Semalam selesai daripada majlis maulidur rasul aku pulang keletihan. Cuaca yang panas menyebabkan badan bertambah lesu. Tiga tong air teh o ais yang disediakan untuk murid2 turut licin. Aku hanya sempat minum segelas je biarpun aku ditugaskan sebagai AJK minuman - tukang cedok dan tuang dalam gelas dan botol murid.
Petang ni aku lelapkan mata seketika. Masa diisi dengan menanda buku memandangkan esok PdP aku akan dicerap oleh PKKo. Setiap buku latihan perlu hantar 10 buah. Ini bermakna ada 30 buah buku aku kena sediakan. Mujurlah 30 bukan 120 buah. Kalau tidak, alamat tak tidur malamlah aku.
PdP aku dicerap jam 10.40pagi hingga 11.40pagi. Pengajaran Matematik tahun 4 Arif dalam topik Wang. Perjalanan PdP berjalan lancar. Murid2 aktif dan memberi kerjasama yang baik. Malangnya satu insiden telah berlaku di mana seorang murid perempuan keluar ke depan sambil menangis. Aduhhhhh....
Murid yang lain sibuk berlumba untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Ada yang dah mula ke hadapan kerana menjadi murid yang terawal siap. Keadaaan di depan kelas dah jadi kelam kabut. Aku terpaksa memujuk murid menangis itu namun tidak mampu. Dia semakin kuat menangis lalu mencangkung. Huh....dugaan sungguh!
Nantikan entry aku seterusnya untuk mengetahui kisah selanjutnya :(

Tiada ulasan:
Catat Ulasan