Jiwang Corner :)

Selasa, 5 Ogos 2014

Bukit Tinggi, Pahang Siri 4

Horse Riding menjadi impian. Bukannya berani sangat tapi keterujaan itu tetap ada. Maklumlah pengalaman menunggang haiwan-haiwan seperti gajah, kuda, dan unta hanya berlaku pada zaman remaja dulu. Bila dah dewasa skang ni keinginan itu muncul kembali. Haha...jiwa tetap muda, beb! Bagi aku, nikmat bercuti perlu dilengkapi dengan sepuas-puasnya.


So kami sampai di tempat tunggang kuda itu - Horse Trails pada jam 5.30 petang. Nampaknya kuda-kuda telah masuk ke dalam kandang masing-masing. Macam kecewalah pulak! Kami terus masuk ke pejabat pengurusan jualan tiket. Minah Salleh dari Australia itu memberi peluang kepada kami. Broken pun broken le Bahasa Inggeris kami. Asalkan objektif kami tercapai untuk tunggang kuda tu, beb!


Dengan bayaran RM25/10 minit, kami berpeluang menunggang kuda dengan mendapatkan bantuan kawalan oleh staff di situ. Aku memilih untuk menunggang Si Putih manakala dua sahabatku memilih kuda-kuda sedia ada yang lain. Seronok juga bila dapat menunggang kuda ni. Bunyi tapak kakinya yang berkasut itu menjadikan aku sentap seketika. Kami di bawa keluar dari kawasan kandang kuda itu ke kawasan persekitaran.Tak tok, tak, tok...langkah kuda perlahan. Aku tidak izinkan kuda itu berlari malah hanya berjalan sahaja. Seram juga jika ia berlari nanti, mau tercampak plak aku dibuatnya! Hahaha....


Selesai menunggang, kami pulang ke Dusun Nora semula. Malam nanti kami akan usahakan aktiviti barbeque. Pak Cik Ibrahim telah sediakan kesemua bahan-bahan untuk kami masak nanti. Bakar ayam, ikan dan sosej je pun. Isteri Pak Cik Ibrahim pula sediakan nasi goreng dan minuman. Aku sambung pada Siri 5 pulalah pula ye :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan