Malam ni kami merehatkan diri di Dusun Nora. Selesai mandi manda dan solat Maghrib, kami ke kafe untuk aktiviti barbeque. Suhu memang sejuk ekoran hujan petang tadi. Aku sempat menyaksikan kabus-kabus berarak meninggalkan latitudnya dari satu tempat ke satu tempat. Sungguh mendamaikan suasana di sini. Pokok buah-buahan di Dusun Nora ini juga kelihatan segar dan hidup subur. Malangnya musim durian belum tiba. Huhuhu....tak sempat nak merasa durian Pahang.
Kipas jangan tak kipas ! |
Aktiviti barbeque ditemani oleh isteri Pak Cik Ibrahim yang berasal dari Indonesia dan anak tirinya yang berusia 11 tahun. Peranan mereka melayan tetamu amat baik. Sifat peramah mereka membuatkan kami selesa. Sementara menunggu lauk siap di bakar, perbualan kami berfokus kepada perjalanan kami pada hari esok. Kononnya kami nak ke Putrajaya. Melihat aktiviti belon besar dan bersiar menikmati pemandangan dengan bot. Lastly aktiviti kami berubah setelah mendapat destinasi baru yang dicadangkan oleh Pak Cik Ibrahim iaitu Deer Land dan Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Lanchang.
Aku sendiri tidak pernah tahu tentang kewujudan tempat tersebut. Mungkin lokasinya yang agak terpencil dan jauh dari bandar membuatkan pengunjung kurang berkunjung ke sana. Apapun, kami akan cuba sampai ke tempat tersebut. Menurut Pak Cik Ibrahim, di sana pengunjung akan berpeluang memberi rusa-rusa itu makan, dan menunggang gajah. Nak mandi bersama gajah pun boleh, tau! Teruja pula aku mendengar cerita pengalamannya itu.
Congkak dan jenga jadi tumpuan. |
Menu makan malam kami :) |
Selesai makan, kami mengambil masa untuk bermain jenga dan congkak bersama anak Pak Cik Ibrahim. Seronok juga melayan budak tu. Malam semakin gelap. Suhu sejuk mula menggigit. Kami beredar ke bilik hampir jam 11 malam. Pada awalnya memang sukar untuk lelapkan mata. Maklumlah macam suasana perkhemahan di hutan. Bunyi cengkerik dan serangga lain memecah kesunyian malam apatah lagi suhu dingin tanpa pendingin hawa. Sejuk asli kurniaan Allah...subhanallah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan