Jiwang Corner :)

Rabu, 6 Februari 2013

Saat ujian datang

Ujian daripada Allah tetap akan hadir. Ianya berlaku antara kita sedar ataupun tidak. Kini giliran aku pula. Ujian sebegini buka sekali hadir dalam hidup aku. Aku sedar imanku yang lemah membuatkan aku lebih bermuhasabah diri. Mendekatkan diri kepada Allah adalah fitrah. Maka mengapakah aku harus menolaknya?
Sakit kepala yang berterusan sedikit sebanyak mengganggu urusan kerja aku. Kepala lutut dan bahagian pergelangan kaki tidak dapat berfungsi dengan baik. Naik tangga mahupun rukuk dan sujud membuatkan air mata mula mengalir. Itu tandanya sakit yang aku rasakan tidak tertanggung. Bahu pula terasa berat dan badan terasa panas. Ya Allah...kasihanilah aku. Lindungilah aku.
Berpandukan maklumat daripada seorang ustaz, aku diminta ke pusat perubatan Islam. Tidak melengahkan masa maka aku ke tempat yang dicadangkan. Sah ada gangguan sihir. Tiada apa yang harus perkatakan kecuali memaafkan orang tersebut. Mudah-mudahan dia cepat sedar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan