Jiwang Corner :)

Selasa, 31 Januari 2012

Pelancaran Program Kelasku Ceria

Hari ini, perhimpunan diadakan seperti biasa. Almaklumlah, setelah bercuti panjang ada juga murid yang masih tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. 

Apapun, hari ini aku nak kongsikan tentang program Kelasku Sayang yang dilancarkan oleh Tuan Guru Besar pada perhimpunan tadi. Sebenarnya program ini dijalankan setiap tahun. Namun, ia berbeza dari segi nama programnya sahaja. Semasa saya mula mengajar di sekolah ini, program ini dinamakan Kelasku Rumahku. Tapi objektifnya tetap sama iaitu memupuk sifat menjaga kebersihan di dalam kelas disamping menceriakannya.

Sebelum-sebelum ini, kelas aku pernahlah beberapa kali mendapat anugerah kelas terceria mingguan. Mungkin waktu itu semangat aku lebih berkobar-kobar berbanding sekarang. Mungkin juga faktor senior kot. Ahaksss...

Masa 5 tahun pertama aku posting dulu, kelas akulah yang sering menjadi sebutan di sekolah. Mana taknya selalu sangat dapat anugerah kelas terbersih dan ceria. Bukan aku nak puji diri sendiri, tapi aku memang rajin kuasa sepuluh waktu itu. Hehehe...sori le jika aku perasan terlebih2x. Tambahan pula aku duduk di kuarters dalam kawasan sekolah. Almaklumlah posting di utara tanahair. 


Bila hujung minggu, aku rajin ke kelas untuk tambah hiasan dan menyapu kelas. Agak-agak rakan-rakan yang lain ada tak pengalaman seperti aku ini ? Hahaha...bukan masuk bakul angkat sendiri eh. Tapi aku yakin cikgu-cikgu di luar sana lebih hebat, kreatif dan inovatif berbanding aku. 

Sabtu ini, aktiviti gotong royong akan diadakan di sekolah. Salah seorang AJK PIBG telah menyumbangkan sejumlah wang untuk keperluan membeli cat. Alhamdulillah...mudah-mudahan rezeki Encik Muhammad Aniq bin Abdullah bertambah-tambah dan mencurah-curah. InsyaAllah...

Sumber dari Pak Google. Boleh dijadikan contoh untuk kelas aku nih. Hehehe...

Aku cadang tahun ini aku nak sampul meja murid kelas aku dengan tikar getah. Kosnya aku akan cuba kutip daripada murid-murid. Kalau tak cukup, aku bantulah sikit-sikit. Kita juga yang nak pandang kelas tu hari-hari. Apa salahnya sumbang skit untuk ceriakan kelas. Betul tak ?

Harap-harap apa yang aku cadang dan rancang akan menjadi. Moga Allah permudahkan urusan aku. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan