Jiwang Corner :)

Ahad, 26 Oktober 2014

@Carlo Rino Sales BP Mall

Setengah hari menghabiskan masa bersama anak buah di BP Mall. Bukannya apa, asalnya aku nak ke Melaka bersama abah. Tapi apakan daya perancangan aku tidak diperhalusi sehingga ianya terbatal begitu sahaja. Terkilan juga rasa hati. Tak kesampaian untuk aku bercuti di Bandaraya Bersejarah setelah beberapa tahun tidak singgah.

Argh...lupakan kisah yang terkilan tu. Inshaa Allah panjang umur, murah rezeki maka sampailah nanti. So, jenjalan bersama anak buah dan cuba mengisi masa mereka yang kebetulan tidak bercuti ke mana-mana. Membawa mereka ke kedai buku Popular menjadikan mereka ceria. Maklumlah si adik berusia 6 tahun itu sudah mula lancar membaca. Mulalah nak membeli bahan bacaan. Si kakak yang berusia 10 tahun pula sudah pandai membaca novel remaja. Sk, aku layankan permintaan mereka. Aku cuba dapatkan majalah al-Ustaz keluaran 30.

Selesai urusan pembayaran, aku menuju ke Butik CR. Kelihatan ramai pengunjung memandangkan ada jualan murah. Diskaun hingga 70% tuh. Krik, krik, krik...mulalah mata terbuka luas. Aku memang nak beli kasut kasual. Memandangkan kasut aku mula rosak ekoran tuannya yang kaki jalan, aku pun pantas ke rak kasut. Pilih punya pilih, usha punya usha, akhirnya sangkut juga sepasang kasut. ( padahal bulan lepas dah sambar sepasang Scholl ) Hehehe....

So, tak nak lepaskan peluang, aku pun meminta juru jual mengambil ukuran saiz kasutku. Tadaaaa....tetiba jadi saiz 6? Kenapa ek? Biasanya aku pakai saiz 5 je pun. Tapak kaki comel katakannnn....Tapak rata pulak tuh! Hehehe....

Apapun melayang duit aku lagi. Diskaun untuk kasut aku tidaklah banyak memandangkan ia keluaran baharu. Hanya 10% sahaja daripada RM129. Waduhhh...bila hati dah suka. Apa mau buatkan? Beli saja, kok! Namun dalam ingatan, aku tidak pernah lupa pepatah yang menyatakan biar papa asal bergaya. Itu bukan yang dimaksudkan, hokey! Hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan