Jiwang Corner :)

Rabu, 19 September 2012

Johan Dikir Barat Bahasa Arab Daerah Pasir Gudang

Pada 20hb Julai yang lalu, sekolah telah menghantar pasukan Dikir Barat Bahasa Arab ke pertandingan peringkat Zon Johor Jaya. Dengan berkat usaha yang gigih daripada ustazah-ustazah JQaf, pasukan ini telah berjaya menjadi Johan Zon.


Pada 18hb september yang lepas, pasukan ini telah mewakili zon Johor Jaya mara ke peringkat daerah Pasir Gudang. Sekali lagi, aku rakamkan ucapan tahniah kepada pasukan ini kerana bergelar Johan sekali lagi. Perjuangan mereka belum selesai di sini. Ini kerana mereka akan bertanding sekali lagi mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri Johor pula.

Kalau tidak silap aku pertandingan peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Taman Damansara Aliff, Johor Bharu, Johor pada 29 September 2012 nanti.

Latihan tetap di jalankan di sekolah agar persembahan kekal mantap. Walaupun aku tidak faham dengan apa yang mereka dikirkan, namun aku bangga dengan mereka. Syabas dan tahniah buat ustazah-ustazah mereka.

Selamat berjuang, anak-anak. Cikgu yakin kalian akan membawa kemenangan. InsyaAllah :)


5 ulasan:

  1. cikgu, erm.. saya ada soalan nak tanya psl dikir ni lah, boleh x saya nak pm kt mana2?

    BalasPadam
  2. ustazah,boleh tak saya dapatkan contoh teks dikir barat dr sekolah ustazah?sekadar ingin buat rujukan dan panduan.terima kasih

    BalasPadam
  3. Sy nak.jg teks dikir arab..emel kt saya saifuddinfx@gmail.com

    BalasPadam
  4. salam...saya pon nk jugak teks lirik dikir tu...xpndai nk buat.insyaAllah akn dipelihara dr diciplak.emailkan pd sy ustzh Bluenerrow@yahoo.com

    BalasPadam