Hari ini sepatutnya pertandingan Catur Bistari Peringkat Negeri ditunda tarikhnya kepada 2 Mac 2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pihak pengurusan.
Program anjuran Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini merupakan program tahunan bagi syarikat ini. Tahun lepas sekolah aku menjadi Johan peringkat daerah Pasir Gudang. Maka secara langsung, sekolah aku akan tampil bertanding ke peringkat negeri pada tahun ini.
Sudah hampir 3 minggu Cikgu Noraini selaku Naib Pengerusi Kelab Didik Bistari ( usahawan muda ) membimbing kumpulan yang akan bertanding. Aku sepatutnya turut serta namun atas komitmen aku dengan murid-murid kelas tahun 6, aku terpaksa mengambil peluang yang terlalu singkat. Kesian juga, Cikgu Noraini.
Pada hari Jumaat yang lalu, kami sempat menjemput Tuan Haji Ramli dari JCorp selaku penyelaras program ini untuk memberi taklimat tentang permainan yang betul. Kumpulan murid yang terlibat nampaknya fokus. Mana taknya, siapa yang nak kalah kan ?
Dikhabarkan individu yang dapat mengumpul aset tertinggi bakal memiliki notebook. Wah, best tuh !!! aku nak jugak. Senang nak di bawa ke mana-mana. Hehehe...perasanlah pula. Macamlah aku boleh masuk bertanding. Ahaksss...
Apapun, aku mendokan yang terbaik kepada kumpulan murid yang akan masuk bertanding nanti. Seramai 5 orang yang terpilih untuk bertanding. Aku pula dilantik sebagai banker. Alamat dibulikah aku? Nantikan pengalaman aku sebagai banker pada 2 Mac nanti. InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan