Jiwang Corner :)

Ahad, 15 Februari 2015

Day 1 @ Bandung

Alhamdulillah, akhirnya aku sampai juga ke Bandung, Indonesia Barat pada 14hb Februari yang lalu. Penerbangan dengan Air Asia AK1028 yang bertolak dari Senai International Airport pada jam 11.55 pagi telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Husein Sasteranegara,  Bandung pada jam 1.20 petang waktu tempatan. Lapangan terbang ni bersebelahan dengan kawasan Lapangan Terbang Tentera Udara Indonesia. Sebelum mendarat, kepala mula pusing-pusing *#+*" juga. Almaklumlah, jarang-jarang sekali berada di awan biru. Seingat aku, penerbangan aku yang terakhir adalah pada tahun 2012 semasa aku bercuti ke Sabah. Mujurlah tiada apa yang berlaku. Kalau tidak, payah juga dibuatnya. Syukur padaMu Ya Allah....

Terkejut juga melihat lapangan terbang Bandung ni. Kawasannya sangat terhad. Imagerisennya hanya ada tiga kaunter sahaja. Memang tersangat jauh beza dari pelbagai aspek  jika dibandingkan dengan Senai Airport. Waktu ini, mulalah rasa bersyukur menjadi warganegara Malaysia, sebuah negara maju. Selepas selesai diperiksa oleh kastam, kami dijemput oleh Kiki, pemandu pelancong yang telah kami tempah untuk berkhidmat kepada kami sepanjang lawatan di sana, iaitu 4 hari 3 malam.


Dalam pada mendapatkan van di parkir, ada pula jurugambar yang sibuk merakam wajah-wajah kami. Cis, pandai betul mereka mengambil peluang! Semua ahli rombongan iaitu seramai 18 orang memulakan perjalanan. Setiap papan tanda di sepanjang perjalanan ke tempat makan dan hotel menambat pemerhatian kami. Satu persatu kami baca. Maklumlah, bahasanya agak asing bagi kami biarpun ada dalam kalangan kami berbangsa Jawa. Macam aku le, kononnya anak Jawa, tapi bahasa Jawa entah ke mana. Semuanya kian hilang di telan zaman. Mula terasa alangkah ruginya aku.


Perjalanan yang sesak membuatkan kami mula letih. Lorong laluan kenderaan sangat sempit ditambah pula dengan pelbagai jenis kenderaan pengangkutan yang banyak. Perut mula berkeroncong. Bila nak sampai kedai makan nih! Dalam fikiran, apakah jenis makanan yang akan dihidangkan yea? Alahai, harap-harap boleh diterima oleh tekak aku nih! Grrr....

Akhirnya kami dihentikan di Restoran Masakan Padang. Penjaja-penjaja mula mengerumuni kami untuk menjual barang yang didagangkan. Mujurlah ada pengalaman cerita daripada pakcik google dan kawan-kawan yang pernah ke Bandung. Maka, aku taklah mudah terjebak. Hehehe....amacam, gerek tak aku?

Masuk ke restoran ni, aku mula melopong. Bagaimana nak menempah makanan ek? Tidak lama kemudian, pelayan pun muncul membawa berpinggan-pinggan lauk. Ayoyo...macam mana nak makan ni? Ketua rombongan memberitahu, kami perlu makan apa yang berkenan sahaja. Lauk yang tidak perlu, dibiarkan sahaja tanpa diusik. Kelak, pelayan hanya akan mengira lauk yang dimakan sahaja berdasarkan pinggan lauk. Huh, termenung juga nak pilih lauk yang berderet-deret depan mata! Kok kayo gitu sik...Huhuhu


Lastly, aku pilih rendang daging, sayur dan sotong. Jus avocado pula menjadi minuman pilihan. Namun, air masak putih turut disediakan iaitu segelas setiap orang. Syukur, dengan makanan yang sedia ada. Layan biarpun terasa asing. Sebelum pulang, aku terjebak dengan rakaman gambar  semasa di parkir lapangan terbang yang telah dicetak. 3 keping ala-ala poskad = RP70000 (kira-kira RM21). Aku anggap itu rezeki mereka, biarpun agak mahallah kan.Huhuhu....
Baca entry aku selanjutnya, yea :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan