Selamat bertemu kembali. Malam ni aku nak kongsikan cerita tentang status aku menjadi tukang jahit suku mahir pada cuti sekolah baru-baru ini.
Setelah hampir 13 tahun berkhidmat, ini adalah tahun pertama aku menjahit langsir kelas aku sendiri. Biasanya sekolah sediakan yang sudah siap ( sedia untuk digantung sahaja ). Namun atas perkara2 yang tidak dapat dielakkan, maka guru kelas perlu mengambil inisiatif untuk menyiapkan langsir kelas masing-masing. JK Keceriaan bekalkan kami kain yang telah dibeli mengikut keseragaman warna bagi setiap kelas.
Inilah mesin jahit yang abah beli beberapa tahun lepas. Aku gunakan secara manual sahaja. Nak guna elektrik rasa macam laju sangat. Takottt....maklumlah, tukang jahit suku mahir. Hehehe...
Mungkin menjahit langsir kelas ini perkara baharu bagi aku tapi ia mungkin sudah menjadi rutin tahunan bagi rakan-rakan lain di luar sana. Aku bukannya pandai sangat nak menjahit, tapi bolehlah sikit-sikit. Setakat jahit tegak-tegak, lurus-lurus tu bolehlah...Nak kata mahir tidak, separuh mahir pun tidak, suku mahir ? Bolehlah kot...Kang terpuji diri sendiri payah pulak. Ada pulak yang nak muntah mdengarnya nanti. Ahaksss...Apapun aku bangga dapat hasilkan langsir kelas aku sendiri.
Pagi tadi sempat aku singgah ke sekolah untuk gantungkan hasil kerja aku tu. Siap sudah...So esok mulakan P&P seperti biasa dengan langsir yang baharu ! Yang pastinya, pelbagai rekaan langsir akan dipamerkan pada setiap tingkap kelas mengikut kreativiti guru kelas tersebut.
p/s : Tahniah, kepada semua guru kelas. Aku tabik spring atas setiap usaha yg kalian lakukam ( motivasi untuk diri sendiri jugak nih ! )
Saya rasa ini sudah cukup hebat!
BalasPadamBelum cukup hebat lagi krn ada org di luar sana yg lebih hebat. Syukurlah, apa yg saya hasilkn dipermudahkan olehNYA :)
Padamjangan sekali menjadi malas kerna ia adalah satu perangai spt. tanah yng tak subuh. Hari2 ber. motto: sedikit demi sediki, lama2 jadi bukit.
BalasPadamInsyaAllah, semangat bkerja masih di tahap maximum. Trm kasih atas sokongan anda :)
Padam