Hari ini aku menghadirkan diri ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang untuk mendengar takllimat PRU 13. Kali ini aku diberi kuasa mandat untuk menjalankan tugas sebagai kerani pengundian PRU 13 nanti. Hehehe...satu pengalaman baru bagi aku ni.
Jam 9.00 pagi taklimat dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Bangsa Johor. Diikuti pula dengan taklimat peranan dan tanggungjawab Kerani Pengundian dan ikrar yang disampaikan oleh Datuk Hj Mohd Idrus bin Ismail selaku Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah. Sebelum itu, kami diminta mengisi surat akuan sumpah disamping menerima surat pelantikan.
Lepas makan, aku tonton filem latihan pula. Wah, macam tengok wayang pulak. Fokus tuh...maklumlah, ilmu barukan. Petugas-petugas PRU 13 ini melibatkan staf UniKL, MPPG, kolej dan majoritinya ialah guru-guru sekolah rendah dan menengah dalam daerah Pasir Gudang.
Sekolah aku terlibat menjadi pusat mengundi nanti. Ada 5 saluran semuanya di mana aku difahamkan setiap saluran mempunyai kira-kira 700 orang pengundi. Maknanya sekolah aku akan dibanjiri kira-kira 3500 ornag pengundilah nanti. Macamanalah agaknya nanti ek ?
Sebelum pulang, sebuah kumpulan diminta tampil ke atas pentas untuk buat demo. Wah, masing-masing pun berlakonlah jadi ( Ketua Tempat Mengundi ) KTM, Kerani Pengundian ( KP ), pengundi dan tidak lupa berlakon jadi polis jgk. Ahaks...
Taklimat habis jam 4.00pm. Lepas makan soto, aku pun start kereta untuk balik rumah lah..Hehehe..Agak letih juga duduk mendengar jer. Pinggang pun mula menjerit2 cuma kita je yang tak dengar. Hikhikhik...
Fail yang aku terima. Lupa pula aku nak pusingkan gambar nih. Sudah Feninn gamaknya :)
Surat lantikan dan borang sumpah kerahsiaan
Demo situasi sebenar PRU 13.
Apapun, aku harap dapat menjalankan tugas yang baik semasa PRU 13 nanti. InsyaAllah....
sama lah kita .. selamat bertugas..
BalasPadamTerima kasih dan selamat berkhidmat juga. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Insha Allah
Padam