


“Daripada rekod Kementerian Pelajaran, kita dapati 7,396 pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) sudah diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dilantik sebagai pegawai perkhidmatan siswazah.

“Bagaimanapun, pelantikan mereka tidak dapat dilakukan tahun lalu berikutan pembekuan itu... sebab itulah timbul isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng mendedahkan kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred DG41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu. 
Situasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang terpaksa membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan peribadi bagi menampung kos menyambung pelajaran masing-masing.

Berita Harian Online: 18 Februari 2012

Khamis, 16 Februari 2012

Ujian Pengesanan Tahun 4 2012

Hari ini berlalu sudah Ujian Pengesanan Tahun 4 sekolah aku. Semalam aku sempat tanda subjek Matematik kertas 2 kelas yang aku ajarkan iaitu 4 Arif ( kelas pertama dalam aliran ).

Perasaan hampa, gelisah dan resah mula timbul. Hairan bin ajaib pun ada. Aku tidak meneruskan penandaan kertas 1. Aku akan bincangkan selepas kajian aku dengan murid-murid aku siap nanti.


Rabu, 15 Februari 2012

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum SKTM

Hari ini Rabu minggu ketiga. So secara tidak langsung perhimpunan bulanan kokurikulum akan diadakan buat julung kalinya di sekolah aku. Sebelum ini aku memang tak pernah mendapat pengalaman menyaksikan perhimpunan koko ni. Ini adalah kali pertama untuk aku saksikannya. Maklumlah kami dapat PK Koko baru. Beliau memang begitu cekap menjalankan tugasnya dan komited.

 Arahan kawat kaki oleh Pengerusi Tunas Puteri

   Acara menaikkan bendera

Tahun ini seperti biasa aku join unit beruniform Tunas Puteri. Maaflah kaum putera sebabtakda pulak Tunas Putera. Hehehe...sekadar bergurau :)Perhimpunan bulanan koko kali pertama ini diberi kuasa kepada ahli Tunas Puteri untuk kendalikannya. Maka, secara tidak langsung aku juga terlibat. 

Persembahan 1

Tidak banyak yang aku bantu sebab aku bukanlah guru yang sangat kreatif. Aku tahu ada lagi guru yang sangat kreatif dan mungkin berpengalaman luas dalam aktiviti persembahan. Lastly aku mengambil tugas untuk melatih murid membaca ikrar unit uniform. Hehehe...


Persembahan 2

Persembahan dikendalikan oleh Cikgu Rosmazura Roslyi. Ahli-ahli yang terlibat dilatih menyanyikan lagu Dunia, Potong Bebek Angsa dan sebuah lagu lagi. Aku tak pasti pula tajuk lagu itu. Hehehehe...

Pengacara majlis pula dikendalikan murid aku iaitu Siti Fadhilah binti Mohd Hashim. Murid ini memang cukup tinggi keterampilannya tambahan pula cemerlang dalam pelajaran.

Persembahan 3


Ini aku upload video yang Guru Besar aku rakamkan melalui telefon bimbitnya lalu di up load ke You Tube. Saksikan :)




Isnin, 13 Februari 2012

15,000 guru berijazah belum naik gred G41

SEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred G41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum ini.


Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan. - Lok Yim Pheng, Setiausaha Agung NUTPKatanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama.

“Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen.

“Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan. 

“Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. 
Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat.

Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa. 

Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya.

Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan.

“Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji, tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya.

Sabtu, 11 Februari 2012

Motivasi Ibu Bapa Murid Tahun 6

Hari ini sekolah ganti bagi daerah-daerah Johor sempena Cuti Tahun Baru Cina yang lalu. So, secara tak langsung sekolah aku turut terlibat.

Proses P&P berjalan seperti biasa kecuali murid tahun 6. Program anjuran JULANG dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah mengadakan program motivasi ibu bapa. Antara aktiviti yang di ketengahkan ialah menandatangani surat aku janji murid bersama ibu bapa mereka sendiri tentang target mereka dalam UPSR kelak. 

Ceramah motivasi disampaikan oleh kaunselor sekolah aku sendiri. Walaupun kehadiran ibu bapa kurang memuaskan, namun aku berharap agar objektif program tercapai.

 Ucapan Tuan Guru Besar

 Murid-murid membaca sijil aku janji

 Murid-murid atau calon UPSR membaca ikrar aku janji

Penceramah bersama wakil murid membacakan aku janji. 


Jumaat, 10 Februari 2012

Taklimat Kerani Pengundian PRU 13

Hari ini aku menghadirkan diri ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang untuk mendengar takllimat PRU 13. Kali ini aku diberi kuasa mandat untuk menjalankan tugas sebagai kerani pengundian PRU 13 nanti. Hehehe...satu pengalaman baru bagi aku ni.

Jam 9.00 pagi taklimat dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Bangsa Johor. Diikuti pula dengan taklimat peranan dan tanggungjawab Kerani Pengundian dan ikrar yang disampaikan oleh Datuk Hj Mohd Idrus bin Ismail selaku Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah. Sebelum itu, kami diminta mengisi surat akuan sumpah disamping menerima surat pelantikan. 


Lepas makan, aku tonton filem latihan pula. Wah, macam tengok wayang pulak. Fokus tuh...maklumlah, ilmu barukan.  Petugas-petugas PRU 13 ini melibatkan staf UniKL, MPPG, kolej dan majoritinya ialah guru-guru sekolah rendah dan menengah dalam daerah Pasir Gudang.

Sekolah aku terlibat menjadi pusat mengundi nanti. Ada 5 saluran semuanya di mana aku difahamkan setiap saluran mempunyai kira-kira 700 orang pengundi. Maknanya sekolah aku akan dibanjiri kira-kira 3500 ornag pengundilah nanti. Macamanalah agaknya nanti ek ?

Sebelum pulang, sebuah kumpulan diminta tampil ke atas pentas untuk buat demo. Wah, masing-masing pun berlakonlah jadi ( Ketua Tempat Mengundi ) KTM, Kerani Pengundian ( KP ), pengundi dan tidak lupa berlakon jadi polis jgk. Ahaks...

Taklimat habis jam 4.00pm. Lepas makan soto, aku pun start kereta untuk balik rumah lah..Hehehe..Agak letih juga duduk mendengar jer. Pinggang pun mula menjerit2 cuma kita je yang tak dengar. Hikhikhik...

 Fail yang aku terima. Lupa pula aku nak pusingkan gambar nih. Sudah Feninn gamaknya :)


 Surat lantikan dan borang sumpah kerahsiaan

Demo situasi sebenar PRU 13.

Apapun, aku harap dapat menjalankan tugas yang baik semasa PRU 13 nanti. InsyaAllah....

Isnin, 6 Februari 2012

Gotong-royong Kelasku Sayang

Hari ini aku baru sempat nak kongsi cerita tentang program gotong royong 'Kelasku Sayang' anjuran sekolah bersama PIBG. Ini julung kalinya program ini diadakan sejak aku berada di sekolah kedua aku ini.

Seawal pagi aku telah bersiap sedia dengan kain buruk, baldi, penyapu dan peralatan lain. Walaupun tujuan utama program ini adalah mengecat kelas, tapi aku ada tujuan tersendiri iaitu sampul meja murid dengan tikar getah. Hehehe...nampaknya aku dengan aktiviti aku sendiri. Bukannya apa, aku dah tau ada ibu bapa murid kelas aku yang datang untuk bantu mengecat. Alhamdulillah...


So, target aku kaum ibu yang datang akan bantu aku sampul setiap meja murid. Hah, apa yang aku target kali ini memang mencapai sasarannya ! Ramai juga ibu bapa murid kelas aku yang hadir termasuklah ibu bapa murid tahun satu yang berkongsi kelas dengan aku. Alhamdulillah...

 Beginilah situasi semasa semua guru kelas sedang memilih cat yang telah dilabel 
nama kelas masing-masing

 Pendaftaran YDP PIBG bersama seorang AJK 

 Ini bapa salah seorang murid tahun 1 yang gigih mengecat kelas anaknya. Tak silap aku dia warga Indonesia. Nampak cara dia mengecat memang pro. Tabik, wak !

 Lepas kikis cat lama, debu keluar bagaikan salji berguguran. Bak kata salah seorang murid aku, " Cikgu, kelas kita ada salji. Tapi, kenapa tak sejuk pun ?" Hehehe...dia buat lawak lah pulak...

 AJK PIBG yang turut datang membantu

 Suasana mula lengang. Ramai ibu bapa yang dah beransur pulang. Tapi pakcik ni masih gigih mengecat di luar kelas pula

 Beginilah keadaan kelas aku selepas dicat, dibasuh, dimop dan disampul mejanya. Walaupun letih sangat , namun aku berpuas hati.


Walaupun kehadiran ibu bapa tidak membanggakan, tapi aku bersyukur sebab objektif aku tercapai. Ada juga rakan lain yang tidak sempat siap mengecat dan khabarnya akan menyambung pada cuti Thaipusam nanti. Kasihan juga kepada setengah rakan lain kerana tidak ada langsung ibu bapa yang datang untuk membantu. 

Harapan aku agar ibu bapa tidak mengambil remeh program-program seperti ini. Sebenarnya ini adalah masa yang terbaik untuk berdiskusi bersama guru tentang pembelajaran anak-anak selain merapatkan siratulrahim.