Pagi tadi aku dah siap keluarkan memo mengingatkan rakan-rakan guru kelas dalam aliran aku untuk kemaskini Pangkalan Data ini selewat-lewatnya 23hb Fabruari 2012. Mana taknya GDM dan menyuarakan yang dia akan sahkan pada pagi 24hb Februari 2012. So, semua guru kenalah bertindak dengan segera. Bukan apa, takut buat saat-saat akhir ada pula masalah yang timbul Takkan nak menyusahkan GDM pulak kan ?
Tapi hari ini aku buka Pangkalan Data Murid tarikh akhir kemaskininya sudah dilanjutkan pada 28hb Februari 2012. Apapun, alhamdulillah aku dah pun berjaya mengemaskini info murid kelas aku yang seramai 38 orang pada Kamhis yang lalu. So, bolehlah memantau rakan-rakan dalam aliran pula. Hehehe....
Makluman Kepada SemuaPihak kami menutup Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua buat sementara sehingga 24 Februari 2012 ini.Ia bertujuan supaya Guru Kelas hanya memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja terlebih dahulu supaya data ini boleh digunakan oleh Aplikasi SAPS serta SPPBS yang akan mula digunakan mulai 26 Februari 2012.
Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan selepas tarikh tersebut (28 Februari 2012) sehingga 20 Mac 2012 kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa. Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan murid-murid tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.
Pentadbir sekolah (administrator) dikehendaki memastikan bilangan murid mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas yang betul sebelum membuat pengesahan data. Setelah data tersebut disahkan, urusan mengimport data APDM oleh SAPS bolehlah dilakukan. Proses ini hanya boleh dilakukan selepas 26 Februari 2012 bagi mengelakkan kesesakan di pusat server.
Pengemaskinian info murid dilanjut sehingga 28 Februari 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan