Jiwang Corner :)

Khamis, 17 Mei 2012

Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Tiada apa yang nak digambarkan selain berseronok pada hari guru. Sama-sama meraikan diri sendiri bersama anak-anak didik aku. Tema baju kami tahun ini adalah ungu. Antara warna kegemaran aku gitu :)

Bagi aku tahun ini agak istimewa kerana semua guru dibahagikan mengikut aliran mereka mengajar untuk membuat persembahan. Memang 3 atau 4 hari juga kumpulan aku membuat latihan. Aku dan ahli kumpulan yang mewakili guru-guru aliran tahun 4 mempersembahkan Dikir Boria.

Dikir Boria ini diilhamkan oleh guru muzik yang kebetulannya ada ddalam kumpulan aku. Itulah keistimewaan kumpulan aku kerana ada guru muzik disamping beberapa lagi guru yang memang berbakat dalam persembahan. 

Walaupun aku dilantik sebagai ketua, namun aku hanya menurut arahan mereka kerana aku memang tidak sekali berbakat dalam nyanyian apatah lagi tarian. Gamaknya jika aku menari mungkin nampak ala-ala kayu bergerak gitu. Hehehe...

Di sini aku kongsikan beberapa rakaman gambar persembahan setiap kumpulan guru. Persembahan guru ini sebenarnya berselang seli dengan 4 buah persembahan murid. 

Persembahan daripada guru-guru tahun 1 : Tarian pelbagai jenis irama termasuk lagu 60an


Persembahan daripada guru-guru tahun 2 : Nyanyian

Persembahan daripada guru-guru tahun 3 : Nyanyian Ombak Rindu dll





Ini persembahan daripada kumpulan aku iaitu guru-guru tahun 4 . Sebahagian bermain alat muzik dan sebahagiannya lagi menyanyi dan menari : Dikir Barat + Boria

Persembahan daripada guru-guru tahun 5 : Lakonan dan nyanyian

Persembahan daripada guru-guru tahun 6 : Lakonan dan nyanyian



Persembahan khas dariapada guru-guru lelaki


Guru Besar aku mengambil peluang menunjukkan bakatnya bermain gitar dan menyanyi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan