Pagi subuh yang letih. Sakit dan penat badan masih tidak hilang. Malam tadi selepas pulang dari bertugas sebagai wakil SPR aku tidak lena tidur. Kenapa jadi macamtu? Hah korang mesti boleh agak apa puncanya kan?
Kenapa PM tak umum cutiiiii! Aku letih nih. Telefon mula berdering2. Rakan2 mula menelefon untuk mengetahui sama ada hari ini bekerja atau tidak. Ibu bapa murid turut menghubungi aku. Jawapannya memang kena sekolahhhhh! Kerja!!!!
Aku pantau FB untuk melihat rakan2 yang mengemaskini status mereka dengan harapan hari ini merupakan hari cuti. Namun semuanya hampa. Hanya tinggal angan2 dalam keletihan. Rasa macam nak cuti sakit sahaja. Bila memikirkan ramai rakan2 yang balik jauh untuk mengundi, sudah pasti mereka akan bercuti. Maka, orang tempatan seperti akulah yang kena hadirkan diri ke sekolah.
Kehadiran murid dan guru di sekolah memang tidak memberansangkan malah amat kurang. Kelas aku sendiri 14/38 orang. Kelas2 yang lain bilangan murid yang datang lebih kurang sama. Antara 5 hingga 15 orang sahaja. Bilangan murid dalam kelas dicantumkan menjadikan 3/8 sahaja. PK Kanan minta aku selaku Penyelaras Tahun 4 menyediakan jadual waktu ganti untuk kelas aliran 4.
# Mood : Badan yang lesu ditambah pula dengan aktiviti mengemas kelas dan susun atur kerusi di dalam kelas yang digunakan sebagai saluran tempat mengundi semalam. Lemah tak daya + ngantuk!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan