Jiwang Corner :)

Khamis, 20 Mac 2014

PROGRAM BURSARY PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SPM 2013 (KPM) AMBILAN 2014

Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaansebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

Bursary KPM ditawarkan secara automatik kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013 yang mendapat keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.


Program persediaan yang boleh diikuti pelajar seperti berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan MalaysiaAsasi di IPTA  International Baccalaureate
Syarat-syarat penajaanMendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM Tahun 2013;
Warganegara Malaysia; danUmur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013.


Mengikuti salah satu program persediaan yang ditetapkan berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan MalaysiaAsasi di IPTAInternational BaccalaureateMengikuti pengajian peringkat persediaan di Institusi Persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh KPM sahaja.

Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat kemudahan dan elaun berikut:
Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan.


SISTEM APLIKASI ONLINE BURSARY PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SPM TAHUN 2013 KPM AMBILAN TAHUN 2014 AKAN DIBUKA PADA PUKUL 10 PAGI KEESOKAN HARINYA SELEPAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2013 DIUMUMKAN.

3 ulasan:

  1. MENARIK..Berminat untuk permohonan kemasukan pelajar di Segi Unversity bagi bidang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sila Hubungi En Amran 0123791871
    Tolong sebarkan dan Terima kasih. #SPM dan #STPM dan #SEGI #SEGI UNIVERSITY..http://segiintake.blogspot.com/2012/04/permohonan-kemasukkan-ke-segi.html

    BalasPadam
  2. Sekiranya result peringkat a-levels atau asasi adalah cemerlang, adakah bursary akan boleh continue ke degree?

    BalasPadam
  3. salam saya ingin bertanya, biasiswa 2016 kini telah diubah oleh kerajaan yang ada sekarang. telah ditukar formatnya. jadi bagaimana kami ingin memohon biasisiswa boleh ubah jpa tersebut? kami adalah pelajar di ipta semester 2, ijazah pergigian dan permbedahan di UiTM...tq

    BalasPadam