Jiwang Corner :)

Selasa, 11 September 2012

Bermulanya UPSR 2012

Hari ini merupakan hari penuh debaran kepada semua calon UPSR 2012. Begitu juga dengan guru subjek masing-masing. Pasti semua risaukan akan kebolehan murid masing-masing.

Kertas BM Pemahaman, Penulisan dan Matematik kertas 2 telah berlalu. Selesai mreka menjawab kertas Matematik tadi, kelihatan ramai yang tersenyum. Aku menuju ke arah murid-murid aku untuk bertanyakan kebolehan mereka menjawab.

Dengan bangga mereka menjawab, " Kertas Matematik senanglah, cikgu." Wah, seakan tidak percaya je aku mendengarnya. Maklumlah mereka yang aku ajarkan itu bukan dari kalangan murid yang bijak pandai. Hanya sederhana. Lalu aku pun menajawab, " Alhamdulillah, kalau macam tu. Nampaknya semua orang boleh lulus. " Masing-masing menAminkan kata-kata aku. 


Datang pula beberapa murid aku dari kelas lain yang agak bijak berbanding tadi. Mereka senyum keriangan. " Cikgu, saya boleh jawab. Senang je... semua kita dah buat." Lega aku mendengarnya. tapi itu kata mereka. Kesilapan mereka semasa menjawap aku sendiri tidak tahu. Tawakkal ajelah.

Lastly, aku nasihatkan mereka agar bersedia untuk menjawab soalan Matematik kertas 1 pula. Nampaknya, esok mereka menjawab satu kertas sahaja. 

Berikut aku link kan jadual peperiksaan UPSR 2012. Sila rujuk untuk maklumat lanjut :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan