Jiwang Corner :)

Jumaat, 18 November 2011

Murid Kelas Corot Cemerlang UPSR 2011

KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.

Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.

Sementara itu, Kamaliah Nasuha Azuan, 12, dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR berbaloi dengan usaha kerasnya selama ini walaupun terpaksa menyeimbangi antara latihan sukan dan akademik.

Kamaliah yang pernah mewakili sekolahnya dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat negeri berkata, walaupun penat menjalani latihan kokurikulum di sekolah, dia cuba mencuri masa dua jam untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

“Saya bercita-cita menjadi atlit negara dalam sukan bola jaring,” katanya.

Selain itu, katanya, keputusan yang diperoleh semalam agak mengejutkannya kerana tidak menyangka mampu memperoleh 5A berikutan dia agak lemah dalam subjek Sains.

“Sebelum ini pun saya hanya memperoleh B bagi subjek Sains. Saya tak percaya boleh dapat A,” katanya.

hmetro.com.my

Khamis, 17 November 2011

Sekolah Umum Keputusan UPSR 2011

Hari demi hari semua calon setia menanti keputusan UPSR diumum. Tanggal 17 November 2011, sedia maklum keputusan rasmi UPSR diumum diperingkat sekolah. Bukankan sahaja murid yang berdebar-debar, malah guru-guru mengajar turut merasainya.

Kira-kira jam 10.00 pagi  semua murid telah dikumpulkan untuk menerima keputusan masing-masing. Ibu bapa yang sempat hadir turut resah menantikan keputusan anak-anak mereka diumumkan. Muka-muka calon pula ada yang cemas, gelisah, cool dan selamba pun ada. Waktu itu, saya risaukan juga keputusan murid-murid saya. Maklumlah, ini adalah tahun pertama saya mengajar tahun 6. Usaha telah dibuat, maka redha seadanya.

 Sebahagian ibu bapa yang hadir

Keputusan diumumkan oleh Guru Besar. Seramai 13 orang mendapat 5A sementara 21 orang mendapat 4A 1B. Perarus keseluruhan meningkat pada tahun ini iaitu 10%. Saya jangkakan ini berpunca daripada subjek Bahasa Inggeris yang meningkat. Tahniah, saya ucapkan kepada guru-guru Bahasa Inggeris.

Guru Besar menyampaikan keputusan kepada murid cemerlang 5A

Bagi subjek Bahasa Melayu, peratus tetap kekal cemerlang. Subjek Sains dan Matematik mengalami sedikit penurunan. Nampaknya guru-guru Sains dan Matematik perlu fikirkan satu strategi baru termasuklah saya. Apapun syukur, murid-murid kelas ke-6 yang saya ajar lebih separuh yang lulus berbanding peperiksaan percubaan lalu.

Ramai yang datang menghampiri saya mengucap terima kasih berbanding kelas ke-4 yang saya ajar.  Mereka terharu kerana dalam ujian-ujian sebelum ini ada yang tidak pernah lulus. Syukur alhamdulillah...Namun dalam hati, rasa kesal turut menghantui diri saya. Ini berikutan ada murid daripada kelas ke-6 itu ada yang gagal disebabkan subjek yang saya ajar.


Hendak mengajar murid di kawasan pinggir bandar yang terdiri daripada warga asing dan penduduk tetap ( anggaran 60% ) ini bukannya satu perkara yang mudah. Perlu banyak bersabar dan perlukan semangat yang kuat. Tambahan pula ramai murid di sini berlatarbelakangkan keluarga yang rendah sosioekonomi, masalah keluarga, dan masalah2 lain.

Saya kuatkan semangat agar perkara tersebut tidak menjadi alasan supaya saya berputus asa membantu mereka yang lemah. Mudah-mudahan apa yang diusahakan pada tahun ini menjadi pengajaran yang lebih bermakna untuk peningkatan prestasi pada masa akan datang. InsyaAllah...

Rabu, 16 November 2011

Jangan Potong Duit Bantuan RM100, Kata Muhyiddin Kepada PIBG

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.


Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.

"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.

"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.

Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.

Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.

"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong. makin terbebanlah rakyat.

"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya.

BERNAMA: 16 November 2011

Kasih Disemai Bakti Dituai

Majlis persaraan kali ke-3 disambut lagi. Ini adalah majlis terakhir bagi pesara-pesara diperingkat sekolah saya. Selepas persaraan PK Kurikulu, diikuti pula seorang guru Bahasa Melayu dan sekarang giliran PK Petang pula. Kebetulan ramai pula yang pencen pada tahun ini.

Alhamdulillah, setiap sambutan dirai dengan jayanya dalam majlis yang sederhana. Kali ini saya pula diberi peluang menjadi penyelaras majlis. Alamak, kena jadi mak pengantin la pulak ! Hehehe...

Bertemakan ungu, majlis kelihatan ceria. Backdrop di hias indah hasil tangan guru seni. Saya hanya membantu 20% je kot. Huhuhuhu...


 
Paluan kompang dan iringan bunga manggar menyambut Cik Low ke pentas. Kelihatan Cik Low begitu sebak menunjukkan jiwanya begitu lembut, penuh kasih dan sayang...

Di kesempatan ini, Cik low memberikan ucapan. Walaupun amat ringkas tapi cukup bermakna. Walaupun tidak berada dibawah pentadbiran Cik Low, namun saya cukup kenal Cik Low. Seorang PK Petang yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugasnya

Cik Low ditemani oleh PK Kurikulum menonton persembahan multimedia. Ia mengimbas kenangan dalam perkhidmatan Cik Low selama 36 tahun dalam bidang pendidikan

 Persembahan daripada murid sesi pagi

 Persembahan daripada murid sesi petang

 Waktu ini, saya betul-betul rasa bersalah nak makan bersama yang di rai. Mana taknya, yang di rai hanya minum susu segar sahaja. Huhuhu...

 Dari kiri turut hadir ialah YDP PIBG

Kenangan bersama Cik Low. Teringat sewaktu 2 kali saya dipantau olehnya. Banyak tunjuk ajarnya pada saya terutamanya dalam berbahasa Inggeris

Semoga bakti dan perkhidmatan cemerlang Cik Low terus menjadi idola warga pendidik terutamanya warga sekolah ini. Diharap Cik Low sentiasa sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang, serta gembira memenuhi masa terluang dengan aktiviti yang telah dirancang.

KASIHMU DISEMAI BAKTIMU DITUAI
SELAMAT BERSARA, CIK LOW CHUK BOEY

Isnin, 14 November 2011

Kerja 9 jam: Guru Bukan Tikus Putih

Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa “tidak wajar” dan “tidak munasabah”.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan “tikus makmal” dalam sistem pendidikan negara.


“Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran (kendalian) mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?” kata Riduan.

Warga pendidik juga, tambah Riduan, terpaksa hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, aktiviti riadah di luar darjah, lawatan sambil belajar dan kursus wajib yang mesti diikuti.

“Bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain?” soalnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan juga berkata, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyebabkan banyak perkara memerlukan inisiatif sendiri kumpulan itu, termasuk mengeluarkan duit kocek sendiri.

PAS Sarawak cadang ikut masa pekerja biasa

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong kelmarin dilaporkan berharap guru di empat negeri terlibat – Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak – tidak risau kerana kerajaan hanya membuat percubaan.

Sambil menegaskan ia bukan kata putus, Wee berkata, apabila projek rintis itu meyakinkan dan kesimpulan konkrit dibuat, barulah ia akan diperluas ke seluruh negara.

Projek yang akan dilaksanakan mulai Januari depan di empat negeri terbabit berasaskan kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (kanan) berkata, lebih baik kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru seperti pekerja biasa antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan lima hari bekerja dan dua hari cuti.

Katanya, melalui sistem itu, tugas harian boleh diselesaikan di pejabat dan pelajar juga boleh terus menyelesaikan tugasan harian di sekolah tanpa perlu dibawa balik ke rumah.

“Bagaimanapun, ini adalah tugas Kementerian Pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan,” katanya.

Sumber: Malaysiakini |14/11/2011|

Polis bantu agih wang bantuan pelajar RM100

SERDANG – Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses pengeluaran dan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar untuk menjamin keselamatan guru besar dan pengetua sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, guru besar dan pengetua yang diiringi guru-guru penolong kanan berkemungkinan menjadi sasaran penjenayah dan atas faktor keselamatan adalah lebih elok jika mereka diiringi polis untuk mengeluarkan wang dari bank sehingga mengagihkan wang bantuan persekolahan di sekolah.


“Kita tidak mahu apa-apa (kejadian tidak diingini) berlaku dan sebab itu kita melakukan langkah-langkah pencegahan,” katanya pada satu sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Warga KPM 2011 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di MAEPS di sini.

Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata, wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Bayaran kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari depan.

Wang bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa, penjaga atau pelajar mula diagihkan pada minggu lepas.

Kosmo

Ibu bapa diminta bezakan yuran sekolah, bayaran PIBG

KUALA KRAI - Ibu bapa diingatkan agar tahu membezakan antara bayaran dikenakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau sekolah dan yuran persekolahan yang sudah dimansuhkan kerajaan bagi sesi 2012.

Ketua Pemuda Umno bahagian, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, peringatan itu perlu kerana masih ada ibu bapa terkeliru apabila masih ada bayaran dikenakan kepada anak mereka dan beranggapan ia diputuskan kerajaan.


“Jangan keliru kerana yuran persekolahan yang dimansuhkan adalah yuran dikenakan kerajaan (Kementerian Pelajaran) manakala bayaran dikenakan PIBG bergantung keputusan PIBG sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Hari Graduasi dan Penyampaian Sijil Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Dun Guchil 2011, di sini, semalam.

Pada majlis dihadiri Pegawai Kemas daerah, Anua Yusoff dan Penyelia Pendidikan Pra Sekolah Kemas Kuala Krai, Zalina Zakaria itu, seramai 145 orang daripada 420 kanak-kanak Tabika Kemas Dun Guchil menerima sijil masing-masing.

Tuan Aziz berkata, sebelum dimansuhkan, yuran persekolahan digunakan untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan insurans takaful.

“Bayaran dikenakan PIBG atau sekolah pula biasanya untuk aktiviti kecemerlangan pelajar seperti program tuisyen menggunakan khidmat guru cemerlang dari luar dan pembelian buku tambahan.

“Bayaran ini ditentukan PIBG atau sekolah dan tidak ada kaitan dengan kerajaan, jadi jangan timbul kecelaruan dalam kalangan ibu bapa bila anak mereka masih dikenakan bayaran,” katanya.

Pemansuhan yuran persekolahan sebanyak RM24.50 untuk sekolah rendah dan RM33.50 untuk sekolah menengah bagi sesi 2012 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012, 7 Oktober lalu.

Keputusan bakal memberi manfaat kepada 2.9 juta murid sekolah rendah dan 2.4 juta pelajar sekolah menengah itu mencatat sejarah negara apabila buat pertama kali, kemudahan pendidikan disediakan secara percuma.

Oleh : Wartawan Sinar Harian

Ahad, 13 November 2011

Live Streaming Sukan Sea 26

Pungutan Pingat terkini Sea Games XXVI (2011) Indonesia



Sukan SEA XXVI ke 26 (2011) menyaksikan Indonesia menjadi tuan rumah yang bermula pada 11 hingga 22 November 2011.Venue temasya sukan yang julung kalinya diadakan di bandaraya Palembang dan Jakarta.



Dalam Sukan Sea ke 26 ini sebanyak 11 negara dan 43 jenis sukan dipertandingkan yang merangkumi 545 acara mengikut Jadual. Di samping itu Malaysia sebelum ini telah mensasarkan 45 pingat emas.Semoga impian target pingat emas oleh Malaysia berjaya di’realisasikan. 



Maskot Sukan SEA Indonesia 2011 - Modo dan Modi (Komodo) 



Berikut merupakan info temasya sukan SEA ke 26 Indonesia


Live Streaming acara yang di pertandingkan,anda boleh melayari - LIVE STREAMING TV1 kerana setiap acara yang dipertandingkan akan disiarkan secara langsung mengikut tarikh dan jadual. Jadual acara temasya sukan SEA 2011 - klik sini



Untuk mengikuti keputusan pungutan pingat terkini,anda boleh melayari laman sesawang rasmi Sukan Sea - klik sini


Gemuruh Suara

Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!
Macamtu lah laungan pembakar semangat kontinjen negara yang menyertai mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa. Penyokong tidak dinafikan banyak menyumbang dari segi sokongan moral sekaligus mendorong atlet negara menentang pihak lawan. 


TELEKOM Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara melancarkan video muzik dan lagu ‘Gemuruh Suara’ selaras dengan kempen Team Malaysia – bagi mengiktiraf peranan penting dimainkan penyokong Malaysia dalam meningkatkan motivasi dan daya saing atlet negara.

Lagu Gemuruh Suara telah dipertontonkan kali pertama ketika majlis penyampaian bendera kepada kontinjen Malaysia yang akan bersaing di Sukan Sea ke-26.


Tujuan utama adalah untuk menggabungkan bersama penyokong dan menanamkan semangat Malaysia Boleh dalam hati atlet negara. Lagu ini merumuskan keghairahan penyokong sukan negara dan kami percaya ia juga akan menjadi inspirasi atlet negara untuk memberikan yang terbaik dan membawa kembali kegemilangan kepada negara.

Pelancaran lagu Gemuruh Suara ini masa yang sesuai bagi memberi manfaat kepada atlet negara menjelang temasya Sukan Sea di Indonesia selain Sukan Olimpik London 2012 Lagu Gemuruh Suara dinyanyikan oleh Ramli Sarip, KRU, Hannah Tan, Suki Low, Mooky of One Buck Short & Caprice.


Best lagu ini. Ini plak lirik lagu Gemuruh Suara tu. 

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..

Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!





Sabtu, 12 November 2011

Guru Kerja 9 jam Mulai 2012

NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.


Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.

“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Sumber: Malaysia Insider |12/11/2011|

Jumaat, 11 November 2011

Semakan Keputusan Peperiksaan Oleh Ibubapa

Nampaknya semua guru berkejar-kejar memasukkan markah keputusan peperiksaan murid secara online lebih-lebih lagi kepada guru-guru dalam negeri Johor. Ini memandangkan tarikh peperiksaan setara bagi negeri Johor telah ditunda dari 18hb Oktober kepada 1hb November 2011. Maka tarikh 4hb November 2011 yang lalu baharulah tamat peperiksaan bagi semua sekolah rendah dalam negeri Johor. Jadi, cuti Hari Raya Haji baru-baru ini, kami berkorban sedikit masa cuti itu untuk menanda kertas peperiksaan murid-murid.

Kepada ibu bapa semua murid, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) sebagai kemudahan yang membolehkan pihak ibu bapa melihat prestasi pencapaian anak mereka secara talian.


Banyak kemudahan yang disediakan dalam sistem ini untuk kemudahan semua guru terutamanya kepada guru kelas. Kini, guru kelas tidak perlu lagi memasukkan semua markah murid kerana ia di isi oleh guru matapelajaran itu sendiri. Satu kelegaan bagi saya yang bergelar guru kelas. Alhamdulillah...

Kepada ibu bapa yang hendak menggunakan aplikasi tersebut, sila masukkan ID pelajar, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.


Sila klik link di bawah untuk semak markah peperiksaan.

Bantuan Persekolahan RM 100 Akan Dibayar Segera

KUALA LANGAT: Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi pelajar di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan.


Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

“Bila (pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu) sudah masuk sekolah, baru bayar. Kalau bayar awal, takut ada perubahan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis “Menteri Pelajaran bersama warga pensyarah dan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Selangor” di kolej itu di sini, Khamis.

Muhyiddin berkata pembayaran bantuan itu dibuat terus kepada akaun sekolah masing-masing melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), dan bagi sekolah yang tidak ada akaun BSN mereka bersetuju untuk buka akaun sementara.

Beliau berkata sekolah akan menguruskan pengagihan wang itu kepada ibu bapa atau pelajar. Katanya lebih lima juta pelajar akan menerima bantuan itu, termasuk 5,061,574 pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dan 313,373 pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.

Seramai 125,465 pelajar sekolah persendirian dan 32,235 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) akan menerima bantuan itu.

Muhyiddin berkata semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah.

Menyentuh mengenai elaun bulanan pelajar matrikulasi yang kini hanya RM250 sebulan, Muhyiddin berkata kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menaikkan elaun tersebut.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan, dan pada dasarnya sudah dipersetujui selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

“Kalau kita hendak ikut bayaran yang dibayar di sesetengah pra-sekolah lain iaitu kira-kira RM400 (dan) kita perlukan peruntukan sebanyak RM50 juta.

“Ini kita akan teliti kalaupun tidak naikan ke kadar yang sama tetapi kita akan tingkatkan (elaun) dan jumlahnya kita akan tetapkan tidak berapa lama lagi,” katanya.

Ditanya mengenai jaminan pelajar lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti berikutan universiti juga mempunyai program pra-universitinya sendiri, Muhyiddin mengakui wujudnya persaingan kerana kewujudan program pra-universiti tidak dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.

Beliau memberi jaminan untuk membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan perancangan lebih teliti dibuat dalam usaha memastikan lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti dan mendapat kursus yang diingini.

Muhyiddin dalam pada itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira yang maut akibat ditetak di luar rumah sewanya di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lepas.

Beliau berkata pihaknya telah meminta wakil Malaysia di Indonesia supaya mendesak pihak berkuasa Indonesia melakukan siasatan menyeluruh sehingga tertangkapnya penjenayah yang bertanggungjawab atas kematian pelajar itu.

Adrian, 23, mahasiswa Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur mati disebabkan luka parah pada leher sebelah kanan akibat ditetak dengan objek tajam oleh orang yang tidak dikenali. 

BERNAMA

Khamis, 10 November 2011

Keburukan Menahan Kencing

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.


Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

PERBEZAAN keadaan pundi kencing normal dan pundi kencing yang aktif.

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.


Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.

Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.

Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Bantuan RM100 Kepada Pelajar Sekolah Akan Dibayar Hujung Bulan Ini

PETALING JAYA: Pemberian wang bantuan sebanyak RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dibayar pada penghujung bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dijangka membuat pengumuman mengenai mekanisme pembayaran yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam tempoh terdekat.

Difahamkan pembayaran tersebut akan dibuat melalui dua peringkat, pertama untuk pelajar Tahun Dua hingga Lima dan satu lagi untuk pelajar Tingkatan Dua hingga Empat.

Bagi pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu mereka akan hanya menerima wang bantuan tersebut sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.

Perkara tersebut dibuat ekoran sesi persekolahan pada tahun ini dijangka akan bermula awal ekoran persediaan untuk pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia yang akan bermula Isnin depan.


Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan di laman web, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menunjukkan, wang bantuan tersebut akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional dan akaun khas akan dibuka untuk sekolah yang tidak mempunyai akaun tersebut.

Difahamkan sekiranya guru besar setiap sekolah yang mengeluarkan wang bantuan daripada akauan tersebut melebihi RM10,000, beliau akan diiringi dua guru serta seorang pegawai polis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bejat 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan persekolahansebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi meringankan beban ibu bapa.

Difahamkan pihak sekolah perlu segera mengagihkan wang tersebut kepada pelajar.

Dalam pada itu, difahamkan guru besar sekolah di Negeri Sembilan telah diberi taklimat mengenai isu berkenaan, Selasa dan wang berkenaan akan didepositkan ke akaun sekolah dalam tempoh terdekat.

Mereka juga diarahkan supaya mengagihkan wang berkenaan kepada pelajar sebelum hari terakhir sesi persekolahan.

Isu PPSMI: Pilih sekolah

Ibu bapa boleh semak sekolah ajar dalam bahasa Inggeris Disember

KUALA LUMPUR: Mulai bulan depan, ibu bapa pelajar Tahun Enam yang mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) boleh menyemak sekolah yang menawarkan program sama di Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012.

MUHYIDDIN bersama Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar (kanan) dan Ahmad selepas sesi rakaman rancangan Soal Jawab di Sri Pentas.
MUHYIDDIN bersama Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar (kanan) dan Ahmad selepas sesi rakaman rancangan Soal Jawab di Sri Pentas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.
Beliau berkata, proses semakan itu hanya membabitkan pelajar yang mengikuti program PPSMI sepenuhnya iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah.
Ibu bapa pelajar boleh memindahkan anak mereka ke sekolah lain jika sekolah yang ditawarkan tidak melaksanakan program atau dasar berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelajar yang tidak mengikuti PPSMI atau menggunakan dwibahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik dan Sains, tidak perlu membuat semakan kerana dijangka tiada masalah berbangkit.

“Saya sudah arah kementerian dan Ketua Pengarah supaya semakan dibuat bermula Disember ini. Kita mengambil tempoh lebih awal sikit. Biasanya mereka masuk Januari, kita minta mereka menyemak di sekolah mana dan guru akan beritahu untuk memastikan tidak ada kejanggalan. 

“Kita akan maklumkan semua sekolah. Pegawai Pendidikan Daerah akan memanggil pengetua dan guru besar untuk memaklumkan cara mengelakkan masalah tadi (kejanggalan)... kalau ibu bapa tidak membawa anak pun tak apa, cuma untuk menyemak kesesuaian sekolah menengah yang mengamalkan dasar yang sama,” katanya. 
Beliau berkata demikian dalam rancangan Soal Jawab yang dihoskan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib melalui TV3, malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi murid Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan awal tahun ini, dasar PPSMI sudah dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Katanya, proses berperingkat atau dikenali sebagai ‘soft landing’ itu akan berterusan sehingga murid Tahun Satu tahun ini menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sepenuhnya dalam bahasa Melayu pada 2016, manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.

Menjawab soalan sama ada MBMMBI mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Muhyiddin berkata, kementerian melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan termasuk aspek perguruan dan pengisian kandungan kurikulum mata pelajaran berkenaan.

Katanya, seramai 47,887 guru Bahasa Inggeris sentiasa diberikan kursus bagi memastikan kualiti pengajaran ditingkatkan, di samping latihan kepada 6,000 guru di institut perguruan seluruh negara dan pengambilan secara kontrak guru bersara yang kini 200 orang.

Di samping itu, katanya, kementerian turut membawa masuk 360 ‘master teacher’ pakar Bahasa Inggeris daripada 10 negara termasuk United Kingdom, Kanada, Denmark dan Australia untuk memerhati dan memberikan pandangan untuk menambah baik kualiti P&P guru Bahasa Inggeris serta pengambilan 50 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bermula awal tahun depan.

“Cabaran kita, bagaimana nak tentukan ada peningkatan lebih ketara dalam penguasaan bahasa Inggeris... satu yang tak ada ialah ukurannya... saya fikirkan adakah wajar kita wujudkan satu lembaga untuk memberi penanda aras untuk mata pelajaran ini.

“Mungkin kita boleh bekerjasama dengan Universiti Cambridge cara mengukur pencapaiannya... bila kata di sekolah penguasaan bahasa Inggeris baik, adakah baik yang setanding dengan antarabangsa.

“Saya percaya cabaran besar tetapi harapan untuk melihat MBMMBI berjaya tidak mungkin berlaku jika tidak ada kesungguhan ibu bapa dan komitmen pelajar,” katanya.