Jiwang Corner :)

Jumaat, 8 Ogos 2014

Bukit Tinggi, Pahang Siri 6

Terbitnya fajar
Subuh yang dingin menjadikan mata selesa tertutup rapat. Namun Subuh tidak sama sekali perlu ditinggalkan atas sebab kewajiban. Kabus tebal menutup puncak bukit. Sayup-sayup kedengaran deruman kenderaan dari Lebuhraya Karak. Selesai solat Subuh, aku keluar dari bilik untuk menikmati keindahan alam. Burung mula berkicau riang. Kabus mula berarak. Matahari mula menampakkan bayangnya. Indahnya, waktu itu! Subhanallah.

Kabus masih kelihatan
Aku sengaja tidak mandi menggunakan pemanas air. Aku teruskan langkah kaki ke bilik air yang berada di luar chalet. Air paip yang dingin membasahi badan. Fuhhh, segar ! Kami bersiap-siap mengemaskan beg pakaian. Selepas ini, kami akan menikmati sarapan yang disediakan oleh isteri Pak Cik Ibrahim. Menu yang disediakan ialah bihun Singapura, cekodok pisang dan teh O. Suhu yang dingin menambahkan selera kami pagi itu. Alhamdulillah, kenyang. Makanan yang tidak habis turut dibungkuskan kepada kami. Selesai membuat bayaran penginapan sebanyak RM120 semalam, kami melangkah meninggalkan Dusun Nora.

Dengan suhu yang dingin, sedap juga kenakan
mihun Singapura dan teh O panas. 
Selamat tinggal Dusun Nora. Perjalanan diteruskan ke Kuala Gandah. Ini adalah percubaan kali pertama kami ke tempat ini. Bantuan Navigation memudahkan kami untuk menuju ke destinasi. Mudah-mudahan lokasi yang di maksudkan ada dalam liputan :)

2 ulasan:

  1. Salam...blh mtk no contact nora lodge yg latest x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba hubungi 011 2372 6443. Haritu pakcik yg uruskan penginapan kami ada beri resit beserta nombor telefon, tapi saya lupa ltk di mana.Maaf andai tidak dapat membantu.

      Padam