Hari Ahad pun kena ambil CRK ke? Itulah yang menjadi isu di salah sebuah sekolah berhampiran. Mujurlah aku tidak mengalami masalah yang sama. Tapi bagaimana dengan nasib rakan-rakan yang terlibat tu? Apa tindakan yang patut dibuat?
Hari Sabtu perlu hadir ke aktiviti kokurikulum kecuali guru yang melanjutkan pelajaran ( mereka menghadiri kelas tutorial ). Guru yang ada urusan peribadi lain terpaksa mengambil sijil cuti sakit atau CRK. Patutkah ia berlaku?
Hari Ahad ada aktiviti di sekolah. Jika tidak dapat hadirkan diri nak kena MC atau CRK lagi? Biar betul? Untuk menjawab semua persoalan, rakan tadi telah menelefon KPPK. Apa jawapan KPPK?
Hah, ini jawapannya!
1) Guru tidak perlu ambil CRK kerana Sabtu dan Ahad bukan hari berkerja atau PdP.
2) Guru hanya perlu membuat surat permohonan pengecualian hadir daripada aktiviti yang dijalankan kepada Guru Besar.
3) Jika pihak pentadbir masih enggan akur, pihak KPPK akan hantar fax ke sekolah tersebut, ke PPD seterusnya ke JPN.
Hah...harap2 masalah rakan tu dapat diselesaikan segera. Kita sewajarnya berhak mendapatkan hak kita. CRK hanya digunakan untuk masa2 tertentu sahaja terutamanya waktu kecemasan. CRK juga tidak wajar dipotong tanpa pengetahuan kita. Aniaya namanya tu ( Aku pernah terkena. Waktu tu CRK aku dipotong tanpa pengetahuan. Aku hadir ke peperiksaan di OUM semasa cuti sekolah akhir tahun. Bila semak bil cuti, ia telah berkurangan dan persoalan terjawab. Aku memang bengang giler tapi apakan daya PT itu telah aniaya aku.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan