Pagi tadi aku dan kaunselor menemui murid yang terlibat. Murid itu nampak cool. Sebelum ini, aku pernah ajar dia ketika dia dalam tahun 4. Murid yang ada potensi lulus dengan baik tetapi agak malas. Kami berbual-bual tentang tapik utama. Murid tersebut masih nampak keliru tentang perjalanan pendidikannya.
Jika dia mengambil peperiksaan tahun ini, maka dia akan terus ke tingkatan 1. Jika dia tidak mengambil peperiksaan tahun ini, dan belajar dalam tahun 6 pasa tahun hadapan, maka dia akan terus berada dalam tingkatan 2 pada tahun berikutnya.
Kasihan juga aku melihat situasi terpencil begini. Namun apakan daya, ini adalah arahan KPM. Murid ini tidak diberi perhatian dan terlepas pandang. Nasi sudah menjadi bubur. Masalah yang timbul ini perlu diselesaikan segera.
Dengan bantuan PKHem, Puan Soh Rosie, dia telah membuat panggilan kepada pegawai penyelia di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Menurut pegawai tersebut, pihak sekolah tidak perlu memaksa murid tersebut untuk menduduki peperiksaan UPSR yang akan berjalan tidak lama lagi. Menurutnya lagi, pihak sekolah mewakili pihak ibu bapa perlu membuat surat rayuan segera kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar mempertimbangkan kohort umur semasa murid banding kohort umur persekolahan.
Tambah pula satu kerja aku. Tapi aku redha sebab ini melibatkan UPSR. Aku tidak mahu ada masalah lain akan muncul pada hari kemudian. So, aku akan siapkan juga surat tersebut. Mudah-mudahkan urusan aku dipermudahkan lebih-lebih lagi berserabut dengan keperluan calon UPSR. Banyaknya nak kena buat ! Huhuhuhu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan