Pagi ini bangkit awal seperti biasa. Tak sabar rasanya nak ke IKEA. Maklumlah tak pernah sampai lagi ke sana. Sebelum ini hanya mendapat gambaran daripada adik yang telah ke sana beberapa kali.
Kali ini boleh lah aku menyandar di belakang. Maklumlah ada yang pandu kenderaan. Sempat juga aku melelapkan mata. Bukan sengaja nak ambil kesempatan tapi memang dah nak terlelap. Hikhikhik...
Kami sampai di IKEA pada jam 2.00 petang. Pemanduan hampir 2 jam itu akhirnya dapat merehatkan enjin kereta di ruangan parkir. Terpusing- pusing juga dibuatnya. Bila hujung minggu memanglah ramai pengunjung.
Kami memulakan langkah menuju ke restoran dalam IKEA itu. Menu kami adalah meat ball dan beberapa potong kek. Anak-anak buah memang suka makan kentang goreng. Aku layankan mereka. Si adik yang berusia 2+ tahun memang suka makan. Seronok aku melihatnya. Tak sangka boleh ternampak seorang rakan di situ. Hehehe....
Bila dah kenyang, maka langkah diteruskan dengan show room. Wah, memang seronok! Terasa lebih bersemangat untuk aku mendeko rumah. Bila semangat dah tinggi adakah poketnya cukup tinggi? Kihkihkih....
Aku cuba berbelanja mengikut budget. Maklumlah berbelanja di Nilai tempohari dah menurunkan tinggi poket. So sendiri mau ingatlah ek. Lastly aku tamatkan perbelanjaan pada jam 5.30 petang. Sebenarnya banyak benda yang berkenan di hati. Namun bila memikirkan poketku semakin tipis, aku cuba kawal nafsu kehendak itu.
Bye..bye... Bagio. Dia masuk lif yang sama denganku. Nampaknya dia ada anak kembar yang comel. Hehehe...Kami selamat sampai di rumah kira2 jam 8.45 malam. Memang meletihkan tapi aku puas hati. Esok aku perlu bangun awal untuk pulang ke BP sebelum gerak ke JB.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.