Jiwang Corner :)

Rabu, 20 Mac 2013

Solat Hajat UPSR Siri 1

Malam ini semua guru menghadirkan diri ke sekolah bagi melaksanakan solat hajat khas untuk calon UPSR tahun ini. Kehadiran ibu bapa turut memberangsangkan. Alhamdulillah...

Tazkirah daripada Ustaz Rizam

Sebahagian barisan saf bapa murid
Sebenarnya program ini dijalankan pada setiap tahun di sekolah aku. Kebiasaannya solat hajat ini dijalankan 2 hingga 3 sesi setahun. Ia adalah program Unit Kaunseling dengan kerjasama PIBG. Selepas solat maghrib majlis diteruskan dengn bacaan Yaasin diikuti dengan tazkirah dan motivasi. Solat hajat siap dilaksanakan kira2 jam 9.30 malam selepas solat Isyak.


Makan malam disediakan untuk semua yang hadir. Menu yang dapat dihidangkan adalah nasi putih berlaukkan kari daging, dalca dan air teh O. Makan berempat dalam dulang tuh! Rasa seronok juga bila dapat makan dengan cara begitu.




Sekian....

2 ulasan:

  1. Tahniah cikgu...semoga diberkati usaha dan doa dalam solat ajat itu..doakan saya juga bersama dengan anak-anak sabah terutama di Kinabatangan..insyaALLAH mulai bulan 6 hingga UPSR kami adakan solat hajat setiap jumaat waktu pagi dengan bacaan yasin(tahun 6) sahaja....insyaALLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas sokongan cikgu mustaqim. Bagus juga program solat hajat di sek cikgu. Program tu di bawah panatia Pendidikan Islam ke?

      Padam