Jiwang Corner :)
Sabtu, 13 April 2013
Mandikan Si Comel
Rabu, 10 April 2013
Encik PPD muncul di awal pagi
Seawal pagi Encik PPD telah munculkan diri di tapak perhimpunan itu menyaksikan kawat kaki. Huhuhu...Apapun alhamdulillah kerana pergerakan murid semuanya dalam keadaan terkawal. Hati mula berbisik, " kelas mana dan cikgu mana yang akan jadi sasaran nanti?" Minta-minta bukan aku. Bukan aku tak sedia tapi biarlah beri pada mereka yang lebih cemerlang daripada aku.
Akhirnya persoalan dijawab. Encik PPD telah masuk ke kelas tahun 6 Bijak iaitu kelas ke empat daripada daripada 9 kelas. Dia duduk selama 2 jam di situ. Berasap le budak2 mahupun guru yang masuk dalam kelas itu.
Selepas 2 jam berada di kelas tersebut dia meronda pula setiap kelas. Papan kenyataan diperhatikan sama ada jadual waktu, jadual tugas, headcount, visi dan misi sekolah telah diletakkan atau tidak. Tetiba aku ternampak dia menggosok cermin tingkap kelas aku. Hah, bab tingkap memang le kantoi. Budak kelas aku dah lama tidak mengelap tingkap. Huhuhu....
Apapun penilaian telah diberi. Alhamdulillah sekolah aku mendapat 96.5%. Namun bahagian pengurusan kelas masih tidak sempurna. Setahu aku pengurusan kelas hanya mendapat 1 daripada 5 markah. Nampaknya semua guru kelas perlu bertindak untuk membersihkan dan menceriakan kelas masing2.
Selasa, 9 April 2013
Bersedia dengan kunjungan Encik PPD!
Tahun ini memang tahun yang begitu sibuk. Kunjungan para nazir sedikit sebanyak menganggu emosi semua guru. Mana nak siapkan kerja utama iaitu menanda buku, melengkapkan buku PdP, kerja2 pengurusan kelas mahupun melengkapkan fail.
Awal tahun sekolah kami dikunjungi nazir untuk membuat penilaian kelayakan terima Bai'ah. Akhirnya dah berjaya. Kemudian datang pula nazir untuk membuat semakan keputusan UPSR 2012. Esok pula program Pengarah JPN turun padang di mana pegawai PPD akan membuat penilaian terhadap prestasi sekolah dalam semua bidang. Adehhhh....
Mujurlah fail yang aku uruskan tidak begitu membebankan berbanding rakan lain. Kasihan juga aku melihatnya. Tapi apakan daya itu adalah amanah yang perlu dipikul. Di sebalik amanah yang berat itu pasti ada hikmahnya. Dari situlah pengalaman dikutip. So aku pulun melengkapkan buku RPH terutamanya di bahagian impak. Buku latihan murid nak kena pulun jugak nih. Huhuhu....
Isnin, 8 April 2013
Rindu Itu Mengusik Jiwa
Al Fatihah untuk arwah mak - Salamah binti Baba ( 3.1.2011 )
| Waktu ini aku bawa mak pergi makan KFC bersama anak buah di BP Mall. Kalau tidak silap gambar ini dirakam kira-kira dua bulan sebelum mak pergi buat selama-lamanya. |
Bumbung itu sudah dirobohkan
Kerja2 merobohkan bumbung tersebut dijalankan pada Sabtu dan Ahad. InsyaAllah keselamatan kami warga SKTM lebih terjamin. Tindakan awal telah dilakukan oleh pihak berkenaan. Syukur...mudah2an ada bumbung lain yang lebih baik akan menggantikan bumbung tersebut.
Mesyuarat JULANG kali ke-3
Jam menunjukkan 1.00 petang. Mesyuarat Julang dikendalikan oleh penyelaras Tahun 6 dan dipengerusikan oleh Guru Besar. Beberapa perkara perlu dibincangkan untuk kem Teknik Menjawab Soalan UPSR yang akan berlangsung pada hari Sabtu nanti. Aku sudah tentunya terlibat sebagai fasilatator subjek Matematik.
Sasaran aktiviti ini hanya melibatkan 3 kelas yang menjadi harapan sekolah. Murid-murid daripada enam kelas yang lain pula akan mengambil bahagian pada sesi kem yang akan datang. Mudah2-mudahan kem ini akan memberi kesan yang bermakna pada semua peserta.
Dalam pada itu aku agak kecewa kerana penceramah Matematik yang dijemput tidak dapat hadirkan diri atas urusan tertentu. Ini bermakna guru2 Matematik tahun 6 yang ada akan bekerjasama memberi ceramah.Huhuhuhu....
Sabtu, 6 April 2013
Berkunjung ke Home Fair @ Persada Johor
Haaa...aku sebenarnya nak kunjungi Home Fair yang sedang berlangsung di sana. Aku bercadang nak tengok tawaran pagar automatik. Hah...berangan je pun. Nak survey harga je dulu. Nanti senanglah nak rancang perbelanjaan.
Sampai di sana kira2 jam 6 petang. Agak lewat juga. Aku terus ke surau untuk menunaikan solat Asar terlebih dahulu. Lepas tu kami mula berjalan cuci mata di setiap boot yang ada di situ. Kelihatannya boot wall paper menguasai pameran. Banyak sungguh wall paper dengan corak moden yang dapat menarik perhatian aku. Namun untuk mendapatkannya, aku terpaksa pendam memandangkan ada banyak lagi keperluan lain yang lebih penting untuk dibeli.
Jalan punya jalan, akhirnya objektif aku tidak tercapai. Namun aku pasrah mungkin ada banyak hikmah yang terlindung di depan sana. Isha Allah jika ada rezeki yang lebih baik aku akan perolehinya juga. Amin....
Cilik Bistari : SKTM mara ke peringkat negeri
Jumaat, 5 April 2013
Selamat Tinggal Kluang
Kira2 jam 4.15 petang bas kami telah sampai. Namun kami masih belum menyiapkan semua peserta.
Rabu, 3 April 2013
LDK dan Tidur Berjemaah
Hujan yang lebat membuatkan kami tempias di dalam dewan yang menjadi tempat teduh kami. Dewan yang saiznya hampir menyamai gelanggang badminton itu kini dipenuhi oleh 200 orang peserta dan 20 orang guru pemimpin. Subhanallah...
Malam ni hujan renyai2 masih turun. Selepas solat maghrib dan makan malam, peserta mendengar ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh kaunselor. Selepas itu LDK dijalankan dengan aktiviti pembentangan tentang kekuatan dan kelemahan bulan kelahiran masing2. Di sini kami sangat lucu bila ada yang tulis mengenai keserasian pasangan antara bulan. Kahkahkah....kecik-kecik dah pandai tuh!
Minum malam kami adalah bubur kacang, roti dan air teh O. Selesai makan semua murid disusun rapat2 untuk tidur di dewan itu. Keadaan waktu itu sememangnya tidak selesa. Kedudukan tempat tidur murid perempuan dan lelaki disekat menggunakan kain batik murid yang digantung menggunakan tali. Semua murid nampak gusar namun diminta bersabar walaupun ada ketikanya kami terpaksa meninggikan suara.
Akhirnya semua peserta dapat diredakan dan lena kira2 jam 2.00 pagi. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat.
Alhamdulillah, Kami Dah Sampai
Keletah Peserta
Jam menunjukkan 10.25 pagi. Bas membelokkan haluan ke kanan jalan menuju ke Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang. Aku sempat tertidur dalam perjalanan tadi. Perjalanan kami diteruskan menyusuri hutan yang sebelumnya tadi melalui kawasan peneroka FELDA.
Actually kami tidak melalui lebuhraya malah mengguanakan jalan biasa di mana pemanduan melalui jalan Ulu Tiram-Kulai-Kluang.
Kereneh murid2 dalam bas ini sangat aktif. Masing2 memang tak dapat nak kawal diri lagi. Menyanyi bergurau itu dah jadi kemestian. Argh...memang haru dibuatnya. Ada masanya aku terpaksa tegur. Ada masanya aku terpaksa mendiamkan diri kerana mereka masih dalam keadaan terkawal biarpun aku agak malu dengan pemandu bas tersebut.
Inilah ujian. Mungkin murid dahulu atau zaman persekolahan dulu kita tidaklah seagresif seperti kanak2 sekarang. Moga aktiviti yang akan dijalankan semasa perkhemahan nanti sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya sahsiah diri dalam membentuk kecemerlangan dalam diri. InsyaAllah
Selamat Tinggal Warga Molek
Pagi yang cerah memudahkan perjalanan kami. Sebanyak 5 buah bas persiaran dijadikan pengangkutan kami ke Kluang. Aku mengetuai bas ketiga mengiringi 38 orang murid. Aku sorang je beb. Cikgu2 yang lain ada yang membawa kenderaan sendiri.
Pemandu bas yang nampak muda belia lagi itu menggerakkan bas kami pada jam 8.45pagi. Hopefully pemanduannya berhemah apatah lagi membawa kanak2 nih. Masing2 excited nak berkhemah. Bising yang amat! Lelaki dan perempuan sama becok. Aku? Biasalah layan perasaan sendiri. Yang penting aku happy juga bila sesekali dapat keluar dari sekolah. Takdelah nak mengadap papan tulis, pegang marker, pen merah pen hitam setiap hari. Hikhikhik...
Lastly aku harap kami semua dapat sampai ke tapak perkhemahan dengan selamat. Semoga setiap apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Penangan Perkhemahan
Hari ini aku terpaksa bangun awal pagi iaitu pada jam 4.30 pagi. Rasanya aku hanya sempat tidi selama 4 jam sahaja. Korang tau kenapa? Inilah gara-gara penangan perkhemahan unit uniform SKTM.
Kenapa perlu bangun awal? Apa kena mengena? Huh...mestilah kena mengena sebab aku tak siap packing barang lagi! Malam tadi selepas pulang dari mengajar kelas tuisyen di sekolah, aku terus buka laptop. Tapi kenapa? Itulah tugas ketua aliran. Aku terpaksa siapkan jadual guru ganti untuk PdP mulai hari ini, esok dan lusa. Maklumlah ramai guru yang keluar ( guru 20+ orang dan murid -+ 200 orang ). Mereka yang tinggal di sekolah perlu menjalankan PdP seperti biasa.
Aku siap packing barang kira2 jam 6.00 pagi. Mata mula mengantuk. Jika aku rebahkan badan pasti mata pun pejam. Oh, tidakkkk! Bangun, chaiyok2x!

