Jiwang Corner :)

Rabu, 13 Februari 2013

Nilai Destinasiku

Lepas sarapan pagi tadi aku dan adik bersiap untuk ke Nilai. Sebenarnya tujuan asal aku nak ke IKEA di Damansara. Namun perancangan itu dibatalkan atas sebab2 tertentu.
So pemanduan diteruskan ke Nilai. Objektif nak membeli permaidani dan beberapa keperluan lain untuk rumah baharuku. Kira2 1 1/2 jam kami pun sampai. Nampaknya bangunan membeli belah itu lengang. Ini menunjukkan semua orang dah mula bertugas selepas cuti Tahun Baru Cina.
Tujuan asal terus di kenalpasti. Terasa mudah pula untuk membeli belah bila kurang orang. Biasanya memang berduyun2 orang datang ke sana. Aku menuju ke Baryali Carpets. Memang banyak pilihan yang ada di situ. Mamat Pakistan memang sedia melayan kehadiran pelanggan.
Setelah memilih warna dan corak yang menambat hati aku, proses tawar menawar pun bermula. Aku agak seram juga tegok mamat2 Pakistan ni. Senyum2 satu macam. Last price yang aku terima untuk 2 bidang permaidani tu adalah RM500. Itu pun siap panggil aku nak berbisik tentang harga tu. ( pada awalnya dia beri aku harga RM 600 ). Seram juga aku dibuatnya. Huhuhu....
Sempat juga kami singgah membeli tikar plastik bercorak alpebhat untuk kanak2. Harga asalnya RM20. Kemudian dia turunkan jadi RM19 dan seterusnya jadi RM18. Itupun aku jenuh melayan percakapan dia yang masih kurang fasih berbahasa Melayu.
Apa yang aku paling kelakar dia kata aku bukan bangsa Melayu. Aik?  dia ingat bila berkening lebat maka berbangsa Pakistan jugak kot. Haha...memang mengelihatikan aku. Aku balas semula kata-katanya," kalau orang Pakistan hidungnya pasti mancung. Hidung saya tak mancung!". Dia tersenyum lebar. Huh...seram!

1 ulasan:

  1. cikgu2... saya nak tanye ni.. cane nak pm cikgu.. saya nak tanye pasal dikir barat bhase arab tu..

    BalasPadam