Pagi ini aku ke sekolah seperti biasa. Namun pelbagai objektif yang harus aku capai bagi mereliasasikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Kertas kiriman pos yang aku terima semalam telah kemas aku susun dalam beg tanganku.
Dalam hati tetap risau bagaimana cara nak pos kertas undi nanti. Menurut seorang rakan kertas undi tersebut hanya boleh di pos di pejabat2 pos tertentu sahaja. Bagi yang membuang undi dalam daerah Johor Bahru pula mereka akan hantar sendiri ke Pejabat Tanah. Batu Pahat???? Macam2 persoalan bermain difikiran memandangkan tempoh hari mengundi semakin hampir.
Jam 2.00 petang aku yang ditemani oleh seorang rakan menuju ke Pjbt Pos Pusat Serahan Cawangan Pasir Gudang yang terletak di Seri Alam. Mujurlah tempat itu mudah dijumpai. Alhamdulillah. Memandangkan pejabat itu buka semula pada jam 2.30 petang aku menghabiskan masa dengan berbual2 bersama rakan di dalam kereta.
Posmen sampai dengan van pos. Aku mengambil peluang untuk bertanya mengenai cara mengepos kertas undi yang aku terima itu. Tak sangka posmen itu memberitahu bahawa kertas undi itu boleh terus serahkan kepadanya. Alhamdulillah
begitu mudah urusannya. Ini bermakna maklumat yang kawan aku beri sebelum ini tidak tepat. Mana2 pejabat pos akan terima kertas undi untuk diposkan ke alamat yang telah dicop di sampul surat tersebut.
Aku mengoyakkan sampul yang berisi kertas undi. Aku pangkah calon pemimpin mengikut ketetapan hati aku bersaksikan rakan aku. Dia menandatangani pada ruangan saksi yang ada pada borang tersebut. Hah, undian aku tidak sulit lagi. Dia nampak aku pangkah siapa. Hahaha...
Aku gamkan dan serahkan kepada posmen yang sejak tadi menunggu aku. Lega rasanya bila dah selesai tunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat.
#Mood : Senangnya dalam hati...lalalalala

Tiada ulasan:
Catat Ulasan