Jiwang Corner :)

Sabtu, 9 Februari 2013

Masa Untuk Pulang ke Kampung

Setelah selesai semua urusan, aku mula bertolak ke kampung halaman. Aku bertolak kira2 jam 3 petang. Jiran2 turut pulang bercuti di kampung. Nampaknya sunyilah di sekitar Jalan 1/22 dan Jalan 1/23 itu.

Musim perayaan begini memang mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke kampung. Tambahan pula cuaca hujan. Dalam perjalanan di lebuhraya tadi memang memenatkan. Sesak berikutan kemalangan dan kenderaan rosak. Mujurlah ada alunan zikir daripada Hafiz Hamidun, dapatlah aku tenangkan diri. Alhamdulillah...


Perjalanan di lebuhraya yang sepatutnya hanya memakan masa 1 jam telah tersasar kepada 2 1/2 jam. Sebebarnya pemanduan menjadi lebih sesak berikutan warga Singapura turut meraikan cuti mereka di Malaysia. Erm...ke mana destinasi mereka aku sendiri tidak pasti.

Akhirnya aku sampai ke kampung halamanku setelah 4 jam berada atas jalan raya dalam perut si Comel. ( Sepatutnya aku hanya mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke kampung ). Apapun aku tetap bersyukur kerana telah sampai dengan selamat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan