Jiwang Corner :)
Selasa, 23 April 2013
Jom, Perbaharui Pasport!
E- filing : Siap dihantar
Ahad, 21 April 2013
JB Berselawat
Sabtu, 20 April 2013
Sukantara 2013
Tahun ini rumah sukan aku dah bertukar. Jika sebelum ini aku mewakili guru penasihat rumah Jengking tapi kini aku mewakili rumah Tebuan.
Penangan Politik

Tetamu Hari Ini
Seorang daripada mereka memang tidak pernah sampai di rumah aku lagi. Seorang lagi tidak pernah sampai setelah rumah aku siap diubahsuai. Hah, ini masanya untuk mereka skodeng segala bagai. Ada aku kesah? Hehehehehe....
Jumaat, 19 April 2013
Mari Beli : Jambu Batu, Air 100+ dan Roti
Khamis, 18 April 2013
Istanbul Aku Datang :)
Rabu, 17 April 2013
Hari Bistari : SKTM muncul Naib Johan Anugerah Kecemerlangan DB Negeri Johor
| Hadiah disampaikan semula pada perhimpunan sekolah |
Cabaran Catur Cilik Bistari : Gosip Musykil Terlampau
![]() |
| Tiga dari kiri : Guru yang menjadi banker SKPZ |
# Mood : Berkorban apa sahaja untuk anak bangsa :)
Cabaran Catur Cilik Bistari : Team B SKTM mara tempat ke-3 peringkat negeri Johor
Perasaan bengkek bin bengang masih menghantui. Kepala mula nak berdenyut. Muka peserta team A diperhati satu persatu memikirkan bagaimana perasaan mereka setelah tahu tentang penyingkiran itu nanti. Ketua Team A dipanggil lalu perkara yang sebenar diperjelaskan. Dia agak panik namun masih dapat mengawal perasaan.
Dia memberitahu rakan2 lain dalam pasukannya. Mereka nampak sedih sambil memerhatikan aku dan sahabat. Aku memang turut simpati dengan nasib mereka. Disebalik itu aku positifkan minda bahawa ketentuan itu Allah SWT dah tulis. Mungkin rezeki mereka tidak dicatatkan di situ. Allahu Akbar!
Dalam pada itu pengacara majlis memulakan tugasnya. Kami memang tidak dapat fokus apa yang disampaikan olehnya. Selepas ucapan perasmian oleh Ketua Eksekutif Johor Corporation acara penyampaian hadiah diteruskan. Pengacara mengumumkan nama2 sekolah yang menjadi pemenang cabaran Cilik Bistari. Kami telah sangkal Team B SKTM memang akan ada dalam senarai pengacara.
Alhamdulillah nama SKTM Team B disebut lantang oleh Mr MC. Pemain Team B, aku dan sahabat tampil ke atas pentas bagi menerima hadiah. Actually cikgunya jadi pengiring je pun.Hahahahaha....So pemenang menerima medal, baucer KFC PIZZA sebanyak RM80 dan sijil penghargaan.
Semasa turun dari pentas, ramai rakan2 guru yang mengucapkan tahniah. Ada juga yang berkata, " Lepas ni SKTM naik pentas lagi. " Ceh, ayat itu buat kami terbakar semula kerana mereka tidak tahu yang Team A kami telah disingkirkan. Aku hanya tersenyum pahit biarpun ada kemenangan di situ.
Persoalannya di sini, bagaimana sekolah yang menjadi Johan Cilik Bistari itu mampu membuat kutipan aset dan wang tunai sejumlah RM 3.3 bilion? Jauh sangat bezanya dengan peserta daripada kumpulan sebagaimana catatan aku :
Johan : SKPZ daerah Muar ( RM 3.3 b )
Naib Johan : SK Convent Muar ( RM 59 juta )
Ketiga : SK Taman Molek, daerah Pasir Gudang ( RM 41 juta )
Keempat : SK Sg Tiram, daerah Pasir Gudang ( RM 34 juta )
Kelima : SK Kg Sawah Pekan Nenas daerah Pontian ( RM 31 juta )
# Mood : Musykil Terlampau!
Selasa, 16 April 2013
Cabaran Catur Cilik Bistari : Hampa + Kecewa
Cabaran Catur dan Cilik Bistari Peringkat Negeri Johor
Isnin, 15 April 2013
Latihan Terakhir Catur Cilik Bistari Peringkat Negeri
Hari ni merupakan hari terakhir latihan catur Cilik Bistari bagi murid2 aku yang akan bertanding ke peringkat negeri esok. Dua buah kumpulan dari SKTM akan mewakili daerah Pasir Gudang. Seram jugak nih.
Hari ini seharian mereka tidak masuk ke kelas. Guru2 subjek mereka telah pun sedia maklum. Harap2 murid2 harapan ni tidak mengambil kesempatan untuk tidak membuat latihan yang diberi dalam kelas.
Dalam pertandingan ini, biasanya kejuaraan akan dimiliki oleh daerah Muar. Apapun aku berdoa dan berharap agar mereka boleh mendapat tempat pada hari esok. InsyaAllah, Amin...
Sabtu, 13 April 2013
Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR 2013
Tahun ini kami kena teruskan usaha untuk jaga reputasi % UPSR. Jika 3 tahun kebelakangan ini % adalah meningkat, mengapa tidak dikekalkan untuk tahun ini? Besarnya tanggungjawab kami.
Semoga semua urusan kami dipermudahkan.
Teknik menjawab soalan dimulakan pada jam 8 pagi. Penceramah jemputan subjek BI mendahului slot diikuti dengan subjek Matematik. Tiada penceramah jemputan yang dapat hadirkan diri. Oleh itu guru subjek Matematik terpaksa kendalikannya sendiri termasuklah diri aku. Dua orang guru lelaki membincangkan kertas 1 manakala aku membincangkan kertas 2. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Slot dihentikan kerana makan tengah hari dan solat Zohor. Penceramah BM meneruskan ceramahnya dengan teknik menjawab kertas Pemahaman. Seterusnya subjek Sains. Aku tidak dapat menyertai semua slot atas aktiviti lain pula. Apa yang aku buat plak ek? Tunggu...


















