Jiwang Corner :)

Rabu, 12 September 2012

Hari Ke-2 UPSR 2012

Cepatnya masa berlalu. Hari ini sudah pun hari ke-2 UPSR dijalankan. Kertas Matematik 1 menjadi hidangan calon. Aku nampak mereka muram setelah keluar dari bilik peperiksaan. Bila di semak, soalannya memang sukar. Ramai yang mengadu tidak sempat menjawab hingga ke akhir soalan. Mereka hanya meneka jawapan sahaja. Aku hanya pasrah dan redha kerana aku telah berusaha mengajar mereka dengan sebaik mungkin.


Dikesempatan ini, aku suka pula nak kongsikan ragam tahunan calon UPSR sekolah aku. Jom, cuba ikuti ragam mereka.  

Isu pertama 

Seorang daripada 270 calon tidak hadir pada awal pagi. Guru kelas terpaksa ke rumah untuk menjemput calon. Menurut guru kelas tersebut, sesampainya dia di rumah murid tersebut, sangkaannya memang tepat. Murid tersebut masih tidur. Ibunya juga turut baru tersedar. Persoalan aku, mengapa harus jadi begitu. Di mana tanggungjawab dan peranan ibu bapa? Huhuhu...

Isu kedua 

Murid yang tidak mengambil peperiksaan pada hari pertama turut hadir. Pada hari pertama, kaunselor telah ke rumahnya. Dipanggil-panggil memang tidak sedar daripada tidur. Tiba-tiba muncul ke sekolah semasa calon lain sedang menjawab kertas kedua iaitu Penulisan Bahasa Melayu. Bapanya merayu agar anaknya diberi peluang menjawab soalan kertas Pemahaman Bahasa Melayu di dalam bilik khas. Namun, peraturan tetap peraturan. Ada juga kes seperti ini berlaku di sekolah aku. Di sekolah kalian ada tak ? Moga-moga dapat dijadikan pengajaran bersama...

Esok, entah apa pula ragam mereka ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan