Konsep ilmu
Ilmu merupakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kefahaman atau pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang amat berguna kepada kita. Pengetahuan tersebut berhubungan dengan penemuan tentang sesuatu perkara di dunia ini melalui cara yang sistematik. Ilmu pengetahuan tidak hanya sebuah kumpulan pengetahuan tetapi juga sebuah proses penyelidikan. Ilmu pengetahuan juga merupakan proses yang mempunyai kesinambungan untuk mencari pengetahuan baru, penjelasan baru dan pemahaman-pemahaman yang lebih dalam.
Peranan Guru dalam Alam Pendidikan
1. Guru sebagai pengamal ilmu.
2. Guru sebagai pengamal kemahiran.
3. Agen memenuhi keperluan Negara.
4. Guru sebagai Agen Sosialisasi.
5. Guru sebagai Agen Perubahan.
6. Guru sebagai Pakar Rujuk
7. Guru sebagai Mentor.
8. Guru sebagai Pengurus
9. Guru sebagai Penyelidik
10. Guru sebagai Patriot.
Ciri-ciri Seorang yang Berilmu
Seseorang yang berilmu mempunyai ciri-ciri berikut:
- Memperoleh pengetahuan yang luas, mengetahui kebenaran sesuatu perkara dan mempunyai keyakinan dalam melakukan sesuatu.
- Mempunyai kesanggupan dalam menggunakan ilmunya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
- Memberi sumbangan yang amat bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat.
“Budaya Ilmu”
Budaya bermaksud sesuatu perkara atau amalan baik yang diamalkan oleh seseorang, manakala ilmu pula merupakan susunan konsep sesuatu perkara yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan dan kesejahteraan manusia.
Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dijelaskan di sini bahawa budaya ilmu merupakan amalan tentang sesuatu perkara berguna yang dilakukan untuk memperkembangkan sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Amalan ilmu tersebut akan mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan kepada pengamalnya.
Ilmu yang Wajar Dimiliki oleh Seseorang Guru yang Berkesan
Ilmu yang harus dimiliki oleh seseorang guru yang berkesan ialah:
- Ilmu pengetahuan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya.
- Ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain selain daripada mata pelajaran yang diajarnya sendiri.
- Ilmu akhiran juga perlu ada pada seseorang guru. Ilmu itu akan digunakan untuk membimbing murid-murid menguasai kedua-dua ilmu tersebut.
Cara-cara Guru dapat Memenuhi Keperluan Negara
Keperluan negara dalam konteks ini ialah melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan memiliki kemahiran-kemahiran yang dapat membangunkan negara ini. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam memenuhi aspirasi negara.
Cara guru dapat memenuhi keperluan negara terbahagi kepada dua iaitu:
1. Peranan guru kepada diri sendiri
Guru harus sentiasa menambah dan memperkembangkan ilmu serta kemahiran-kemahiran profesional. Kemahiran yang ada pada seseorang guru akan dapat digunakan untuk melahirkan para pelajar yang juga pada suatu hari nanti akan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja negara.
2. Peranan guru terhadap pelajar
Guru memainkan peranan yang amat besar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan memiliki kemahiran yang tinggi sebagai tenaga kerja.Untuk membentuk seorang pelajar sedemikian, guru haruslah membimbing, memotivasi, memberikan pendidikan yang sewajarnya dan mengajar kemahiran-kemahiran yang pelbagai kepada para pelajar.
Peranan guru sebagai Agen Sosialisasi
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat.
- Memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat.
- Bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
Peranan Guru di Sekolah untuk Membawa Perubahan dalam Masyarakat
- Membawa ilmu pengetahuan dan mengajarnya kepada masyarakat.
- Mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
- Memodenkan cara hidup masyarakat setempat dengan ilmu-ilmu terkini yang diajarkan kepada mereka.
- Membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar, masyarakat dan negara yang semakin kompleks dan progresif.
- Mewujudkan iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi keperluan dan cabaran masa depan yang sering berubah serta meningkat dari semasa ke semasa.
Kriteria-kriteria Utama yang Membolehkan Guru Dianggap Sebagai Pakar Rujuk
Pakar rujuk bermaksud seseorang guru tersebut akan menjadi bahan rujukan bagi rakan sekerja dan juga murid-murid. Oleh demikian, seorang guru yang ingin menjadi pakar rujuk mestilah mempunyai kriteria-kriteria berikut:
- Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajarnya.
- Menguasai pengetahuan mata pelajaran dan kemahiran-kemahiran yang lain.
- Berjaya mencari, mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar dan rakan sekerja.
Sifat dan Kualiti Mentor (guru) yang Berkesan
Sifat dan kualiti mentor yang berkesan ialah:
- Guru tersebut merupakan seorang yang berbudi pekerti, berhemah tinggi dan bersopan santun.
- Seseorang guru itu haruslah mudah didampingi oleh orang lain terutamanya pelajar.
- Mempunyai sikap ramah mesra semasa melayani pelajar-pelajarnya.
- Memiliki semangat berbakti yang tinggi.
- Bersikap jujur ketika menjalankan tugas.
- Prihatin terhadap keperluan anak muridnya.
Tugas-tugas Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah
- Menguruskan rutin harian dan hal-hal yang berkaitan dengan bilik darjah.
- Mengurus murid-murid supaya mereka dapat menjalankan tugas mengikut jadual
- Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.
- Menguruskan keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
- Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
Masalah-masalah yang Sering Dihadapi oleh Guru dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
- Kekurangan Bahan Bantu Mengajar dan Belajar.
- Memilih strategi dan aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran yang hendak diajar.
- Masalah komunikasi di kalangan murid-murid dan guru.
- Masalah kawalan kelas
Kajian Tindakan ke atas Amalan Bilik Darjah
Kajian tindakan ke atas amalan-amalan bilik darjah dijalankan untuk:
- Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah dan memikirkan cara untuk mengatasinya.
- Memastikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat dilaksanakan dengan baik.
- Memastikan peraturan dalam bilik darjah dipatuhi oleh para pelajar.
Peranan yang Dimainkan oleh Sekolah dalam Pembentukan Semangat Patriotisme di kalangan Murid-murid
- Melahirkan pelajar yang patuh pada undang-undang dan peraturan sistem pentadbiran negara.
- Menggubal kurikulum dan budaya sekolah yang dapat menyemai serta membentuk semangat patriotisme di kalangan murid-murid.
- Menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan yang tidak bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan.
- Menanamkan semangat cinta dan setia kepada negara.
Tulisan kulanzsalleh.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan