Jiwang Corner :)

Isnin, 16 Februari 2015

Day 3 @ Kawah Putih, Bandung

Pagi ini aktiviti berjimba di Bandung diteruskan. Selepas sarapan, kami ke bertolak ke Kawah Putih, Bandung. Perjalanan dari hotel mengambil masa kira-kira 2 jam. Memandangkan perjalanan agak lama, aku sempat melelapkan mata, beb. Persekitaran menuju ke Kawah Putih sangat cantik. Lerengan bukit dihiasi dengan gunung ganang, tanaman strawbery, sawah padi, pokok bawang dan deretan pokok teh memukau pandangan mata kami.


Suhu dingin amat dirasakan. Sungguh segar persekitaran di sini. Mungkin juga faktor larva daripada letupan gunung berapi. Argh..tak sabarnya nak sampai ke kawasan tersebut. Tiba-tiba bas persiaran berhenti di parkir Kolam Air panas dan kebun  strawberi. Eh, kenapa sik?? Alkisahnya kami terpaksa  turun dari bas persiaran dan bertukar naik angkutan lain. Rupanya bas persiaran tidak boleh naik hingga ke puncak gunung. Semput, kok! Untuk tujuan tersebut, kami diminta bayaran sebanyak RP35000 untuk tiket masuk dan pengangkutan ke kawah putih. Mahal juga kan ???


Pendakian dengan menaiki angkutan ringan membuatkan kami teruja memandangkan kenderaan tersebut tidak mempunyai pintu dan tingkap. Dengan suhu yang begitu dingin membuatkan kami yakin yang kami sedang menghirup udara segar. Kira-kira 10 minit, perjalanan kami pun sampai. Yeah, alhamdulillah akhirnya kami sampai juga ke kawasan Kawah Putih yang sebelum ini hanya diintai melalui kaca tv mahupun daripada bloggers.


Van yang kami naiki untuk sampai ke Puncak Gunung Patuha
Udara yang dingin dan hembusan segar tiba-tiba bertukar. Aku and the gang agak teruja. Itu adalah bau sulfur aka belerang. Penjaja yang berada di bahagian masuk kawah putih mula memanggil-manggil menawarkan topeng mulut kepada kami. " Buk, mari beli topengnya, buk. Udaranya tidak bagus untuk kesihatan, buk," kata penjaja tersebut. Aku hanya tersenyum sambil mengatakan, " Terima kasih, Mas." Pendakian anak-anak tangga diteruskan. Subhanallah, pemandangan kawah putih sangat cantik! Airnya nampak hijau kebiruan. Apa lagi, penggunaan kamera diaplikasikan secara maksimum. Hihihi....


Sampai sahaja di kawasan kawah, bau sulfur semaki  kuat. Aku yang semput ni rasa agak ketidakselesaan. Jurugambar mula mendekati kami. " Kak, mau gambar buat kenangan kak. Sekeping RM3 sahaja." Punyalah ramai jurugambar di sana. Bertauliah atau tidak, itu tidak menjadi persoalannya. Yang penting, dengan cara itulah mereka memperoleh rezeki. Aku buat muka jual mahal. Terus mengeluarkan tablet dan hp untuk merakam gambar. Ramai juga pengunjung di situ meskipun hari Isnin merupakan hari bekerja.


Gaya, aksi dan lakonan pengunjung dapat diperhati secara percuma semasa masing-masing merakam gambar. Lucu pun ada. Kumpulan kami tidak terkecuali termasuk aku. Para sekalian jurugambar aka mas jurufoto masih tidak jemu memainkan peranan masing-masing. Hati mula terdetik untuk mengupah mereka merakam gambar lantas mencetaknya barang sekeping dua. Akhirnya, aku terjebak juga. Dengan bayaran RP20 000 sekeping (kira-kira RM3) bagi camera digital, maka aku membeli 2 keping gambar. Jika menggunakan kamera DSLR, RP30 000/keping akan dikenakan. Seterusnya aku terjebak membeli gambar ahli kumpulan rombongan kami. Huh, melayang RP 70000 di Kawah Putih nih! Hihihi....

Baca entri aku seterusnya...


Ahad, 15 Februari 2015

Day 1 @ Bandung

Alhamdulillah, akhirnya aku sampai juga ke Bandung, Indonesia Barat pada 14hb Februari yang lalu. Penerbangan dengan Air Asia AK1028 yang bertolak dari Senai International Airport pada jam 11.55 pagi telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Husein Sasteranegara,  Bandung pada jam 1.20 petang waktu tempatan. Lapangan terbang ni bersebelahan dengan kawasan Lapangan Terbang Tentera Udara Indonesia. Sebelum mendarat, kepala mula pusing-pusing *#+*" juga. Almaklumlah, jarang-jarang sekali berada di awan biru. Seingat aku, penerbangan aku yang terakhir adalah pada tahun 2012 semasa aku bercuti ke Sabah. Mujurlah tiada apa yang berlaku. Kalau tidak, payah juga dibuatnya. Syukur padaMu Ya Allah....

Terkejut juga melihat lapangan terbang Bandung ni. Kawasannya sangat terhad. Imagerisennya hanya ada tiga kaunter sahaja. Memang tersangat jauh beza dari pelbagai aspek  jika dibandingkan dengan Senai Airport. Waktu ini, mulalah rasa bersyukur menjadi warganegara Malaysia, sebuah negara maju. Selepas selesai diperiksa oleh kastam, kami dijemput oleh Kiki, pemandu pelancong yang telah kami tempah untuk berkhidmat kepada kami sepanjang lawatan di sana, iaitu 4 hari 3 malam.


Dalam pada mendapatkan van di parkir, ada pula jurugambar yang sibuk merakam wajah-wajah kami. Cis, pandai betul mereka mengambil peluang! Semua ahli rombongan iaitu seramai 18 orang memulakan perjalanan. Setiap papan tanda di sepanjang perjalanan ke tempat makan dan hotel menambat pemerhatian kami. Satu persatu kami baca. Maklumlah, bahasanya agak asing bagi kami biarpun ada dalam kalangan kami berbangsa Jawa. Macam aku le, kononnya anak Jawa, tapi bahasa Jawa entah ke mana. Semuanya kian hilang di telan zaman. Mula terasa alangkah ruginya aku.


Perjalanan yang sesak membuatkan kami mula letih. Lorong laluan kenderaan sangat sempit ditambah pula dengan pelbagai jenis kenderaan pengangkutan yang banyak. Perut mula berkeroncong. Bila nak sampai kedai makan nih! Dalam fikiran, apakah jenis makanan yang akan dihidangkan yea? Alahai, harap-harap boleh diterima oleh tekak aku nih! Grrr....

Akhirnya kami dihentikan di Restoran Masakan Padang. Penjaja-penjaja mula mengerumuni kami untuk menjual barang yang didagangkan. Mujurlah ada pengalaman cerita daripada pakcik google dan kawan-kawan yang pernah ke Bandung. Maka, aku taklah mudah terjebak. Hehehe....amacam, gerek tak aku?

Masuk ke restoran ni, aku mula melopong. Bagaimana nak menempah makanan ek? Tidak lama kemudian, pelayan pun muncul membawa berpinggan-pinggan lauk. Ayoyo...macam mana nak makan ni? Ketua rombongan memberitahu, kami perlu makan apa yang berkenan sahaja. Lauk yang tidak perlu, dibiarkan sahaja tanpa diusik. Kelak, pelayan hanya akan mengira lauk yang dimakan sahaja berdasarkan pinggan lauk. Huh, termenung juga nak pilih lauk yang berderet-deret depan mata! Kok kayo gitu sik...Huhuhu


Lastly, aku pilih rendang daging, sayur dan sotong. Jus avocado pula menjadi minuman pilihan. Namun, air masak putih turut disediakan iaitu segelas setiap orang. Syukur, dengan makanan yang sedia ada. Layan biarpun terasa asing. Sebelum pulang, aku terjebak dengan rakaman gambar  semasa di parkir lapangan terbang yang telah dicetak. 3 keping ala-ala poskad = RP70000 (kira-kira RM21). Aku anggap itu rezeki mereka, biarpun agak mahallah kan.Huhuhu....
Baca entry aku selanjutnya, yea :)