Jiwang Corner :)

Khamis, 16 Mei 2013

Hari Guru 2013

Hari ini Hari Guru. Sedar tak sedar dah 14 kali aku sambut hari guru. Secara tidak langsung dah lebih sedekad aku bergelar seorang guru. Namun pengalaman untuk mengurus murid dan meningkatkan teknik PdP yang berkesan belum aku capai sepenuhnya. Sesungguhnya pengalaman mengajar segalanya....


Untuk semua rakan guru, biarpun usaha kita dicemuh, niat kita dipersenda, janganlah berputus asa. InsyaAllah ada jalan yang akan buat kita lebih tabah untuk lalui dunia pendidikan masa kita. Dulu, guru kita telah ajarkan kita. Sekarang, kita ajarkan murid kita pula. Biarpun berbeza pandangan dek zaman yang telah berubah dengan arus teknologi moden, kita perlu kuat kerana inilah bidang kita, inilah kerjaya kita. Mengapa kita nak jatuhkan martabat profesion kita? Jangan sampai kita digelar Guru 25hb pula.


Sejajar dengan tema hari guru tahun ini '1 Aspirasi 1 Agenda', semua guru perlu sematkan cita2 murni bagi menterjemahkan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar akses kejayaan selari dengan pendidikan antarabangsa. Selain itu, semua guru perlu berpegang teguh pada etika profesion bagi melahirkan pelajar seimbang sejajar dengan Falfasah Pendidikan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan